NTS Ventures dan IHMA Mengumumkan Program Signifikan dan Penting yang Memfokuskan Pemantauan Kerintangan Antikulat: STAR (Trend Kerentanan dalam Kerintangan Antikulat)


SCHAUMBURG, Illinois, June 12, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- NTS Ventures (NTS), makmal penyelidikan klinikal mikologi dan antifungus serta International Health Management Associates, Inc./IHMA Europe Sàrl (IHMA), sebuah makmal pusat perkhidmatan penuh mikrobiologi klinikal anti jangkitan telah mengumumkan perjanjian kolaboratif yang akan membekalkan industri farmaseutikal dengan program pemantauan kerintangan antikulat baharu yang dipanggil STAR. Di samping kepakaran yang diberikan oleh NTS dan IHMA, STAR disokong menerusi hubungan dengan makmal tokoh pendapat penting (KOL) di seluruh dunia. Disebabkan kerintangan antikulat meningkat dan epidemiologi berubah, STAR akan memantau perubahan dan trend dalam kerintangan antikulat dan epidemiologi mengikut masa. Ia bakal menjadi alat yang sesuai untuk pihak berkuasa, syarikat bioteknologi dan farmaseutikal dalam usaha tanpa henti untuk melawan kerintangan ubat antikulat. Asingan klinikal yang akan dikumpul menerusi STAR termasulah semua yis major (termasuk Candida auris, patogen baru) dan kulat berfilamen, seperti Aspergillus spp. serta spesies kulat yang lebih jarang dan amat invasif seperti Mucor spp., Rhizopus spp., antara lain.

Pembangunan agen antikulat baharu sedang meningkat. Maka, STAR akan menyokong ubat-ubatan ini bagi memastikan usaha menentang kerintangan antikulat menjadi lebih efisien dan untuk mendapatkan lebih masa dalam mengurangkan dan seterusnya menghapuskan kerintangan baharu.  Perjanjian antara NTS dan IHMA akan membolehkan semua syarikat farmaseutikal dan bioteknologi mengakses program STAR dengan cara yang menjimatkan kos dan masa. "Program STAR ialah inisiatif pemantauan unik yang memprofilkan jangkitan kulat teruk, termasuk Candida auris dan Aspergillus melawan antikulat biasa dan cubaan yang sedang dibangunkan," kata Dr. Mahmoud Ghannoum, Pengasas NTS Ventures.

“Program pemantauan STAR akan memberikan maklumat bernilai berkaitan jangkitan kulat teruk serta membekalkan maklumat terkini dan diperlukan tentang agen antikulat kepada komuniti perubatan,” kata Dr. Daniel Sahm, Ketua Pegawai Saintifik dan VP Perkhidmatan Mikrobiologi Global di IHMA Inc.

PERIHAL NTS Ventures

NTS berpangkalan di Cleveland, Ohio dan menyediakan perkhidmatan pra klinikal, klinikal dan translasi yang direka untuk membawa agen antifungus, antibakteria dan dermatologi daripada peringkat penemuan hingga menembusi pasaran. NTS mempunyai keupayaan untuk menyokong pembangunan ubat baru dalam fasa pengujian pra klinikal dan klinikal untuk memenuhi pematuhan Investigational New Drug (IND) dan New Drug Application (NDA) oleh FDA. Selama lebih dari 25 tahun, pasukan di NTS telah bekerjasama dengan pelbagai entiti termasuk Big Phrama global, syarikat bioteknologi peringkat permulaan dan perkembangan, CRO spektrum penuh serta institusi akademik.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati https://www.ntsventures.com.

PERIHAL IHMA

IHMA berpangkalan di Schaumburg, Illinois, A.S. dan Monthey, Switzerland dan telah menjadi pembekal utama perkhidmatan pembangunan ubat antimikrob selama 25 tahun yang lepas. Kemudahan makmal kami di A.S. dan Eropah bekerjasama dengan klien di seluruh dunia dalam industri bioteknologi, farmaseutikal dan diagnostik. IHMA merupakan makmal bebas peneraju dengan pengkhususan dalam kajian pengawasan dan percubaan klinikal, langkah penting dalam garis masa pembangunan ubat hinggalah ke peringkat pengkomersialan. IHMA menggunakan teknologi terkini, yang membawa kepada pengujian dan data kelas pertama serta rangka kerja ekonomi yang kukuh. Perkhidmatan IHMA boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan pengujian klien yang unik. Ini memastikan pembangunan ubat, pengkomersialan, dan laluan pascapemasaran yang berjaya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati laman web IHMA di: www.ihma.com

MAKLUMAT HUBUNGAN  
Brian Johnson
bjohnson@ihma.com