LeddarTech Memperkenalkan Penderia LiDAR Kilat Berkeadaan Pepejal Leddar Sight untuk Persekitaran yang Mencabar


QUEBEC CITY, April 28, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam ADAS Tahap 1-5 dan teknologi penderia AD, melancarkan Leddar™ Sight, penderia LiDAR berkeadaan pepejal 2D yang teguh dan mesra kos. LiDAR dirumahkan dalam bekas kalis cuaca. LiDAR ini menggunakan pencahayaan kilat untuk menyampaikan pengesanan yang berterusan dan tepat serta julat objek dan halangan dalam keseluruhan medan pandangan, tanpa sebarang bahagian yang bergerak. Leddar Sight telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan mobiliti yang ketat, ITS, dan pembangun sistem industri untuk penderiaan LiDAR yang boleh diharap, tahan lama dalam persekitaran yang paling mencabar.

Keteguhan yang Tiada Tandingannya untuk Persekitaran yang Paling Mencabar

Berdasarkan kebolehharapan lapangan yang telah terbukti dalam modul keluarga LiDAR kilat 2D M16 Leddar, Leddar Sight memanfaatkan reka bentuk berkeadaan pepejal 100% untuk keteguhan terunggul. Diuji untuk kejutan dan getaran untuk memenuhi keperluan aplikasi komersial dan industri yang paling mencabar, Leddar Sight menampilkan bekas kalis cuaca (dikadar IP67/IP69) yang mengalang daripada dimasuki habuk, rendaman dan aliran air bertekanan.

Laluan Dipercepat kepada Pengerahan Komersial

LiDAR kilat 2D Leddar Sight menyediakan keupayaan pengesanan dan ukuran yang tepat untuk aplikasi di dalam bangunan seperti automasi industri dan pelbagai aplikasi di luar bangunan seperti navigasi berautonomi, pengesanan halangan, pengelakan pelanggaran, pengendalian tepat, penguatkuasaan kelajuan, dan tol automatik. Disebabkan bekas yang kukuhnya, penyambung M12, dan pilihan FoV yang pelbagai, penderia boleh disepadukan secara pantas ke dalam prototaip dan digunakan untuk mengumpulkan data medan untuk pembangunan perisian dan tersedia dalam jumlah yang banyak hari ini kepada pelanggan, penyepadu sistem dan penjual semula untuk pengerahan komersial.

Leddar Sight ialah penyelesaian LiDAR ideal untuk kenderaan ulang-alik, roboteksi, ADV, trak komersial, bas, kenderaan industri, robotik mudah alih dan sistem pengangkutan pintar.

Ciri Utama LiDAR Berkeadaan Pepejal 2D Leddar Sight

  • 100% berkeadaan pepejal
  • MTBF 400,000 jam, hingga 26X lebih lama daripada LiDAR mekanikal
  • Memenuhi standard kejutan dan getaran yang ketat
  • Dikadar IP67/IP69, bekas tahan impak
  • Standard EMC yang tinggi
  • Julat suhu operasi yang luas

“Tawaran baharu dalam portfolio LiDAR kilat 2D ini menangani keperluan kritikal yang dinyatakan oleh pelanggan kami untuk penderia LiDAR boleh diharap dan mampu milik yang boleh beroperasi dalam keadaan yang mencabar apabila kejutan, getaran, air dan kemasukan habuk, serta julat suhu pengendalian luas merupakan kebimbangan utama,” kata Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran Global, Komunikasi, dan Pengurusan Produk daripada LeddarTech. “Tidak seperti LiDAR mekanikal, Leddar Sight menggunakan reka bentuk kilat berkeadaan pepejal yang terbukti yang menyampaikan MTBF inheren lebih lama, dan bekasnya yang kukuh menjadikannya sedia untuk lapangan pengendalian 24/7 dalam persekitaran komersial dan industri yang paling mencabar.”

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju dalam platform penderiaan persekitaran untuk kenderaan berautonomi dan sistem bantuan pemandu lanjutan. Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech telah berubah menjadi syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung yang menyeluruh dengan membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan dan persepsi kritikal merentasi seluruh rantai nilai bagi segmen pasaran automotif dan mobiliti. Dengan platform pergabungan penderia dan persepsi LeddarVision™ dan penyelesaian pembangunan LiDAR yang mesra kos, boleh skala dan serba boleh miliknya untuk LiDAR berkeadaan pepejal bergred automotif berdasarkan LeddarEngine™, LeddarTech membolehkan penyepadu sistem automotif Peringkat 1-2 untuk membangunkan penyelesaian penderiaan tindanan penuh untuk autonomi tahap 1 hingga 5. Penyelesaian ini dikerahkan secara aktif dalam penggunaan kenderaan ulang-alik, trak, bas, kenderaan penghantaran, bandar/kilang pintar dan roboteksi berautonomi. Syarikat ini bertanggungjawab untuk beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 95 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan melalui LinkedInTwitterFacebook dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi, dan Pengurusan Produk, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
daniel.aitken@leddartech.com

Leddar, LeddarTech, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, VAYADrive, VayaVision dan logo berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama, nama produk dan tanda lain ialah atau mungkin ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/645d13a2-1348-4cb0-bdea-21f4668ce468/ms  


LeddarTech melancarkan Leddar™ Sight, penderia LiDAR berkeadaan pepejal 2D yang teguh, mesra kos.