GMO Research akan melancarkan jenama perkhidmatan baharu “MO Lite”

Penyelesaian paling pantas dan cekap kos untuk menjalankan tinjauan dalam talian di APAC


TOKYO, April 28, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- GMO Research, Inc. (https://gmo-research.com/), pembekal platform penyelesaian penyelidikan dalam talian di rantau APAC, telah melancarkan inisiatif baharu untuk menyokong syarikat dalam menjalankan projek penyelidikan dalam talian dengan pusing balik yang terpantas dan paling cekap kos di APAC.

Terdapat permintaan yang semakin meningkat terhadap alat penyelidikan pasaran DIY yang membolehkan syarikat menjalankan penyelidikan tinjauan dari jauh dan pada kos yang rendah. Namun, apabila syarikat benar-benar mula merancang projek penyelidikan, terdapat beberapa halangan umum. Mula-mula, khalayak sasaran terhad kepada perkhidmatan dan/atau rangkaian produk syarikat, jadi syarikat tidak boleh mengumpulkan bilangan respons yang lebih banyak. Kedua, perekrutan orang untuk ialah proses yang memakan masa dan mahal. Terakhir sekali, menyetempatkan soal selidik, memastikan soal selidik selaras dengan undang-undang tempatan, dan memastikan bahawa kandungan menangani latar belakang budaya dan linguistik dengan betul memerlukan usaha yang banyak.

Untuk menangani isu ini, GMO Research telah membangunkan “MO Lite”, perkhidmatan baharu yang membolehkan syarikat memautkan tinjauan mereka sendiri menggunakan alat penyelidikan pasaran DIY untuk merekrut responden tinjauan secara terus daripada salah satu himpunan ahli panel terbesar di APAC, dengan harga yang serendah USD 10 sen bagi setiap soalan, yang didatangkan dengan sokongan penuh daripada pakar tempatan APAC.

* Yuran minimum USD 300 akan disertakan.

Takashi Ito, Ketua Pegawai Global GMO Research, Inc., memberikan komen: “Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk pilihan yang pantas dan cekap kos bagi menjalankan tinjauan, secara alamiah kami akan menghubungkan rangkaian panel pengguna terbesar di APAC dengan alat tinjauan percuma yang paling kerap digunakan, untuk membawakan nilai hebat kepada pasaran. Kami yakin bahawa MO Lite boleh berfungsi sebagai salah satu pilihan yang paling berdaya maju untuk menjalankan tinjauan di APAC. Ini secara jelasnya ialah penyelesaian yang paling pantas, cekap kos dan paling boleh dipercayai.”

Untuk soalan & pertanyaan: https://gmo-research.com/services/diy-survey-sampling

Pertanyaan MO Lite:
Pasukan Projek MO Lite
E-mel: info@gmo-research.jp

Kelebihan penggunaan MO Lite:

(1) Tinjauan boleh dijalankan pada orang selain khalayak sasaran anda sendiri

(2) Tinjauan boleh dihantar sepantas satu hari perniagaan selepas permohonan dibuat.

(3) Anda boleh mengedarkan tinjauan kepada lebih daripada 200 atribut prasasaran* tanpa sebarang kos tambahan.

* Atribut sasaran adalah atribut pemantau yang telah dimasukkan ke dalam pangkalan data melalui tinjauan penyaringan berskala besar yang dijalankan terlebih dahulu oleh Asia Cloud Panel.

Perihal GMO Research:

GMO Research menawarkan platform penyelesaian penyelidikan dalam talian semua dalam satu yang membolehkan akses terus kepada salah satu rangkaian panel pengguna terbesar di APAC: Asia Cloud Panel. Buat masa ini, Asia Cloud Panel terdiri daripada lebih 40 juta ahli panel dalam talian, yang terdiri daripada pengguna kepada CEO, merentasi 15 pasaran APAC. GMO Research ialah sebahagian daripada dan disokong oleh GMO Internet Group, salah satu konglomerat Internet terbesar di Jepun, yang mengkhusus dalam beberapa teknologi berkaitan Internet. GMO Internet Group mempunyai bahagian pasaran Jepun nombor satu dalam keselamatan Internet, pemprosesan pembayaran, penyelesaian e-dagang, pengehosan web, domain, dan perdagangan FX.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang GMO Research, lawati https://gmo-research.com.

GMO Internet Group

GMO Internet Group ialah peneraju industri perkhidmatan Internet, membangunkan dan mengendalikan domain, pengehosan & awan, e-dagang, keselamatan dan penyelesaian pembayaran yang paling kerap digunakan di Jepun. GMO Internet Group ini juga merangkumi platform perdagangan FX dalam talian yang terbesar di dunia, serta pengiklanan dalam talian, media Internet dan perkhidmatan berkaitan aset kripto. GMO Internet, Inc. (TSE: 9449) beribu pejabat di Tokyo, Jepun. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.gmo.jp/en/

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8aab8aba-6299-4d0f-b36e-16f836d0a5a0/ms


Manfaat penggunaan MO Lite