Kepimpinan Melalui Inovasi dan Keusahawanan, West Los Angeles College


WEST LOS ANGELES, Calif., Sept. 20, 2015 (GLOBE NEWSWIRE) -- Adalah bukan rahsia bahawa sebahagian daripada universiti dan kolej terbaik terletak di California. Ia bukan secara kebetulan. West Los Angeles College (West) terletak di bukit Culver City (lihat gambar) yang merupakan Permata Kolej-Kolej Komuniti California, gabungan 113 buah kolej, mengendalikan 2.6 juta pelajar setahun. Ia memainkan peranan penting dalam membangunkan pelajar yang sangat kompetitif dan cemerlang dalam akademik yang mendorong kemasukan ke universiti. West Los Angeles College bukan sahaja menawarkan Ijazah Bersekutu tradisional, malah West menerajui pasaran dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan Pergigian yang baharu.

Gambar-gambar yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di 


http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3374e1f7-6dcb-479a-8f22-2cf028b025c2

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0a6987dd-8c86-42f9-9945-ff999d5914e9

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d1ba1446-1fb9-4d66-bf02-cdaa40bd1668

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/81c100d9-f4f9-40a4-9571-1ea03e33f892

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5f4eb4d3-a3de-40cd-becb-910edae2d5dd

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/dc167cfa-b06f-46d6-b10f-5b92e9984ac7

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a46527e1-c223-4a87-9e9c-4ed8b0ce1433

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/31d73251-9f87-415b-a0c4-013f39f4d7f7

Memahami apa yang menjadikan West sebagai kolej terbaik tidak memerlukan pengiraan yang bersungguh-sungguh. Nisbah pelajar bagi setiap seorang gurunya adalah rendah menyediakan interaksi bersemuka antara pelajar dan guru yang hebat. (lihat gambar) Pihak kolej menawarkan penghunian dan juga keupayaan pembelajaran jarak jauh (lihat gambar) yang menyeimbangkan kurikulum untuk mereka yang bekerja sepenuh masa. Ia menawarkan sebuah persekitaran selamat yang menggalakkan kesamarataan kaum dan sosial serta akses sama rata.  Menurut Bob Sprague selaku tenaga pengajar, pentadbir yang telah lama berkhidmat di sana dan kini sebagai Presiden Interim, “Penyatuan inovasi dan keusahawanan memacu masa depan West. Global Institute for Entrepreneurship di West merupakan wadah yang menyatukan pelajar dalam negara, asing, industri dan perniagaan dalam menggalakkan kepintaran Amerika.”

Paling ketara ialah dedikasi West terhadap perkhidmatan pelajar yang meliputi perkhidmatan khas untuk orang kurang upaya dan/atau mengalami gangguan perkembangan hingga kepada golongan minoriti dan populasi pelajar yang tidak dibekalkan perkhidmatan dan kemudahan yang mencukupi. West menawarkan pusat perkembangan kanak-kanak yang mengendalikan populasi yang kembali kepada tenaga kerja atau meningkatkan nilai pasaran mereka melalui latihan semula pekerjaan dan pembangunan profesional. Melalui kedutaan bersepadu yang semakin berkembang dan badan alumni antarabangsa, kolej West Los Angeles diwakili di Arab Saudi, Qatar, Israel, Iran, Mesir, UAE, Kuwait, Bahrain, Maghribi, India, Pakistan, Sri Lanka, China, Korea, Rusia, Perancis, Jerman, United Kingdom, Jepun, Sweden, Sepanyol dan Kanada, dan juga setiap negara di Amerika tengah dan selatan. Setiap budaya ini dan keperluan unik mereka dikendalikan melalui kaunselor-kaunselor kami bagi menyokong dan meraikan pengalaman pelbagai budaya.

Warga veteran mendapat tempat yang istimewa di West. Pada 11 September, sempena ulang tahun 9/11, West telah membuka Pusat Sokongan Veteran bagi membawakan penempatan kerja, perkhidmatan perumahan veteran sementara, peralihan dan kekal, PTSD dan sokongan keperluan khas khusus kepada populasi pelajar veterannya. Menurut Paul Hanley, Presiden Serene Haven, sebuah bahagian NCVRI, “Ini cuma permulaan usaha bersama bagi meningkatkan kesejahteraan pelajar di kampus.” Senev Family Trust membiayai pusat ini melalui pemberian geran. (lihat gambar)

Sebagai tambahan kepada rangkaian lengkap program akademik dan penyediaan kerjaya yang dirumus dengan mantap yang disampaikan oleh ratusan warga kerja fakulti khusus, West Los Angeles College mempunyai inisiatif program pengajaran misalnya turutan empat (4) kursus dalam Kreativiti & Inovasi, di mana pemikiran tersendiri, penjanaan idea pelbagai lapisan dan iklim organisasi usaha sama menguruskan proses-proses kreativiti dan inovasi dengan membimbing syarikat/orang/pasukan/produk melalui sesuatu yang tidak diketahui kepada yang mendapat sanjungan—membawa inovasi daripada peringkat idea ke pasaran. Setiap orang adalah kreatif dan mempunyai kemampuan untuk memupuk dan meningkatkan kemahiran kepimpinan yang penting ini.

Program lima (5) ijazah dalam Pengajian Global & Rantau—Dunia ekonomi dan politik hari ini didorong oleh kuasa dari Asia, Afrika, Amerika Latin, Timur Tengah dan Eropah; tiada satu pun rantau yang boleh dikecualikan. Budaya lama dan baru sedang mengalami perubahan dalam cara baru yang mengejutkan, menekankan sistem sosio-ekonomi melalui pertumbuhan populasi, penjagaan kesihatan, populasi warga emas yang semakin meningkat, pengagihan makanan, akses kepada pendidikan dan keselamatan dalam dunia yang rapuh dari segi ekologi. West Los Angeles College menyampaikan pengetahuan yang mendalam, pengetahuan tahap molekul dan DNA sistem sosio-ekonomi dan bahasa komunikasi antara budaya yang meningkatkan kemahiran perniagaan pelajar; program-program West mempersiapkan pelajar untuk kerjaya dengan latar belakang antarabangsa.

Kesihatan Bersekutu—West menyediakan pelajar untuk pelbagai jenis profesion penjagaan kesihatan dalam permintaan misalnya Penolong Kejururawatan Bertauliah, Bantuan Kesihatan Di Rumah, Juruteknik Perubatan Kecemasan, Juruteknik Farmasi, Bantuan Pergigian dan Paramedik. (lihat Gambar)

BS dalam Kesihatan Pergigian—Bermula musim luruh 2016, West akan menaik taraf program Bersekutu semasanya dalam Kesihatan Pergigian kepada program Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan Pergigian.  Menurut Carmen Dones, profesor Kesihatan Pergigian, “Perkembangan menarik ini meningkatkan status profesional juruhigin pergigian dan membolehkan siswazah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana.”

Teknologi Penerbangan—West menawarkan program Teknologi Penyelenggaraan Penerbangan (Aviation Maintenance Technology, AMT) terkemuka di peringkat kebangsaan yang menyokong Wilayah Los Angeles —salah satu kawasan trafik udara tersibuk dalam negara. AMT West boleh ditemui di setiap hab penerbangan utama di dunia.  Terdapat keperluan yang berterusan untuk juruteknik penyelenggaraan penerbangan berkemahiran tinggi atas faktor industri perjalanan udara dan perkapalan terus berkembang. Malah, teknologi maju telah menjadi misi lebih kritikal.  Semua makmal pengajaran dilengkapi kelengkapan, enjin, struktur dan peralatan paling terkini. (lihat gambar) AMT menyediakan pelajar untuk mengambil dan lulus peperiksaan pensijilan Kerangka Pesawat dan Loji Kuasa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (Federal Aviation Administration, FAA). Dengan pilihan untuk menamatkan Sekolah Latihan Dasar Juruterbang Persendirian FAA dan Latihan Penerbangan melalui Kelab Aero USAF, West menyediakan program juruterbang persendirian paling murah dalam negara. AMT dipertingkatkan lagi dengan inisiatif fakulti yang berterusan misalnya kurikulum bersama-sama dengan sains komputer dalam sistem aerial tanpa pengawasan bagi menyokong permintaan baru yang muncul untuk pengendali berkelayakan dalam industri hiburan, logistik dan pertahanan negara.

Sains Komputer—Fakulti sains komputer West sentiasa mencipta kurikulum yang menggambarkan sifat dinamik sektor teknologi di Los Angeles, Silicon Valley dan Silicon Beach.  Daripada program-program dalam sistem pengaturcaraan VMware/awan, perangkaian Cisco, perangkaian Microsoft, Oracle, keselamatan CompTIA/A+, kepada pembangunan aplikasi android dan mudah alih, pentadbiran sistem Apple, serta reka bentuk web dan pengurusan kandungan, fakulti sains komputer melengkapi pelajar dengan set kemahiran yang mereka perlu untuk memulakan kerjaya atau kemajuan kerjaya.  Para pelajar bukan sahaja menggenggam rangkaian sijil yang ditentusahkan industri, malah mereka bersedia untuk mengambil dan lulus peperiksaan pensijilan industri.  Para pelajar sering berjaya mendapatkan pekerjaan apabila mereka melengkapkan turutan kursus dan biasanya memulakan kerjaya sepenuh masa walaupun masih belum menyempurnakan semua keperluan sijil dan ijazah yang diperlukan.

Pengeluaran Filem—Kerjasama unik antara West, Hollywood Cinema Production Resources (organisasi bukan berorientasikan keuntungan), dan International Alliance of Theatrical State Employees, Moving Pictures, Artists and Allied Crafts of the United States, its Territories and Canada (IASTE) menyediakan latihan khusus industri dalam kemahiran perniagaan yang boleh dipasarkan bagi orang yang baru memulakan kerjaya dalam bidang seni, kraf dan jabatan juruteknik filem dan televisyen. Latihan ini memberikan pelajar-pelajar yang berkelayakan peluang unik untuk mempelajari bidang khusus ini dan kemahiran perniagaan daripada ahli profesional industri yang pakar dalam bidang masing-masing. Melalui kerjasama industri dan pembiayaan oleh Senev Family Trust, para pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pengeluaran program televisyen sebenar, dokumentari dan filem utama berdurasi panjang, pada setiap langkah kitaran hayat; pembangunan skrip, pembangunan bajet, penjadualan pengeluaran, perolehan bakat, penempatan produk, cetakan dan pengiklanan, perhubungan pelabur, kepada edaran, kesemuanya melalui studio yang disokong oleh gergasi industri hiburan. (lihat gambar)

Pendekatan West terhadap Kejuruteraan Teknologi Sains dan Matematik (Science Technology Engineering and Math, STEM) yang memupuk sikap ingin tahu dan disiplin— adalah untuk mendidik pereka cipta, pemaju dan saintis yang akan datang melalui gabungan lengkap, mewujudkan pelbagai tenaga kerja yang berupaya untuk memenuhi keperluan saintifik dan teknikal akan datang. Ini membuka peluang dalam bioteknologi, geologi, kejuruteraan, sains komputer, penerbangan, dan bidang yang baru muncul misalnya teknologi aerial tanpa pengawasan dan pembangunan aplikasi mudah alih canggih.   Menjangkau kembali kepada sekolah menengah, berhubung dengan organisasi penyelidikan kelas dunia misalnya JPL dan CalTech, para pelajar STEM dari West bersedia untuk profesion yang menjanjikan sesuatu yang hebat untuk penemuan baru, teknologi baru dan cara baru pemikiran tentang masa depan kita.

Terdapat juga sokongan padu untuk artis dalam setiap daripada kita, tetapi seni hari ini berkembang melampaui teknologi tradisional dan bersepadu. Pusat Kreatif di West menawarkan kombinasi unik kursus-kursus yang menumpukan pada pembangunan dan pemasaran insan dan idea kreatif, pengalaman pembelajaran unik untuk mereka yang sibuk yang berusaha untuk mengembangkan dan membangunkan bakat kreatif mereka.  West menawarkan program-program dalam Seni Persembahan, Filem dan Televisyen, Pengiklanan dan Pemasaran, Kandungan Interaktif, Penulisan dan Penerbitan dalam Media Cetak dan Baharu, serta Reka Bentuk dan Seni Visual, kesemuanya menyokong industri utama tumpuan West.

Global Institute for Entrepreneurship (GIE) ialah program penting yang boleh melapisi di atas setiap program industri yang mengajar tentang prinsip, kemahiran taktikal, perancangan strategik, pengurangan risiko dan kelangsungan untuk keusahawanan. Menurut Barry Sloan, dekan bersekutu, “GIE menambah nilai yang besar kepada ekosistem keusahawanan Los Angeles.” Pada masa ini biasiswa bernilai $5,000.00 bagi seorang pelajar disediakan melalui kerjasama awam/persendirian dengan Senev Family Trust, membolehkan pendaftar memperoleh pengalaman perniagaan seperti MBA untuk jumlah pengajian sebanyak $1,500.00. Dr. Sam Senev terlibat secara aktif dengan program GIE. (lihat gambar) “Inovasi dan keusahawanan adalah kemahiran asas untuk abad ke-21,” ujar Dr. Patricia Ciliberti, Pengarah Eksekutif GIE.

West Los Angeles College, 9000 Overland Avenue, Culver City, California 90230

Maklumat Hubungan:

Robert Lewis Sprague
Presiden Interim
West Los Angeles College
Telefon: 310-880-3124
www.WLAC.edu

Patricia Ciliberti
Pengarah Eksekutif 
Global Institute for Entrepreneurship (GIE) 
Telefon:  503-729-6728
www.WLAC.edu/GIE 

Paul Hanley
Presiden
Serene Haven, NCVRI
562-382-3257
www.SaveVeteranHousing.com