CP Kelco Merangsang Keupayaan bagi Memenuhi Keperluan Timur Tengah, Afrika dan Turki dengan Pengembangan Pejabat dan Makmal Baru Dubai


DUBAI, U.A.E., Oct. 25, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- CP Kelco, sebuah pengeluar penyelesaian hidrokoloid khusus global telah mengukuhkan komitmennya bagi menyediakan keupayaan teknikal dan perkhidmatan pelanggan terulung ke seluruh Timur Tengah, Afrika dan Turki dengan pengembangan pejabat Dubai termasuklah makmal baru bagi aplikasi makanan dan minuman.

Foto dilampirkan bersama pengumuman ini ada terdapat di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/823ad73b-635e-4345-bbe8-3c354d9d8f5d

Pada Selasa, 11 Oktober, 2016, CP Kelco secara rasminya meraikan pengembangan kemudahannya di Dubai Science Park dengan majlis memotong riben dan lawatan tapak bagi pelanggan serta pengedar, dianjurkan oleh pengurusan kanan syarikat termasuk Don Rubright, Presiden CP Kelco.

“Semenjak 2013, pejabat Dubai kami telah melangkah jauh dalam mengembangkan perniagaan serta menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan pengedar serantau ke seluruh Timur Tengah dalam makanan/minuman, barangan konsumer dan segmen industri, ” kata Rubright. “Mengenali potensi pertumbuhan seluruh rantau, kami melabur ke dalam bakat serta keupayaan tempatan untuk terus membangunkan perniagaan kami dan meningkatkan keupayaan kami untuk membawa produk baru ke dalam pasaran.”

Kehadiran CP Kelco yang lebih komprehensif di Dubai termasuk pasukan Jualan dan Sokongan Teknikal yang meliputi Timur Tengah, Afrika dan Turki. Makmal baru di kemudahan Dubai akan menawarkan sokongan teknikal yang lebih kukuh dan lebih cekap daripada CP Kelco, membenarkan pengeluar makanan dan minuman seluruh rantau mempercepatkan proses pembangunan produk. Kemudahan baru akan membolehkan:

  • Menyelesaikan isu dan/atau perkembangan konsep baru yang menangani keperluan pasaran dengan lebih pantas;
  • Penggunaan bahan mentah tempatan dan pengeluaran prototaip tempatan bagi membolehkan masa memasarkan pelancaran produk baru lebih pantas;
  • Ujian dijalankan bersama pelanggan di dalam makmal kami untuk menpercepatkan perkembangan produk baru;
  • Latihan teknikal tempatan pada produk CP Kelco serta aplikasi yang berkaitan.

Keupayaan untuk menjadi lebih responsif dan bagi memperbaiki tahap perkhidmatan seluruh rangkaian pelanggan yang meluas adalah keutamaan bagi CP Kelco, Rubright menambah, di samping syarikat terus membantu membentuk dan menyokong industri makanan/minuman, barangan konsumer dan perindustrian.

Pejabat CP Kelco Dubai terletak di Dubai Science Park, Al Barsha South, Dubai.

Mengenai CP Kelco
Beribu bejabat di Atlanta, Georgia, USA, CP Kelco adalah pengeluar terkemuka hidrokoloid dengan pejabat dan kemudahan seluruh dunia. Memaparkan rangkaian penyelesaian hidrokoloid yang meluas dan beroperasi di lebih 100 buah negara, CP Kelco memanfaatkan keupayaannya untuk membawakan konsep dan idea kepada produk dunia sebenar dalam pelbagai jenis penggunaan. Bahan istimewa syarikat meliputi pelbagai jenis pengguna dan produk seisi rumah serta penggunaan perindustrian, yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan pengguna serantau. Barisan produk utama ialah Gam Gelan, Pektin, Gam Xantan, Karagenan, Gam Diutan, Karboksimetil Selulosa/Gam Selulosa dan Pati Protein Wei Mikro Zarah, dan juga biopolimer unik yang lain. Sila lawati www.cpkelco.com untuk maklumat lanjut.


            

Contact Data