VistaJet melengkapkan penerbangan ke-100,000 sementara pembelian penuh dan sebahagian pesawat menurun


Syarikat tersebut mencatatkan 40% perniagaan baharu daripada bekas pemilik pesawat sementara pelanggan beralih kepada model perkongsian ekonomi

  • Syarikat memperoleh 15 jet perniagaan baharu pada tahun 2016, setara dengan 26% pertumbuhan kumpulan pesawat
  • Kini telah menghubungkan 250,000 penumpang ke lebih 1,600 lapangan terbang di 187 negara
  • Pelanggan baharu termasuk pemegang prinsip dengan usia serendah 25 tahun, dan syarikat teknologi utama yang membeli 400+ jam penerbangan
  • 40% daripada urus niaga baharunya pada tahun 2016 berpunca daripada pelanggan yang beralih daripada pemilikan pesawat sebahagian atau sepenuhnya

LONDON, March 14, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan global pertama dan tunggal, mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah melakukan lebih daripada 100,000 penerbangan dengan selamat, mencatatkan pertumbuhan ketara sementara syarikat dan UHNWI terus menggunakan jet perniagaan untuk membuat perjalanan ke seluruh dunia.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/afab1e13-6b9f-4ec0-b0f8-e6b5e6434476

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a3b654d1-e790-4450-8576-695e75cd1824

Sepanjang sembilan bulan pertama tahun 2016, pesawat baharu yang disampaikan setiap tahun kurang sebanyak 7.7% dan jumlah disampaikan kekal pada tahap sama seperti pada tahun 20121. Pada waktu yang sama VistaJet memperoleh 15 jet perniagaan baharu pada tahun 2016 untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, setara dengan 26% pertumbuhan kumpulan pesawat. Syarikat tersebut kini telah menghubungkan 250,000 penumpang ke lebih 1,600 lapangan terbang di 187 negara.

Syarikat ini meramalkan pertumbuhan ini berterusan sementara semakin banyak generasi milenium memasuki pasaran penerbangan perniagaan dan ingin menyertai trend perkongsian ekonomi berbanding aset tersendiri yang susut nilai. Dalam kalangan pelanggan baharu mereka adalah pemegang prinsip dengan usia serendah 25 tahun, dan syarikat teknologi utama membeli 400+ jam penerbangan untuk penerbangan sedunia bagi eksekutif mereka. Firma ini melaporkan 40% daripada urus niaga baharunya pada tahun 2016 berpunca daripada pelanggan yang beralih daripada pemilikan pesawat sebahagian atau sepenuhnya kepada capaian kumpulan pesawat global pada bila-bila masa.

Pelanggan Program VistaJet merupakan kebanyakan urus niaga syarikat pada tahun 2016. Program VistaJet adalah penyelesaian yang disasarkan kepada individu dan syarikat yang terbang antara 50 dan 1,000+ jam setiap tahun, menawarkan capaian terjamin terhadap kumpulan pesawat global yang berlambang perak dan merah pada bila-bila masa dan ke mana jua.

Sebagai sebahagian 71 jet perniagaannya, VistaJet kini juga menunjukkan kumpulan pesawat Global 6000 dan Challenger 350 dimiliki secara persendirian yang terbesar di industri. Pada tahun 2016, syarikat tersebut mengalihkan ibu pejabat globalnya ke hub perniagaan Eropah yang semakin berkembang, iaitu Malta, sambil mengembangkan pejabatnya di bandar utama seperti Los Angeles, Bandar New York, Hong Kong, Seoul dan Lisbon.

Pengerusi dan Pengasas Thomas Flohr berkata:

“Keadaan ini adalah kerana ketidakpastian yang lebih luas dan perubahan tanggapan terhadap pemilikan, dan walaupun usahawan dan syarikat inginkan kefleksibelan dan kemudahan penggunaan pesawat perniagaan, mereka tidak inginkan risiko aset atau kos pendahuluan. Penerbangan ke-100,000 kami adalah tanda sebenar bahawa pelanggan telah menemui jawapan yang mereka inginkan dalam model perniagaan kami. Kami telah melabur dalam kumpulan pesawat kami, kakitangan kami dan infrastruktur global kami, untuk menawarkan perkhidmatan yang tiada tandingan.

Kami berbangga untuk menyediakan sokongan dan sumber yang diperlukan oleh syarikat untuk berurus niaga. Sama ada ia adalah menguruskan perjalanan rumit ke berbilang destinasi yang jauh atau mengaturkan mesyuarat dalam penerbangan, tidak kira dimana jua mereka berada di dunia, kami bersedia untuk pelanggan apabila mereka memerlukan kami."

1 http://www.avbuyer.com/articles/business-aviation-market-insight/what-are-the-latest-business-jet-market-trends/

Mengenai VistaJet

VistaJet adalah syarikat penerbangan global yang pertama. Dengan kumpulan pesawat jet perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet menerbangkan syarikat, kerajaan dan pelanggan peribadi ke 187 negara di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini merintis model perniagaan yang inovatif, iaitu pelanggan hanya membayar untuk masa penerbangan, bebas daripada tanggungjawab dan risiko aset dikaitkan dengan pemilikan pesawat. Perkhidmatan Program VistaJet yang utama menawarkan pelanggan langganan jam penerbangan bagi kumpulan pesawat jet jarak sederhana dan jauh untuk terbang di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Maklumat lanjut VistaJet dan berita di vistajet.com.

 


            

Contact Data