3D Systems Lancarkan Platform Pembuatan Tambahan Boleh Skala, Bersepadu Penuh yang Pertama dalam Industri


  • Platform baharu akan mengubah pengeluaran bahagian penggunaan akhir tersuai dan rumit besar-besaran di samping menenuhi keperluan ketahanan dan keterulangan bagi persekitaran pengeluaran.
  • Penghantaran pertama kepada syarikat industri Fortune 50

CHICAGO, March 21, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bagi mencapai strateginya untuk mengubah alir kerja pembuatan 3D, 3D Systems (NYSE:DDD) hari ini mengumumkan platform pembuatan tambahan modular, boleh skala dan bersepadu penuh yang pertama bagi industri. Platform pengeluaran Figure 4 daripada 3D Systems mengeluarkan bahagian plastik lebih 50 kali lebih cepat daripada sistem semasa, lalu memberikan jumlah kos operasi yang lebih rendah di samping menawarkan kaedah yang kompetitif dan mendorong berbanding dengan kaedah konvensional.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4d3900cc-7a84-4f8c-83e2-437897af7887

Berdasarkan teknologi Figure 4 revolusionernya, platform baharu 3D Systems membolehkan pelanggan menyesuaikan konfigurasi dan memilih bahan bagi menangani aplikasi yang khusus.  Konfigurasi merangkumi daripada mesin enjin cetakan tunggal sehinggalah sistem pengeluaran berautomasi penuh dan bervolum tinggi dengan 16 atau lebih enjin cetakan, penghantaran bahan automatik dan pascapemprosesan bersepadu.

Syarikat tersebut baru-baru ini telah menghantar sistem pertama kepada pelanggan industri Fortune 50 dan merancang untuk meningkatkan penghantaran pelanggan khusus sepanjang separuh tahun kedua 2017.

“Kami percaya bahawa platform Figure 4 kami yang berjaya ini akan merevolusikan bidang pembuatan dengan mengubah pengeluaran besar-besaran bagi kedua-dua bahagan penggunaan akhir yang disuaikan dan rumit dengan jumlah kos operasi yang menambat perhatian berbanding kaedah konvensional,” kata Vyomesh Joshi (VJ), President dan CEO bagi 3D Systems. “Apabila orang lain menyedari keperluan untuk beralih daripada pemprototaipan kepada pengeluaran, kami sudah pun membekalkan penyelesaian sebenar merentasi semua pasaran dan aplikasi menegak utama yang membantu pelanggan menyelesaikan masalah pada hari ini.”

Contoh Gambaran – Figure 4 lwn. SLA* Tradisional
Konfigurasi Pengeluaran Figure 4 dengan 16 Enjin CetakanPenambahbaikan
Pencetak Diperlukan225 xLebih Kurang
Daya Pemprosesan Tahunan Bagi Setiap Pencetak (cetakan)225 xLebih Tinggi
Ruang Lantai Kemudahan (kps)26 xLebih Rendah
Usaha Senggaraan Pencetak45 xLebih Rendah
Kos Buruh4 xLebih Rendah
Pelaburan Awal23 xLebih Rendah
TCO - 5 Tahun, Flit Penuh3.5 xLebih Rendah
Bahagian (1 juta unit setiap tahun)Penambahbaikan
Kos Setiap Bahagian (dalam dolar)71%Lebih Rendah
Masa Cetakan Purata Setiap Bahagian (dalam jam)14.1 xLebih Cepat
Sisa Bahan (dalam gram)1.5 xLebih Rendah
  • Jumlah pencetak yang kurang dengan hasil daya pemprosesan yang lebih baik dalam pelaburan yang lebih rendah dan penggunaan bahan yang lebih tinggi.
  • Kos setiap bahagian yang dikeluarkan oleh Figure 4 adalah lebih kurang 30% daripada SLA tradisional.

Sebagai sebahagian daripada strategi utamanya, 3D Systems akan melancarkan salah satu penyelesaian asalnya untuk industri pergigian yang bernilai multibilion dolar berdasarkan platform Figure 4 dan bahan NextDent-nya. Pelanggan akan dapat melihat penyelesaian tersebut pada Pertunjukkan Pergigian Antarabangsa (IDS) 2017 di Cologne, Jerman pada 21-25 Mac.

Dalam jangka panjang, syarikat bertujuan untuk melanjutkan platform Figure 4 mengikut aplikasi bagi memenuhi keperluan pelanggan khusus merentasi bidang penjagaan kesihatan, aeroangkasa, automotif dan industri barang tahan lama.

Pernyataan Masa Hadapan
Pernyataan tertentu yang dibuat dalam siaran ini yang bukan pernyataan sejarah atau fakta semasa adalah pernyataan masa hadapan dalam lingkungan maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995.  Pernyataan masa hadapan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketaktentuan dan faktor lain yang mungkin menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar syarikat untuk ketara berbeza daripada hasil sejarah atau daripada sebarang hasil atau unjuran masa hadapan yang tersurat atau tersirat oleh pernyataan memandang ke hadapan yang sedemikian. Dalam kebanyakan keadaan, pernyataan masa hadapan boleh dikenal pasti dengan istilah seperti “percaya,” “kepercayaan,” “menjangka,” “mungkin,” “akan,” “menganggarkan,” “bertujuan,” “menduga” atau “merancang” atau negatif bagi istilah ini atau peristilahan lain yang setanding. Pernyataan masa hadapan adalah berdasarkan kepercayaan, anggaran dan jangkaan semasa pihak pengurusan dan mungkin termasuk ulasan kepada kepercayaan dan jangkaan syarikat berhubung dengan peristiwa dan aliran masa hadapan yang mempengaruhi perniagaannya dan semestinya tertakluk pada ketaktentuan, yang kebanyakannya di luar kawalan syarikat. Faktor yang diterangkan di bawah pengepala “Pernyataan Masa Hadapan” dan “Faktor Risiko” dalam pemfailan berkala syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran, serta faktor lain, boleh menyebabkan hasil sebenar ketara berbeza berbanding hasil yang dicerminkan atau diramalkan dalam pernyataan masa hadapan. Walaupun pihak pengurusan percaya bahawa jangkaan yang dicerminkan dalam pernyataan masa hadapan adalah munasabah, pernyataan masa hadapan tidak demikan, dan tidak harus disandarkan sebagai jaminan prestasi atau hasil masa hadapan, ia juga tidak semestinya terbukti sebagai penunjuk tepat bagi masa yang prestasi atau hasil tersebut akan tercapai. Pernyataan masa hadapan yang terangkum hanya dibuat pada tarikh pernyataan. 3D Systems tidak menanggung tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak sebarang pernyataan masa hadapan yang dibuat oleh pihak pengurusan atau bagi pihaknya, sama ada sebagai hasil pembangunan masa hadapan, peristiwa atau keadaan yang berikutan atau sebaliknya.

Mengenai 3D Systems

3D Systems membekalkan produk dan perkhidmatan 3D yang menyeluruh, termasuk pencetak 3D, bahan cetakan, perkhidmatan pembuatan atas permintaan dan alat reka bentuk digital. Ekosistemnya menyokong aplikasi termaju daripada kedai reka bentuk produk ke lantai kilang sehinggalah bilik operasi. Keupayaan penjagaan kesihatan jitu 3D Systems termasuk simulasi, Perancangan Pembedahan Maya dan pencetakan peranti perubatan dan pergigian serta instrumen pembedahan khusus pesakit. Sebagai pengasas pencetakan 3D dan pembentuk penyelesaian 3D masa hadapan, 3D Systems telah menggunakan sejarah 30 tahunnya bagi membolehkan para profesional dan syarikat untuk mengoptimumkan reka bentuk mereka, mengubah alir kerja mereka, membawakan produk inovatif ke pasaran dan memacu model perniagaan baharu.

Maklumat lanjut tentang syarikat boleh didapati di www.3dsystems.com

* Angka yang disertakan di dalam jadual merupakan anggaran berdasarkan hasil ujian 3D Systems yang dijalankan dalam persekitaran makmal.


            

Contact Data