Taconic Biosciences Mengumumkan Pengembangan Model Haiwan Alzheimer Utama


HUDSON, NY, May 05, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam model tikus tereka bentuk secara genetik dan perkhidmatan yang berkaitan, mengumumkan bahawa ia akan memperluaskan penawaran model tikus Penyakit Alzheimer (AD) utama, APPSWE - Model 1349, untuk memasukkan haiwan berusia.

Taconic kini akan menawarkan haiwan Model 1349 berusia sehingga 42 minggu tersedia, yang menjimatkan mereka berbulan tempoh masa yang biasa untuk mengakses model Alzheimer.  Program ini menangani keperluan pelanggan untuk mempunyai model penyakit kritikal segera tersedia, sebagai ganti kepada pemesanan dan menunggu haiwan untuk membesar dan menghasilkan fenotip yang dikehendaki. 

Dr. Michael Seiler, Pengarah portfolio Taconic Biosciences untuk model tereka bentuk secara genetik, mengulas, "Penambahan haiwan APPSWE berusia menunjukkan komitmen Taconic untuk membantu penyelidik mengurangkan tempoh masa penemuan. Pengurangan ini menjimatkan masa dan wang, akhirnya menjadikan ia lebih mudah untuk menuju ke arah terapeutik yang mengubah hidup."

Tikus APPSWE menghasilkan bentuk yang bermutasi daripada gen manusia untuk protein prekursor amiloid (APP) yang dikenali sebagai mutasi Sweden (APPSWE). Gen bermutasi mengekod penggantian asid amino ganda dua dan dikaitkan dengan peningkatan kecenderungan diwarisi untuk Penyakit Alzheimer. Menyebabkan manifestasi fenotip pada tikus APPSWE termasuk pengumpulan progresif beta amiloid (Aβ) di dalam otak, seakan-akan "plak nyanyuk" klasik Penyakit Alzheimer manusia, dan defisit kognitif yang dikaitkan. Tikus yang terlebih menghasilkan isoform Alzheimer bersekutu bagi protein prekursor amiloid manusia menyediakan model untuk Penyakit Alzheimer manusia dan alat eksperimen untuk kepelbagaian mekanisme selular.

Penyakit Alzheimer dan penyakit demensia lain dijangka menyebabkan Amerika Syarikat menelan belanja sebanyak $259 bilion dolar pada tahun 2017 (www.alz.org), mewakili pasaran utama dan tumpuan untuk penyelidikan farmaseutikal.

Taconic menawarkan haiwan Model 1349 yang tidak membesar, serta portfolio model roden neurosains menyeluruh. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang portfolio neurosains Taconic, sila hubungi Taconic Biosciences di 1-888-Taconic (888-822-6642) di dalam Amerika Syarikat, +45 70 23 04 05 di dalam Eropah atau di info@taconic.com          

Mengenai Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences merupakan peneraju global berlesen penuh bagi model dan perkhidmatan roden tereka bentuk secara genetik. Taconic, yang diasaskan pada tahun 1952, membantu syarikat dan institusi bioteknologi memeroleh, menjanakan secara tersuai, membiak, memprasyaratkan, menguji dan mengedarkan model penyelidikan yang berharga di serata dunia.  Sebagai pakar untuk model tikus tereka bentuk secara genetik, model tikus penyelidikan kejituan, dan perkhidmatan rekaan model dan pembiakan bersepadu, Taconic mengendalikan tiga buah makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan ke mana-mana sahaja di seluruh dunia.


            

Contact Data