Lantronix Mengumumkan Ketersediaan Keluaran Beta bagi Platform Pembangunan dan Pemindahan Aplikasi IoT Pelbagai Dimensi

MACH10™ Sangat Memudahkan Proses bagi OEM untuk Menyampaikan Aplikasi IoT Berskala Web


IRVINE, Calif., May 23, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix, Inc. ("Syarikat") (NASDAQ:LTRX), sebuah pembekal global bagi akses data selamat dan penyelesaian pengurusan untuk aset Internet of Things (IoT) dan teknologi maklumat (IT), pada hari ini mengumumkan ketersediaan keluaran beta bagi MACH10™, iaitu platform pembangunan dan pemindahan aplikasi IoT pelbagai dimensi yang sangat memudahkan proses bagi OEM untuk menyampaikan aplikasi IoT berskala web.

"Berikutan pratonton dan demonstrasi MACH10 yang berjaya kepada pelanggan akses awal pada suku Mac, kami gembira untuk mengumumkan ketersediaan MACH10 beta," kata Jeff Benck, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lantronix. "Keluaran beta ini menandakan satu lagi pencapaian penting sementara kami menuju ke arah ketersediaan umum MACH10 pada akhir tahun ini dan mencapai misi Lantronix untuk menyampaikan penyelesaian mudah pindah yang membolehkan syarikat untuk memanfaatkan faedah Internet of Things."

Menggunakan API yang dibina berdasarkan protokol standard industri, MACH10 membolehkan OEM untuk mengurangkan secara ketara jumlah masa yang digunakan dalam membangunkan aplikasi IoT melalui aplikasi pengurusan sedia untuk digunakan yang boleh diperluas yang boleh dipindahkan dengan serta-merta dan satu set perkhidmatan mikro penting yang membolehkan OEM untuk melonjakkan pembangunan aplikasi IoT mereka di samping memelihara pelaburan perisian IoT mereka yang sedia ada.

OEM yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai MACH10, meminta demo atau memohon akses kepada keluaran beta dengan melawati www.lantronix.com/mach10 atau menghubungi pejabat jualan Lantronix.

Mengenai Lantronix 
Lantronix, Inc. adalah sebuah pembekal global bagi akses data selamat dan penyelesaian pengurusan untuk aset Internet of Things (IoT) dan teknologi maklumat (IT). Misi kami adalah untuk menjadi pembekal utama bagi gerbang IoT yang membolehkan syarikat untuk memudahkan penciptaan, pemindahan dan pengurusan projek IoT secara ketara sambil menyediakan akses selamat kepada data untuk aplikasi dan manusia.

Dengan lebih daripada dua dekad pengalaman dalam mencipta teknologi teguh mesin kepada mesin (M2M), Lantronix adalah peneraju dalam membolehkan pelanggan kami untuk membina model perniagaan baru dan merealisasikan potensi Internet of Things. Penyelesaian penyambungan kami dipindahkan dalam berjuta-juta mesin yang disediakan untuk pelbagai jenis industri, termasuk pusat data, perubatan, keselamatan, perindustrian, pengangkutan, peruncitan, kewangan, alam sekitar dan kerajaan.

Lantronix beribu pejabat di Irvine, California. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.lantronix.com.

Ketahui lebih lanjut di blog Lantronix, www.lantronix.com/blog, yang menampilkan perbincangan industri dan kemas kini. Untuk mengikuti Lantronix di Twitter, sila layari www.twitter.com/Lantronix. Lihat koleksi video kami di YouTube di www.youtube.com/user/LantronixInc atau berhubung dengan kami di LinkedIn di www.linkedin.com/company/lantronix.

© 2017 Lantronix, Inc. Semua Hak Cipta Terpelihara. Lantronix, adalah tanda dagangan berdaftar bagi Lantronix, Inc. MACH10 adalah tanda dagangan bagi Lantronix Inc.

Media dan Pelabur:   
E.E. Wang
Pengarah, Pemasaran Korporat dan Perhubungan Pelabur
investors@lantronix.com
ee.wang@lantronix.com
949-614-5879

Jualan:
Benua Amerika: 800-422-7055
Eropah, Timur Tengah dan Afrika: +31 (0)76 52 36 744
Asia Pasifik: + 852 3428-2338
Jepun: +81 3-3273-8850
India: +91 994-551-2488