Abiomed Mengumumkan Perletakan Jawatan Ketua Pegawai Kewangan dan Menyambut Kembali Mantan Ketua Pegawai Kewangan sebagai Perunding


DANVERS, Mass., Aug. 30, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Abiomed, Inc. (NASDAQ: ABMD), pembekal terkemuka teknologi sokongan dan pemulihan jantung yang berjaya, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima perletakan jawatan Ketua Pegawai Kewangannya, Michael Tomsicek, berkuat kuasa 24 Ogos 2017.  Selepas dua tahun, Encik Tomsicek meninggalkan Syarikat untuk meneruskan minat lain.

Walaupun Syarikat melakukan pencarian di luar syarikat untuk mengenal pasti pengganti Encik Tomsicek, mantan Ketua Pegawai Kewangan Syarikat, Robert Bowen, akan kembali dari persaraan untuk menyokong organisasi itu sebagai perunding sehingga Ketua Pegawai Kewangan baru telah direkrut dan dilantik. Encik Bowen berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Syarikat dari Disember 2008 hingga Julai 2015, dalam tempoh pertumbuhan yang besar untuk Syarikat dan menasihatkan Syarikat dalam peranan perundingan selama satu tahun berikutan persaraannya.

Ian McLeod, Naib Presiden Syarikat dan Pengawal Korporat, akan melaksanakan fungsi pegawai kewangan utama dan pegawai perakaunan utama secara interim sehingga Ketua Pegawai Kewangan tetap telah dilantik. Encik McLeod telah bekerja di Syarikat ini selama sepuluh tahun terakhir dan telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai Pengawal Korporat dalam tempoh tersebut.

"Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Mike Tomsicek dalam usaha beliau untuk meneroka peluang lain dan berterima kasih kepadanya kerana mengekalkan piawaian pematuhan dan kualiti kewangan yang tinggi," kata Michael R. Minogue, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Abiomed. "Kami juga mengalu-alukan kembali Bob Bowen, yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan Abiomed selama hampir sedekad yang lalu."

MENGENAI PAM JANTUNG IMPELLA

Impella 2.5®, Impella CP® dan Impella 5.0® adalah pam jantung yang diluluskan oleh FDA yang digunakan untuk merawat pesakit serangan jantung yang mengalami kejutan kardiogenik, dan mempunyai keupayaan unik untuk membolehkan pemulihan jantung asli, membolehkan pesakit pulang ke rumah dengan jantung mereka sendiri. Peranti Impella 2.5 dan Impella CP juga diluluskan untuk merawat pesakit kegagalan jantung tertentu yang menjalani intervensi koronari perkutaneus (PCI) elektif dan penting  seperti sten atau angioplasti belon, untuk membuka semula arteri koronari yang tersumbat. Pam jantung kanan Abiomed dan peranti Impella RP®, diluluskan untuk merawat pesakit tertentu yang mengalami kegagalan jantung kanan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai platform pam jantung Impella, termasuk petunjuk mereka yang diluluskan dan maklumat keselamatan dan risiko yang penting berkaitan dengan penggunaan peranti, sila lawati: www.protectedpci.com.

Logo ABIOMED, ABIOMED, Impella, Impella 2.5, Impella 5.0, Impella LD, Impella CP, Impella RP dan Recovering Hearts. Saving Lives. adalah tanda dagangan ABIOMED, Inc. di Amerika Syarikat dan di negara-negara asing tertentu.

MENGENAI ABIOMED 
Berpangkalan di Danvers, Massachusetts, Abiomed, Inc. adalah sebuah pembekal terkemuka bagi peralatan perubatan yang memberikan sokongan peredaran. Produk kami direka bentuk untuk membolehkan jantung berehat dengan meningkatkan aliran darah dan/atau melaksanakan pengepaman jantung. Untuk mendapatkan maklumat tambahan, sila lawati: www.abiomed.com.

PERNYATAAN MASA HADAPAN

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan, termasuk pernyataan berhubung pembangunan produk Abiomed yang sedia ada dan baru, kemajuan Syarikat ke arah pertumbuhan komersial, peluang masa depan dan kelulusan kawal selia yang dijangka. Keputusan sebenar Syarikat mungkin berbeza secara material daripada yang dijangkakan dalam pernyataan masa hadapan berdasarkan beberapa faktor, termasuk ketidaktentuan yang berkaitan dengan pembangunan, pengujian dan kelulusan kawal selia yang berkaitan, termasuk potensi kerugian di masa hadapan, pembuatan kompleks, keperluan kualiti yang tinggi, pergantungan kepada sumber bekalan terhad, persaingan, perubahan teknologi, peraturan kerajaan, perkara litigasi, keperluan modal masa hadapan, ketidaktentuan pembiayaan tambahan serta risiko dan cabaran lain yang diperincikan dalam fail Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk Laporan Tahunan yang baru difailkan pada Borang 10-K dan Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q. Pembaca diingatkan agar tidak terlalu bergantung kepada mana-mana pernyataan masa hadapan, yang tepat setakat tarikh siaran ini. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk menyiarkan kepada umum hasil bagi apa-apa semakan terhadap pernyataan masa hadapan yang boleh dibuat untuk menggambarkan peristiwa atau keadaan yang berlaku selepas tarikh siaran ini atau untuk menggambarkan berlakunya peristiwa yang tidak dijangka.


            

Contact Data