VistaJet Menerajui Masa Depan Perjalanan Perniagaan Dengan VistaJet Direct, Keahlian Digital Baharunya

Aplikasi baharu ini adalah sebahagian daripada visi syarikat untuk terus menawarkan perkhidmatan yang tiada tandingan dengan jangkauan global melalui kuasa eksponen teknologi


  • Akses masa nyata kepada kumpulan pesawat VistaJet berjumlah lebih daripada 70 buah pesawat perak dan merah
  • Tempahan keutamaan pada penerbangan sehala dan pesawat kosong VistaJet
  • Ahli boleh merancang dan memohon penerbangan dengan visualisasi digital
  • Tempahan yang paling pantas
  • Satu-satunya aplikasi tempahan hujung ke hujung dalam penerbangan perniagaan

LONDON, Aug. 31, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat yang pertama dan satu-satunya syarikat penerbangan global, hari ini telah melancarkan secara rasmi VistaJet Direct, keahlian digital baharu yang menawarkan akses keutamaan kepada penerbangan sehala dan pesawat kosong VistaJet pada kadar istimewa.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3406fd94-1d40-4772-918f-c39f25c50f69

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3116b9b8-6762-4f8a-a3a1-684f922dcfac

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3ae29f2a-29bf-492e-a5a9-89b87dc2894c

VistaJet menetapkan satu lagi aras pencapaian bagi perjalanan persendirian akan datang, muncul sebagai satu-satunya syarikat dalam sektornya yang menawarkan portfolio lengkap bagi penyelesaian penerbangan, dengan Program, On Demand dan VistaJet Direct yang baharu. Jadual yang padat dan keputusan saat akhir adalah sebahagian daripada rutin bagi kebanyakan pelancong perniagaan. Keahlian digital baru ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang mencari perkhidmatan yang tiada tandingan dan jangkauan global yang hanya boleh ditawarkan oleh VistaJet, tanpa sebarang komitmen untuk terbang terlebih dahulu.

VistaJet telah menjadi tumpuan utama menerusi satu siri inisiatif revolusioner yang bertujuan menjadikan penerbangan persendirian lebih mudah. Kini ketenangan minda yang sama ditawarkan dengan komitmen minimum. Keahlian setiap tahun yang hanya $10,000 akan membolehkan para pelanggan membuat tempahan bagi semua pesawat VistaJet yang ada sebelum memasuki pasaran sewa.

Tidak seperti beberapa pesaingnya yang menawarkan tempahan tempat duduk tanpa jaminan, VistaJet Direct memberikan para pelanggan peluang untuk memiliki pengalaman penuh VistaJet, termasuk penggunaan jet secara solo, pelayan kabin yang dilatih oleh British Butler Institute, ysajian daripada restoran yang terkenal di dunia dan perkhidmatan dalam penerbangan yang komprehensif. Setelah tempahan disahkan, VistaJet menjamin ketersediaan pesawat dalam salah satu kumpulan pesawat milik penuhnya yang terdiri daripada lebih daripada 70 pesawat yang sama reka bentuknya, memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggannya.

Melalui perkhidmatan geolokasi yang terbina dalam aplikasi, Ahli akan menerima pemberitahuan tolak di telefon pintar mereka apabila pesawat yang berhampiran dengan mereka atau dari bandar kegemaran mereka boleh didapati. Mereka hanya perlu ketik pada pemberitahuan tersebut dan tempah. Lebih baik lagi, aplikasi ini menawarkan harga tetap masa nyata, dan keseluruhan proses tempahan boleh disiapkan dalam beberapa minit. Untuk tambah memudahkan proses tempahan, pelanggan dan pasukan mereka boleh memohon penerbangan menerusi aplikasi telefon pintar atau meja yang sentiasa dikemas kini dan mengawal segalanya dalam penerbangan mereka daripada sajian sehinggalah perkhidmatan tambahan di darat.

Terima kasih kepada pelaburan strategiknya dalam teknologi inovatif, VistaJet menerajui sektor penerbangan perniagaan dengan merintis platform teknologi hujung ke hujung yang menjadikan syarikat itu sebagai syarikat yang paling berintegrasi daripada sudut teknologi dalam penerbangan perniagaan.

Thomas Flohr, Pengerusi dan Pengasas berkata:

"Pelancaran hari ini adalah tentang memberikan pelanggan kami dan semua pengembara perniagaan sebanyak mungkin fleksibiliti dan pilihan. Dengan penambahan VistaJet Direct, terbang bersama kami lebih mudah berbanding sebelum ini.
Kami sentiasa mencari peluang baharu untuk membuatkan perjalanan terpahat dalam ingatan, dan menjadikan penerbangan pelanggan kami sebagai pengalaman yang tidak akan pernah mereka lupakan. VistaJet Direct adalah cara yang paling pantas dan paling mudah untuk terbang bersama VistaJet. Pelanggan kini boleh menempah penerbangan dan mengakses perkhidmatan kami yang pelbagai tanpa mengira lokasi mereka di dunia, pada masa yang sesuai dengan mereka."

Jadilah Ahli VistaJet Direct di:
www.vistajet.com/direct                    AppStore                    Google Play

Tentang VistaJet 
VistaJet adalah syarikat yang pertama dan satu-satunya syarikat penerbangan global. Dengan kumpulan pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan pelanggan syarikat, kerajaan dan peribadi ke 187 buah negara di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini merintis model perniagaan yang inovatif, iaitu pelanggan hanya membayar untuk masa penerbangan, bebas daripada tanggungjawab dan risiko aset yang dikaitkan dengan pemilikan pesawat. Perkhidmatan Program VistaJet yang tersendiri menawarkan langganan jam penerbangan bagi kumpulan pesawat jet jarak sederhana dan jauh miliknya untuk menerbangkan pelanggan ke mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Maklumat dan berita lanjut tentang VistaJet di vistajet.com.


            

Contact Data