Neuralstem Mengumumkan Pelantikan Dua Ahli Baharu dalam Lembaga Pengarah


GERMANTOWN, Md., Sept. 27, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), sebuah syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf, hari ini mengumumkan bahawa Zhang Zhuo dan Cristina Csimma, PharmD, MHP, telah dilantik dalam Lembaga Pengarah, berkuatkuasa pada 18 September 2017.

“Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Encik Zhang and Dr. Csimma dalam Lembaga Pengarah kami,” kata Rich Daly, Pengerusi dan CEO. “Encik Zhang menyertai kami sebagai orang yang dilantik oleh Tianjin Pharmaceuticals sebagaimana yang dipersetujui berkaitan dengan pelaburan strategik $20 juta mereka pada Disember 2016. Kami amat menghargai sokongan yang Tianjin berikan pada tahun lalu dan kami menunggu untuk bekerja dengan perusahaan farmaseutikal multinasional yang besar begitu dalam penyelidikan dan pembangunan bagi inovasi sel induk dan platform molekul kecil kami. “

"Dr. Csimma mempunyai pengalaman kepimpinan puluhan tahun dalam industri biofarmaseutikal serta kepakaran yang tinggi dalam pembangunan ubat-ubatan. Wawasan beliau terhadap operasi korporat dan penjanaan modal akan membantu Neuralstem dalam tempoh transformatif yang berpotensi ini untuk syarikat itu,” sambung En. Daly. 

Encik Zhang kini merupakan Naib Pengarah bagi Kerjasama Antarabangsa untuk Tianjin Pharmaceuticals, yang beliau sertai pada tahun 2011. Encik Zhang memegang Ijazah Sarjana Sains dari London School of Economics and Political Science dan Ijazah Sarjana Perdagangan Ekonomi dan Perniagaan Antarabangsa dari University of Auckland, New Zealand.   

Cristina Csimma adalah Pengerusi Eksekutif, Lembaga Pengarah untuk Exonics Therapeutics dan juga Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa Pampasan dan Pencalonan dan Tadbir Urus Korporat bagi Juniper Pharmaceuticals. Beliau juga berkhidmat sebagai lembaga penasihat termasuk Sucampo Pharmaceuticals, Jawatankuasa Penasihat Saintifik Dermawan bagi Usahasama Persatuan Distrofi Otot; Lembaga Pemantauan Eksekutif ke Rangkaian NeuroNext Institut Kesihatan Nasional (NIH); Jawatankuasa Pengawasan Luar bagi Rangkaian Neurotherapeutics Rangka Tindakan NIH, Lembaga Penasihat Luar Pusat MRCT bagi Hospital Wanita, Harvard dan Brigham, Jawatankuasa Tinjauan Dana Pembangunan Therapeutic Robertson dan Jawatankuasa Penasihat TREAT-NMD untuk Therapeutics (TACT). Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Lembaga Vtesse (diperoleh pada bulan Mac 2017 oleh Sucampo Pharmaceuticals) dan Cydan, iaitu beliau juga Presiden dan CEO pengasas, Naib Presiden Pembangunan Ubat-Ubatan di Virdante Pharmaceuticals Inc (diperolehi oleh Moderna)., Pengetua di Clarus Ventures LLC, dan memegang peranan dalam Penyelidikan Klinikal dan Penyelidikan Translasi di Institut Genetik Wyeth (kini Pfizer) dan Institut Kanser Dana Farber.

Dr. Csimma memperoleh kedua-dua Doktor Farmasi dan Sarjana Muda Sains Farmasi daripada Massachusetts College of Pharmacy and Allied Health Sciences, serta Sarjana Profesion Kesihatan daripada Northeastern University.

Mengenai Neuralstem
Neuralstem adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf bagi keperluan perubatan yang kerap tidak dipenuhi. NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan perkembangan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 serta strok.

NSI-566 adalah terapi sel induk yang diuji untuk rawatan lumpuh pada strok, kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI) dan Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS). Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan
Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "safe harbor" bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan seperti itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan perkataan seperti "berharap," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "percaya," "mencari" atau "akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan terhadap perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan atau kelulusan peraturan, keperluan modal masa depan, pergantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara ketara berbanding keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan Borang 10-Q untuk tiga dan enam bulan berakhir 30 Jun 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

Hubungan:

Kimberly Minarovich
Argot Partners (Perhubungan Pelabur)
212-600-1902
kimberly@argotpartners.com