VistaJet Mencapai Pendapatan Suku Tahun Ketiga Tertinggi dalam Sejarahnya


VistaJet Mencapai Pendapatan Suku Tahun Ketiga Tertinggi dalam Sejarahnya

Mencipta pencapaian dalam usaha syarikat untuk memperoleh bahagian pasaran merentas semua pasaran

  • Keahlian Program meningkat sehingga 38% saban tahun
  • Rekod jumlah jam Keahlian Program telah meningkat, mencecah 32% saban tahun
  • 25% pertumbuhan Keahlian Program adalah daripada pasaran Amerika Utara
  • EBITDA meningkat 24% setiap tahun

LONDON, Dec. 01, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat perniagaan penerbangan pertama dan tunggal, berbesar hati mengumumkan pencapaian membanggakan dalam kemas kini perniagaan suku ketiganya, dipacu oleh permintaan berterusan bagi Keahlian Program utama syarikat dengan kenaikan sebanyak 38% keuntungan. Bahagian Program mencapai rekod pertumbuhan jam penerbangan baru sebanyak 32% berbanding Q3 bagi tahun 2016.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4fdcbdf1-108d-4c15-bc20-88d80cfbf9e1

Pemacu teras Keahlian Program VistaJet datang daripada pasaran Amerika Utara, menampakkan pertumbuhan 25% dalam pelanggan yang berpangkalan di A.S. pada suku tahun ketiga sahaja. VistaJet juga melihat peningkatan jam penerbangan terbesar dari Amerika Utara, sehingga 22%, mewakili satu lagi pertumbuhan dwi digit dalam suku tahun bagi setiap tahun.

Dalam tempoh yang sama, VistaJet memperoleh kenaikan 24% dalam EBITDA disebabkan oleh infrastruktur global yang unik dan pelaburan ke dalam teknologi hak milik syarikat.

Perkembangan hari ini sekali lagi menunjukkan arah aliran global bagi individu dan syarikat yang berganjak daripada pemilikan kapal terbang untuk mengurangkan kos dan menanggung risiko aset, tetapi tidak untuk keselesaan, kesenangan dan faedah penerbangan perniagaan. Aliran ini dibuktikan dengan pelaburan berjumlah $150 juta oleh Rhône Capital yang diumumkan pada Ogos, yang kini menjadikan ekuiti VistaJet bernilai melebihi $2.5 bilion. Syarikat kini dalam landasan yang tepat untuk menarik pemilik separa atau penuh kapal terbang dalam pasaran A.S., dengan menawarkan liputan global, kualiti yang konsisten tanpa tandingan dan kecekapan maksimum.

"Keputusan rekod hari ini merupakan satu lagi langkah kejayaan dalam sejarah VistaJet dan membuktikan permintaan global untuk model kami yang unik dan kebolehan untuk menguasai industri penerbangan. Jelas dalam ekonomi Permintaan hari ini, individu mahukan kefleksibelan dan keberkesanan kos yang ditawarkan oleh Program VistaJet,” ujar Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi VistaJet. "Saya juga amat gembira dengan pertumbuhan berterusan yang kami peroleh di AS, pasaran perniagaan terbesar dunia. Kemajuan telah dicapai berpandukan maklum balas positif daripada pelanggan yang berterusan mengesyorkan VistaJet kepada rakan mereka disebabkan oleh perkhidmatan yang konsisten dan tanpa tandingan, pada bila-bila masa dan ke mana sahaja mereka pergi. Kami teruja untuk terus membina kedudukan utama VistaJet dalam industri ini disebabkan oleh kepercayaan dan sokongan para pelanggan kami."

Perihal VistaJet 
VistaJet merupakan syarikat penerbangan global pertama dan tunggal. Berbekalkan jet perniagaan perak dan merah syarikat, Dengan kumpulan pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan pelanggan syarikat, kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini merintis model perniagaan yang inovatif, iaitu pelanggan hanya membayar untuk masa penerbangan, bebas daripada tanggungjawab dan risiko aset yang dikaitkan dengan pemilikan pesawat. Perkhidmatan Program VistaJet yang tersendiri menawarkan langganan jam penerbangan bagi kumpulan pesawat jet jarak sederhana dan jauhnya untuk menerbangkan pelanggan ke mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Dapatkan lebih banyak maklumat dan berita berkenaan VistaJet di vistajet.com.

Maklumat

Jennifer Tyler 
VistaJet International 
T: +44 (0) 203 617 3077 
M: +44 (0) 7834 335505
jennifer.tyler@vistajet.com 

James Leviton 
Finsbury 
T: +44 207 251 3851 
VistaJet@finsbury.com