GW Pharmaceuticals Mengumumkan Cadangan Penawaran Awam bagi ADS


LONDON, Dec. 07, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- GW Pharmaceuticals Mengumumkan Cadangan Penawaran Awam bagi ADS

LONDON, 5 Disember 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- GW Pharmaceuticals plc (Nasdaq:GWPH) ("GW" atau “Syarikat”), sebuah syarikat biofarmaseutikal berfokuskan penemuan, pembangunan dan pengkomersialan terapeutik baharu daripada platform produk ‘cannabinoid’ proprietarinya mengumumkan pada hari ini bahawa ia mahu menjual, tertakluk pada pasaran dan syarat lain, $225 juta Saham Pemegang Simpanan Amerika (American Depositary Shares, “ADS”) yang mewakili syer biasa bagi GW pada Pasaran Global NASDAQ dalam penawaran awam A.S. yang ditaja jamin. GW bercadang untuk memberikan pilihan 30 hari kepada penaja jamin untuk membeli sehingga $33.75 juta ADS tambahan pada harga tawaran. Tiada jaminan sama ada tawaran akan dilengkapkan, atau tarikh pelengkapan, saiz atau terma sebenar tawaran. Harga tawaran belum ditentukan.

Goldman Sachs & Co. LLC, Morgan Stanley, BofA Merrill Lynch dan Cowen bertindak sebagai pengurus utama bersama untuk tawaran tersebut.

ADS yang diterangkan di atas ditawarkan oleh GW menurut kenyataan ‘shelf registration’ yang difailkan oleh GW dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (Securities and Exchange Commission, “SEC”) yang efektif secara automatik pada 17 April 2017. Tambahan prospektus awal berkaitan tawaran tersebut akan difailkan kepada SEC dan akan tersedia pada laman web SEC di http://www.sec.gov. Salinan tambahan prospektus awal dan prospektus dilampirkan berkaitan tawaran, apabila tersedia, boleh didapati daripada Goldman Sachs & Co. LLC, Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus, 200 West Street, New York, NY 10282, telefon: 1-866-471-2526, faksimili: 212-902-9316 atau dengan menghantar e-mel ke prospectusgroup-ny@ny.email.gs.com; Morgan Stanley & Co. LLC, Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus, 180 Varick Street, Tingkat 2, New York, New York 10014; BofA Merrill Lynch, NC1-004-03-43, 200 North College Street, Tingkat 3, Charlotte, NC 28255-0001, Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus, e-mel: dg.prospectus_requests@baml.com; atau daripada Cowen and Company, LLC, c/o Broadridge Financial Services, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, NY, 11717, Untuk Perhatian: Jabatan Prospektus, telefon: 1-631-274-2806.

Siaran akhbar ini tidak mengandungi tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli dan tiada jualan sekuriti ini dalam sebarang negeri atau bidang kuasa yang mana tawaran, pengumpanan atau jualan seperti itu adalah melanggar undang-undang sebelum pendaftaran atau pelayakan di bawah undang-undang cagaran dari sebarang negeri atau bidang kuasa tersebut.

Tiada tawaran ADS kepada khalayak ramai di UK. Siaran akhbar ini bukan ditujukan kepada, atau bertujuan untuk diedarkan atau digunakan oleh mana-mana orang atau entiti yang merupakan warganegara atau penduduk di mana-mana tempat, negeri, negara atau bidang kuasa di mana pengedaran, penerbitan, ketersediaan atau penggunaan seperti itu melanggar undang-undang atau peraturan atau memerlukan sebarang pendaftaran atau pelesenan dalam bidang kuasa tersebut.

Pengedaran siaran akhbar ini ke bidang kuasa selain UK mungkin disekat oleh undang-undang. Pihak yang menerima pemilikan pengumuman ini seharusnya mengetahui dan mematuhi sekatan tersebut.

Untuk pembaca di Kawasan Ekonomi Eropah (European Economic Area)

Dalam sebarang Negeri Ahli EEA yang telah melaksanakan Arahan Prospektus (Prospectus Directive), komunikasi ini hanya dialamatkan dan ditujukan kepada pelabur berkelayakan dalam Negeri Ahli dalam maksud Arahan Prospektus.  Istilah Arahan Prospektus (“Prospectus Directive”) bermaksud Arahan 2003/71/EC (dan pindaan padanya, termasuk Arahan 2010/73/EU hingga pelaksanaan dalam setiap Negeri Ahli berkaitan), dengan sebarang langkah pelaksanaan dalam Negeri Ahli berkaitan.

Untuk pembaca di United Kingdom

Komunikasi ini, setakat yang mengandungi pelawaan atau dorongan untuk menyertai aktiviti pelaburan (dalam maksud s21 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Pasaran 2000 seperti yang dipinda) berkaitan dengan cagaran yang menjadi subjek tawaran yang diterangkan dalam siaran akhbar ini atau tidak, ditujukan hanya kepada (i) orang di luar United Kingdom atau (ii) orang yang mempunyai pengalaman profesional dalam hal-hal berkaitan pelaburan yang termasuk dalam Artikel 19(5) (“Profesional pelaburan”) daripada Akta Perkhidmatan Kewangan dan Pasaran 2000 (Promosi Kewangan) Arahan 2005 (“Arahan”) atau (iii) orang dan entiti bernilai tinggi tertentu yang termasuk dalam Artikel 49(2)(a) hingga (d) (“Syarikat, persekutuan tak diperbadankan dengan nilai bersih tinggi dll”) daripada Arahan; atau (iv) sebarang orang lain yang boleh diberitahu mengikut undang-undang (semua orang daripada (i) hingga (iv) bersama-sama dirujuk sebagai “orang yang berkaitan”). ADS hanya tersedia kepada, dan sebarang pelawaan, tawaran atau persetujuan untuk melanggan, membeli, atau mendapatkan ADS hanya akan dibuat dengan orang yang berkaitan. Sebarang pihak yang bukan orang yang berkaitan seharusnya tidak bertindak atau bergantung secara tak wajar pada dokumen ini atau sebarang isi kandungannya.

Perihal GW Pharmaceuticals plc

Ditubuhkan pada tahun 1998, GW ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal yang memfokuskan kepada penemuan, pembangunan dan pengkomersialan rawatan terapeutik baharu daripada platform produk ‘cannabinoid’ proprietarinya dalam pelbagai jenis penyakit. GW berserta syarikat subsidiarinya di A.S., Greenwich Biosciences sedang melanjutkan program ubat yatim dalam bidang epilepsi kanak-kanak dengan fokus pada Epidiolex (cannabidiol), yang mana GW telah menghantar NDA ke FDA untuk rawatan tambahan bagi LGS dan sindrom Dravet. GW terus menilai Epidiolex dalam keadaan epilepsi tambahan dan kini menjalankan ujian klinikal berterusan untuk Kompleks Sklerosis Tuberus dan Spasma Infantil. GW telah mengkomersialkan ubat preskripsi ‘cannabinoid’ berasaskan tumbuhan pertama di dunia, Sativex® (nabiximols), yang diluluskan untuk rawatan kespastikan disebabkan oleh sklerosis berbilang di banyak negara di luar Amerika Syarikat. GW mempunyai rancangan mendalam untuk calon produk ‘cannabinoid’ tambahan yang termasuk sebatian dalam ujian Fasa 1 dan 2 untuk glioblastoma, skizofrenia dan epilepsi.

Kenyataan masa hadapan

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan masa hadapan yang menunjukkan jangkaan semasa GW tentang peristiwa masa hadapan, termasuk penyataan tentang cadangan penawaran awam ADS oleh GW, termasuk jumlah ADS yang hendak dijual oleh GW, prestasi kewangan, pemasaan ujian klinikal, pemasaan dan hasil keputusan kawal selia atau harta intelek, kaitan dengan produk GW yang tersedia secara komersial dan yang sedang dibangunkan, manfaat klinikal Epidiolex® (cannabidiol), profil keselamatan dan potensi komersial Epidiolex dan pembangunan serta pengkomersialan Epidiolex. Kenyataan masa hadapan melibatkan risiko dan ketidakpastian. Peristiwa sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang diunjurkan di dalam ini serta bergantung pada beberapa faktor, termasuk (antara lain), kejayaan strategi kajian GW, keterterapan penemuan tersebut, pelengkapan yang berjaya dan tepat pada masa, serta ketidakpastian berkaitan proses kawal selia dan penerimaan Sativex, Epidiolex dan produk lain oleh pengguna dan profesional perubatan. Senarai dan penerangan lanjut tentang risiko dan ketidakpastian berkaitan pelaburan dengan GW boleh didapati dalam pemfailan GW dengan Suruhanjaya Cagaran dan Tukaran A.S, termasuk Borang 20-F yang terbaru difailkan pada 4 Disember 2017. Pelabur sedia ada dan bakal pelabur dinasihatkan untuk tidak bergantung pada kenyataan masa hadapan ini, yang hanya menyatakan maklumat pada tarikh yang tertulis. GW tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau mengubah maklumat yang terkandung dalam siaran akhbar ini, sama ada kerana adanya maklumat baharu, peristiwa atau keadaan masa hadapan, atau tidak.

Pertanyaan:

GW Pharmaceuticals plc(Hari ini)  +44 20 3727 1000
  
Stephen Schultz, VP Hubungan Pelabur (US)917 280 2424 / 401 500 6570