Ahli Baharu dilantik menyertai Lembaga Pengarah Neuralstem


GERMANTOWN, Md., Dec. 21, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf, hari ini mengumumkan bahawa Xi Chen, Ph.D., telah dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarahnya, berkuat kuasa serta-merta. Dr. Chen dilantik oleh Tianjin untuk menggantikan Zhang Zhuo sebagai pengarah untuk Saham Keutamaan Boleh Tukar Siri A.

“Kami mengalu-alukan penyertaan Dr. Chen dalam Lembaga Pengarah,” kata Rich Daly, Pengerusi dan CEO. “Dr. Chen datang kepada kami dengan kepakaran bertahun-tahun dalam pembangunan dan pengurusan terapeutik, sumbangan dan panduan beliau sangat berharga untuk masa depan Syarikat ini.”

Dr. Chen telah berkhidmat sebagai Pembantu Pengurus Besar untuk Pengilangan, Kelengkapan dan Pengurusan di Tianjin Kinnovata Pharmaceutical sejak tahun 2014. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah untuk Jabatan Pemasaran di Tianjin Pharmaceutical Holdings sejak tahun 2012. Sebelum ini, Dr. Chen merupakan Timbalan Pengurus Besar Eksekutif untuk Tianjin Lights Medical Device Co. dan Sekutu Penyelidikan, Pengurus Makmal di University of Ottawa dan Pakar Anestesia di Tianjin Union Hospital.   

Dr. Chen. Memiliki PhD dalam Pengurusan Perusahaan, Ijazah Sarjana dalam Biologi Molekul daripada University of Ottawa dan Ijazah Sarjana Klinikal daripada Tianjin Medical University.   

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah sebuah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baharu untuk penyakit sistem saraf bagi keperluan perubatan yang kerap tidak dipenuhi. NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 serta strok. NSI-566 adalah terapi sel induk yang diuji untuk rawatan lumpuh pada strok, kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI) dan Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS). Portfolio calon produk Neuralstem yang berbilang adalah berdasarkan teknologi sel induk saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "safe harbor" bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan seperti itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan perkataan seperti "berharap," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "percaya," "mencari" atau "akan.gkin sering dikenal pasti dengan akaterhadap perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza dengan ketara berbanding yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan atau kelulusan peraturan, keperluan modal masa depan, pergantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara ketara berbanding keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain diperincikan dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan Borang 10-Q untuk tiga dan sembilan bulan yang berakhir 30 September 2017, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

Hubungan:
Kimberly Minarovich
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
kimberly@argotpartners.com