Sigma Designs Mengembangkan Potensi Rumah Pintar dengan Set Cip Z-Wave 700-Series Generasi Mendatang


LAS VEGAS, Jan. 09, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- CES 2018 Venetian Ballroom – Sigma Designs® (NASDAQ:SIGM), penyedia penyelesaian sistem pada cip (SoC) cerdas untuk rumah pintar IoT, mengumumkan pada hari ini tentang platform Z-Wave 700-Series baharu yang mengandungi banyak peningkatan prestasi dan teknologi dalam penjimatan tenaga dan prestasi RF namun masih berkos rendah yang dibina untuk mendayakan rumah pintar sedar konteks.

Z-Wave 700-Series ialah platform perkakasan jarak jauh, berkuasa rendah dan tahan lapuk dengan alat perisian bersepadu dan blok binaan yang mendayakan peranti pengesan Z-Wave generasi mendatang. 700-Series akan memacu trend peranti berbateri dan mendayakan sistem Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin untuk menggunakan data pengesan dan membuatkan rumah pintar lebih pintar, selamat dan lebih terhubung.

"Cip Z-Wave 700-Series Sigma akan mengubah makna rumah pintar. Ia menyelesaikan pelbagai halangan teknologi masa kini serta merupakan platform paling fleksibel dan boleh beroperasi dengan sistem lain, menjadikan fungsi rumah pintar lebih baik,” kata Raoul Wijgergangs, Naib Presiden Unit Perniagaan Z-Wave Sigma Designs. “700-Series membuka peluang untuk pengesan kelas baharu yang tidak mungkin sebelum ini dan meningkatkan kategori peranti sedia ada. 700-Series mengorak langkah dalam pemasangan rumah penuh, daripada berpuluh peranti Z-Wave kepada beratus peranti Z-Wave untuk setiap rumah. Platform baharu kami memastikan persekitaran yang akan menjadikan rumah pintar menjadi lebih cerdas.

Ciri utama platform 700-Series termasuklah:

  • Kuasa rendah: 700-Series akan mempunyai prestasi radio berkuasa rendah yang terbaik, mendayakan hayat bateri untuk bertahun lamanya dan lebih daripada 10 tahun hayat pengesan pada sel syiling.  
  • Jarak jauh: Platform 700-Series akan berfungsi dalam jarak lebih daripada 300 kaki, meliputi pelbagai tingkat dalam sebuah rumah hingga penghujung laman.
  • Kos rendah dan cepat dipasarkan: 700-Series dengan kit pembangun berkos rendah, alat dan kod rujukan diiktiraf tersedia membolehkan pembangun bermula dengan cepat serta memastikan penghasilan prototaip sehingga produk diiktiraf memakan masa minimum.
  • Prestasi tinggi: Platform berkuasa berasaskan ARM® dengan memori besar pada cip dan pelbagai tambahan mendayakan kecerdasan terkini dengan perkomputeran jimat tenaga dan pantas serta pemasukan selamat dalam kurang daripada satu saat.
  • Diperakui boleh dioperasikan dengan sistem lain dan serasi ke belakang: Setiap peranti 700-Series akan mempunyai keselamatan tahap tertinggi dalam rumah pintar dengan kerangka Z-Wave Security 2 (S2) yang mudah dipasang serta konsisten dengan Z-Wave SmartStart.  

Platform 700-Series Z-Wave dengan komunikasi wayarles jarak jauh yang jimat tenaga membolehkan pengesan rumah pintar pergi lebih jauh. Hal ini bermakna rumah pintar boleh meliputi laman, penghujung jalan dan beberapa tingkat dalam rumah dengan mudah. Penggunaan kuasa yang sangat rendah mendayakan pengesan Z-Wave faktor bentuk kecil yang boleh dibenamkan di dalam tempat baharu seperti perabot, tingkap dan juga di belakang dinding.

Platform 700-Series akan terus menggunakan dan meningkatkan ciri utama Z-Wave seperti S2 dan SmartStart. Kerangka Security 2 (S2) Sigma yang menggabungkan ciri keselamatan sedia ada dan baharu memastikan Z-Wave terus menjadi ekosistem peranti pintar paling selamat dalam pasaran global. SmartStart ialah cara mudah untuk mencipta dan mengkonfigurasi rangkaian Z-Wave secara automatik untuk pemasangan peranti segera. SmartStart yang terdiri daripada protokol Z-Wave baharu dan lapisan perisian get laluan memprakonfigurasi peranti kepada rangkaian sebelum ia mencapai rumah, lalu mengurangkan masa pemasangan dan kos serta memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI) untuk pemasang dan memudahkan pemasangan DIY untuk pemilik rumah.

Perihal Sigma Designs
Sigma Designs, Inc. (NASDAQ: SIGM) adalah peneraju dunia dalam membolehkan penumpuan rumah pintar. Syarikat ini mereka bentuk dan membina teknologi semikonduktor penting yang berfungsi sebagai asas bagi platform TV Pintar Terhubung terkemuka di dunia dan Internet Benda (IoT) untuk peranti pintar rumah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Sigma Designs, sila lawati www.sigmadesigns.com.

Perihal Z-Wave
Teknologi Z-Wave® adalah piawaian ITU yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (G.9959). Ia adalah teknologi kawalan rumah tanpa wayar utama di pasaran hari ini, dengan lebih 2,400 produk saling beroperasi yang diiktiraf di seluruh dunia. Diwakili oleh Z-Wave Alliance dan disokong oleh lebih daripada 700 syarikat di seluruh dunia, piawaian ini merupakan pemboleh utama penyelesaian kehidupan pintar untuk keselamatan dan sekuriti rumah, tenaga, hospitaliti, pejabat dan aplikasi komersil ringan. Z-Wave® adalah tanda dagangan berdaftar Sigma Designs dan anak syarikatnya di Amerika Syarikat dan negara lain.

Kenyataan Masa Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan masa hadapan dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, termasuk kenyataan ciri, manfaat, keupayaan dan prestasi produk dan penyelesaian Sigma yang dijangkakan, khususnya set cip 700-series Sigma. Faktor-faktor berikut boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada yang terkandung dalam kenyataan masa hadapan termasuk tetapi tidak terhad kepada: keadaan ekonomi umum, termasuk kadar penerimaan set cip 700-series Sigma, keupayaan Sigma untuk mengerah dan mencapai penerimaan pasaran untuk set cip 700-series dan produk lain dalam sasaran pemasarannya, perubahan teknologi dan risiko lain yang digambarkan dalam laporan SEC Sigma dari semasa ke semasa, termasuk laporan tahunan pada Form 10-K. Pembaca diperingatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar terhadap pernyataan masa hadapan ini yang hanya menyatakan pada tarikh tersebut. Sigma tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran kepada umum atau pendedahan apa-apa semakan terhadap pernyataan masa hadapan ini yang mungkin dibuat disebabkan oleh peristiwa atau keadaan selepas tarikh tersebut atau untuk mencerminkan kejadian yang tidak dijangka.

Hubungan Akhbar:
Mary Miller
Sigma Designs
+1-510-897-1069
Mary_Miller@sigmadesigns.com

Alexandra Crabb
Caster Communications
+1-401-792-7080
alex@castercomm.com