Sejauh Manakah Ancaman Spectre dan Meltdown Terhadap VoIP Anda?

Sistem telefoni, perkakasan SBC dan VoIP yang bergantung pada pemproses Intel, AMD dan ARM mempunyai kerentanan keselamatan yang serius


GAITHERSBURG, Md., Jan. 12, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Patton Electronics—Pengilang UC, awan dan penyelesaian memboleh IoT untuk rangkaian pembawa, perusahaan dan industri yang berpangkalan di AS—mengumumkan bahawa sistem operasi Patton TIDAK rentan terhadap ancaman keselamatan Spectre dan Meltdown.*

Laporan terkini telah menyedarkan dunia bahawa peranti yang dibina pada pemproses Intel, Advanced Micro Devices (AMD) dan Acorn RISC Machine yang biasa digunakan atau lebih baru Advanced RISC Machine (ARM) mempunyai kerentanan keselamatan yang tinggi.

Ancaman Spectre dan Meltdown membenarkan penggodam mendapatkan akses kepada (dan menyebabkan kacau-bilau dalamnya) semua jenis elemen rangkaian, termasuk sistem telefoni, pengawal sempadan sesi (SBC) dan jenis perkakasan VoIP yang lain, yang sebahagian besarnya bergantung kepada pemproses ini.

Tetapi ada berita baik!

eSBC dan VoIP kelengkapan premis-pelanggan (CPE) SmartNode tidak rentan terhadap ancaman hasad ini. Jadi, jika anda memilih penyelesaian VoIP SmartNode Patton, kurang satu perkara untuk anda bimbangkan!

>>Baca kenyataan rasmi:
Peranti Patton Tidak Rentan terhadap Serangan Saluran Sisi Meltdown dan Spectre

Pasukan kejuruteraan Patton yang berfikiran jauh telah membina pagar di sekeliling sistem operasi Patton. “Pagar” tersebut menghalang pengguna atau perisian pihak ketiga hasad daripada mendapatkan akses ke inti.

Pepijat Spectre dan Meltdown hanyalah musuh terbaru Patton yang telah ditewaskan. Produk Patton juga telah melindungi pelanggan daripada bencana sebegitu seperti pepijat Heartbleed dan Shellshock.

Peranti SmartNode melindungi sempadan di antara rangkaian perusahaan dan penyedia perkhidmatan. Di samping selamat daripada kerentanan dan pendedahan biasa (CVE), Patton telah melaksanakan satu set yang kaya dengan ciri keselamatan untuk rangkaian suara dan data tertumpu. Ciri-ciri ini termasuklah TLS/SRTP untuk suara disulitkan dan pengisyaratan dengan infrastruktur kunci awam (PKI) dan juga tembok api terbina dalam dengan senarai kawalan akses (ACL) dan pemeriksaan berekod.

*Walaupun Patton mengumumkan bahawa produknya tidak rentan terhadap ancaman keselamatan Spectre dan Meltdown, Patton tidak membuat sebarang dakwaan tentang elemen keselamatan pihak ketiga. Patton mengesyorkan semua pelanggan untuk mengikuti panduan mana-mana vendor lain berkenaan penampungan atau menaik taraf produk dan sistem mereka.

Hubungan Media: Glendon Flowers | +1 301 975 1000 | press@patton.com