Menjelang 2025, kesemua Pembungkusan McDonald’s akan diperbuat daripada Sumber Boleh Dibaharui, Dikitar semula atau Diperakui; Mensasarkan Untuk Mengadakan Kitar Semula di Semua Restorand


OAK BROOK, Ill., Jan. 16, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, McDonald's (NYSE:MCD) mengumumkan sasarannya untuk memperbaiki pembungkusannya dan membantu mengurangkan sisa untuk memberi impak positif terhadap komuniti tempat syarikat itu berkhidmat di seluruh dunia.

Menjelang 2025, 100 peratus pembungkusan tetamu McDonald’s akan datang daripada sumber yang boleh dibaharui, dikitar semula atau diperakui dengan keutamaan untuk pensijilan Majlis Pengawasan Hutan. Menjelang 2025 juga, syarikat telah menetapkan matlamat untuk mengitar semula pembungkusan tetamu dalam 100 peratus restoran McDonald's. McDonald's memahami bahawa infrastruktur kitar semula, peraturan dan tingkah laku pengguna berbeza dari bandar ke bandar dan negara ke negara di seluruh dunia, tetapi ia merancang untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan membantu mempengaruhi perubahan hebat.

Perkembangan ini berdasarkan matlamat McDonald's yang sedia ada menjelang 2020, 100% pembungkusan berasaskan serat akan dihasilkan daripada sumber yang dikitar semula atau diperakui yang tidak melibatkan penebangan hutan.

“Sebagai syarikat restoran terbesar di dunia, kami mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan skala kami untuk membuat perubahan yang akan memberi impak yang bermakna di seluruh dunia,” kata Francesca DeBiase, Ketua Rantaian Pembekal dan Pegawai Kemapanan McDonald's. “Pelanggan kami telah memberitahu kami bahawa pembungkusan bahan buangan merupakan isu alam sekitar yang mereka mahu kami kemukakan. Cita-cita kami adalah untuk membuat perubahan yang dikehendaki oleh pelanggan kami dan menggunakan kurang pembungkusan, yang diperoleh secara bertanggungjawab dan direka untuk dijaga selepas digunakan, bekerja di dalam dan di luar restoran kami untuk meningkatkan pengitaran semula dan membantu mewujudkan komuniti yang lebih bersih.

Untuk mencapai matlamat ini, McDonald’s akan bekerjasama dengan pakar industri terkemuka, kerajaan tempatan dan persatuan alam sekitar, untuk memperbaiki amalan pembungkusan dan kitar semula. Bersama-sama, mereka akan berusaha untuk menggerakkan reka bentuk pembungkusan yang lebih bijak, melaksanakan program kitar semula baru, mewujudkan program pengukuran baru dan mendidik krew restoran dan pelanggan.

Seperti Tom Murray, Naib Presiden EDF+Perniagaan di Dana Pertahanan Alam Sekitar menyatakan, “Hampir tiga dekad yang lalu, McDonald's dan EDF bekerjasama untuk menangani sisa pepejal dan mempercepat inovasi dalam pembungkusan. Sepanjang perjalanan, kami mempelopori model perkongsian baru untuk syarikat dan organisasi bukan untung. Hari ini, McDonald's terus meningkatkan tahap kemampanan dengan menetapkan matlamat yang tinggi dan bekerjasama dengan rakan kongsi merentas rantaian nilai untuk impak yang maksimum.“

“Keutamaan global McDonald's untuk bahan-bahan yang diperakui Majlis Pengawasan Hutan (FSC) menunjukkan komitmen mereka yang luas untuk membekalkan sumber pembungkusan yang memberi manfaat kepada manusia dan hutan di seluruh dunia,” kata Kim Carstensen, Ketua Pengarah bagi Majlis Pengawasan Hutan. “Usahasama antara McDonald's dan FSC - persijilan hutan dan produk hutan yang paling dipercayai di dunia - juga mewujudkan peluang yang unik bagi McDonald's untuk melibatkan pelanggan mengenai cara mudah untuk melindungi hutan,” katanya.

Tambah Sheila Bonini, Naib Presiden Kanan, Penglibatan Sektor Swasta, Dana Hidupan Liar Dunia, “Pengurusan sisa yang lebih bijak bermula dengan peningkatan sumber, peningkatan kolaborasi rantaian nilai dan komunikasi yang lebih baik dengan para pelanggan. Pengumuman hari ini menunjukkan kepimpinan kuat McDonald’s dalam membangunkan penyelesaian pembungkusan dan kitar semula pada skala yang mampu memanjangkan hayat sumber semula jadi kita dan mendorong industrinya ke arah amalan yang lebih mampan.“

McDonald's pertama kali memulakan fokusnya bagi pembungkusan mampan hampir 25 tahun yang lalu dengan penubuhan usahasama sulung dengan EDF. Inisiatif ini menghapuskan lebih daripada 300 juta paun pembungkusan, mengitar semula 1 juta tan kotak beralun dan mengurangkan sisa sebanyak 30 peratus dalam dekad selepas usahasama ini. Pada tahun 2014, syarikat itu menyertai program Rangkaian Hutan Global & Perdagangan WWF dan menetapkan sasaran bagi sumber seratnya, termasuk keutamaan FSC untuk pembungkusan yang diperbuat daripada serat kayu.

Kini, 50 peratus daripada pembungkusan pelanggan McDonald’s berasal daripada sumber yang boleh dibaharui, dikitar semula atau diperakui dan 64 peratus daripada pembungkusan berasaskan serat berasal daripada sumber yang diperakui atau dikitar semula. Selain itu, dianggarkan 10 peratus restoran McDonald’s di seluruh dunia mengitar semula pembungkusan pelanggan.

“Kami berharap dapat melakukan lebih banyak lagi dan terus meningkatkan tahap bagi sebuah syarikat yang bertanggungjawab yang komited terhadap manusia dan planet ini," kata DeBiase.

Perihal McDonald’s
McDonald's adalah peruncit perkhidmatan makanan global yang terkemuka di dunia dengan lebih daripada 37,000 lokasi di lebih 100 negara. Lebih daripada 90 peratus restoran McDonald di seluruh dunia dimiliki dan dikendalikan oleh ahli perniagaan tempatan bebas lelaki dan wanita.

HUBUNGAN MEDIA

Lauren Altmin, 847-542-2700
lauren.altmin@us.mcd.com