Vietnam sebagai Hab Rantaian Blok Global Seterusnya - Minggu Rantain Blok Vietnam


HO CHI MINH, Vietnam, Jan. 18, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Vietnam akan mengacarai Vietnam Blockchain Week (Minggu Rantaian Blok Vietnam) - persidangan global pertama yang dikhususkan untuk teknologi dan pembangunan rantaian blok.

Perkembangan Pesat Rantaian Blok di Asia Tenggara

Bank Malaysia telah memulakan sistem pembayaran rantaian blok, syarikat inkubator Singapura membuat pelaburan besar di dalam perniagaan permulaan teknologi 4.0, India meletakkan hak milik tanah pada rantaian blok manakala pengawal atur Indonesia membangunkan sandbox teknologi - Asia Tenggara pantas membangun sebagai rantau yang bersedia menerima, meneroka dan membuat pembaharuan terhadap teknologi rantaian blok. Vietnam adalah negara terbaru yang mendapat perhatian bagi potensinya sebagai hub besar.

Mengapa Vietnam?

Potensi Vietnam sebagai peneraju rantaian blok akan diketengahkan pada persidangan besar rantaian blok pertama negara itu. Ekonomi negara tersebut adalah antara yang paling pesat berkembang di dunia (6-7% pembangunan setahun) dengan populasi belia (lebih 40% daripada 95 juta populasi adalah di bawah umur 24 tahun) yang dahagakan teknologi rantaian blok dan 4.0 lain. Pada tahun 2017, universiti di seluruh Vietnam mula menawarkan kursus rantaian blok eksklusif. Siswazah yang terdorong serta bakat teknologi Vietnam yang berpandangan jauh dan bersemangat kini meneroka inovasi dipacu rantaian blok untuk sektor teknologi dan perkhidmatan negara tersebut yang semakin berkembang. Minggu Rantaian Blok Vietnam akan membincangkan kesan terhadap bidang ini di dalam dan luar rantau tersebut.

Mengapa Minggu Rantaian Blok Vietnam?

Minggu Rantaian Blok Vietnam akan mempamerkan perkembangan signifikan rantaian blok dalam negara tersebut serta banyak syarikat, institusi dan organisasi yang terlibat. Dua panel dan trek pembentangan yang dipilih berdasarkan keunikan akan tersedia - satu untuk perniagaan/pengawal atur dan satu untuk pembangun. Topik utama termasuklah usaha pengeraman, cara rantaian blok boleh mempengaruhi pihak tanpa bank, rantaian bekalan global dan sistem pembayaran digital dan IoT. Peranan rantaian blok dalam Regtech akan ditekankan, termasuk perbincangan tentang pengawalan rantaian blok, perkongsian kerajaan dan perkhidmatan pematuhan. Perhatian khusus juga akan diberikan terhadap pemeriksaan lanskap rantaian blok Vietnam.

Pakar teknologi, pengawalan dan pembangunan daripada syarikat permulaan rantaian blok dan syarikat besar dari Vietnam serta seluruh dunia akan berkongsi pengalaman, wawasan dan pengetahuan mereka dengan lebih daripada 1,500 profesional yang hadir. Jurucakap termasuklah eksekutif di Hong Kong Fintech Association, NEO, Hyperledger dan National Payment Corporation of Vietnam.

Vietnam berada pada kedudukan unik untuk menjadi negara termaju dalam kalangan komuniti rantaian blok global dan persidangan ini akan memberikan gambaran kesannya pada masa hadapan.

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/deac5fd7-8b50-450b-a7b7-917c5bfb4a99


            

Contact Data