Platform Data Penerbangan ATPCO Memperoleh Pembekal Kandungan Beraneka Routehappy

Pemerolehan ini menghubungkan kandungan penerbangan beraneka Routehappy dengan data tambang penerbangan ATPCO, menukar pengalaman beli-belah penerbangan merentas semua titik jualan


DULLES INTERNATIONAL AIRPORT dan NEW YORK, Feb. 01, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- ATPCO, sumber terkemuka untuk harga dan data beli-belah industri penerbangan, hari ini mengumumkan pemerolehan Routehappy, pembekal kandungan penerbangan beraneka terkemuka untuk beli-belah penerbangan. Pemerolehan ini mengembangkan nilai ATPCO ke serata ekosistem pengagihan penerbangan dengan mendayakan kandungan beraneka, menjadikan ia sebuah platform berpusat untuk kedua-dua data tambang penerbangan dan kandungan beraneka.

“Perdagangan penerbangan sedang pesat membangun, memandangkan kandungan beraneka telah diterima secara meluas merentas model pengagihan NDC dan tradisional. Sebagai sebuah industri, kami mahu para pengembara untuk dapat melihat dan percaya, perbezaan antara pilihan penerbangan,” kata Jerry Foran, Pengerusi Lembaga ATPCO dan Ketua Penyampaian Produk, Pengurusan Keuntungan di British Airways. “Pemerolehan ini merupakan satu lagi contoh bagaimana ATPCO melaksanakan janjinya untuk menjana masa depan pengagihan penerbangan.”

Diasaskan pada tahun 2011 dan berpusat di New York dengan 19 orang pekerja sepenuh masa, Routehappy kini mempunyai lebih daripada 65 pelanggan merentas industri pelancongan termasuk Expedia, Google, Sabre dan United Airlines. Routehappy telah membuka jalan untuk pengalaman membeli-belah yang lebih jelas untuk penumpang di serata dunia dengan kandungan beraneka untuk lebih daripada 300 syarikat penerbangan dan API memberikan lebih 10 bilion pertanyaan sejak ia dimulakan. Kandungan beraneka Routehappy telah terbukti meningkatkan pertukaran, hasil dan kepuasan pelanggan untuk kedua-dua syarikat penerbangan dan pengagihan. Dengan menyertai ATPCO, empat jenis kandungan beraneka Routehappy—Mata, Kemudahan, UPA (Atribut Produk Universal) dan UTA (Atribut Tiket Universal)—telah menjadi standard industri untuk mempercepat penerimaan kandungan beraneka.

“Pemerolehan kami berkenaan Routehappy memacu inovasi strategik, mengurangkan kerumitan dan memberikan ekonomi rangkaian kepada keseluruhan ekosistem pengagihan. Routehappy telah mencipta penawaran yang menyelesaikan kebanyakan cabaran yang dihadapi oleh syarikat penerbangan dalam memberikan pemesejan yang konsisten, penjenamaan dan perdagangan melalui berbilang saluran pengagihan,” kata Presiden dan CEO ATPCO, Rolf Purzer. “Dengan menjajarkan kandungan beraneka lengkap Routehappy dan data tambang dan harga ATPCO, syarikat penerbangan boleh memastikan tawaran yang konsisten dan berbeza bagi produk mereka dalam setiap saluran jualan.”

ATPCO bekerja dengan lebih daripada 430 syarikat penerbangan yang menggunakan kandungan tambang dan peraturan harganya untuk menjana anggaran 87% jualan tiket di serata dunia. Gabungan penawaran kandungan beraneka tanpa tandingan Routehappy dengan data tambang ATPCO yang meluas bermaksud syarikat penerbangan kini lebih mudah mengawal tawaran mereka merentas semula saluran jualan. Langkah seterusnya adalah memajukan visi ATPCO untuk menjana hubungan pintar merentas kesemua saluran di dalam ekosistem. Perjanjian ini mewakili pemerolehan pertama ATPCO dalam sejarah 53 tahunnya dan menggandakan usahanya untuk memenuhi keperluan pengagihan pengembaraan penerbangan generasi seterusnya.

“Routehappy telah membantu United membezakan produk dan perkhidmatan kami dengan cara yang jelas dan bermakna,” ujar Tye Radcliffe, Pengarah Pengagihan United. “Alat yang ditawarkan oleh Routehappy mendayakan pengalaman membeli-belah yang lancar untuk agen pelancongan dan pelanggan kami.”

Menurut Robert Albert, pengasas dan CEO Routehappy, yang akan terus menerajui syarikat tersebut sebagai unit perniagaan strategik ATPCO, “Routehappy diasaskan dengan misi untuk membezakan dan mengewangkan beli-belah penerbangan dengan lebih baik. ATPCO amat serasi untuk produk kami dan mempercepatkan misi tersebut, membolehkan Routehappy menjadi sebuah standard industri untuk kandungan beraneka penerbangan untuk syarikat penerbangan, pengedar dan platform teknologi di serata dunia. Penyelesaian kami memberikan penyelesaian agnostik bagi saluran, platform dan penghantaran. Dengan menggabungkan teknologi dan kandungan terunggul kami dengan hubungan sedia ada dan skala ATPCO, kami kini mempunyai jalan yang jelas untuk mencapai misi kami dan membantu mengubah industri.”

Routehappy akan beroperasi sebagai subsidiari pemilikan penuh dan unit perniagaan strategik ATPCO. Terma pemilikan adalah peribadi.

Video yang mengumumkan pemerolehan tersebut boleh ditonton di sini.

Perihal ATPCO
Terletak secara unik di pusat ekosistem pengagihan penerbangan, ATPCO menaikkan masa depan pengembaraan penerbangan dengan membekalkan teknologi terkini dan hubungan industri yang amat bernilai yang membentuk cara penerbangan dijual. ATPCO menguruskan lebih daripada 170 juta tambang untuk 430 syarikat penerbangan di 160 negara dan menyokong 3.9 juta perubahan harga tambang secara purata. Oleh kerana ATPCO dimiliki oleh syarikat penerbangan, mereka bertindak sebagai rakan kongsi neutral dan dipercayai oleh syarikat penerbangan, agensi pelancongan, enjin carian, sistem pengagihan global dan kerajaan di serata dunia. Setiap hari, organisasi ini bergantung kepada portfolio teknologi dan penyelesaian data ATPCO untuk membantu berjuta penumpang untuk sampai ke destinasi mereka. Ketahui lebih lanjut di atpco.net.

Perihal Routehappy 
Routehappy menjana kandungan beraneka untuk beli-belah penerbangan, membantu syarikat penerbangan dan pengedar membezakan dan mengewangkan produk mereka dengan lebih baik. API Mata & Kemudahan Routehappy memberikan mata penerbangan dan data kemudahan kabin, termasuk kapal terbang, tempat duduk, tataletak, hiburan, Wi-Fi, kuasa, makanan segar dan durasi relatif. Routehappy Hub merupakan perkhidmatan berasaskan awan yang membantu syarikat penerbangan mencipta, menguruskan dan mengedarkan produk sasaran dan kandungan atribut tiket, dalam format standard UPA (Atribut Produk Universal) dan UTA (Atribut Tiket Universal) di mana penerbangan dipaparkan. Routehappy berpangkalan di New York, berkhidmat kepada syarikat penerbangan dan pengedar di serata dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.routehappy.com. Untuk melihat kandungan beraneka Routehappy beraksi, lawati www.routehappy.com/use-cases.

Tweet Ini: @ATPCOnews memperoleh @routehappy, mengubah pengalaman beli-belah penerbangan di mana sahaja anda membeli penerbangan.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2f198429-e3a0-47ff-a7b3-7303300f16a7


            

Contact Data