VistaJet Mempersembahkan Pengalaman Pelancongan Luar Biasa untuk Koleksi Peggy dan David Rockefeller

Tiga program yang diperibadikan untuk penggemar seni bagi meningkatkan lelongan amal paling penting yang pernah dipersembahkan


LONDON, Feb. 09, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan swasta global pertama dan tunggal hari ini mempamerkan tiga pengalaman eksklusif untuk memperkaya pameran dan lawatan global bagi Koleksi Peggy dan David Rockefeller, lelongan koleksi peribadi paling berharga yang didedikasikan sepenuhnya untuk mengumpul dana bagi tujuan amal. 

Selepas mendedahkan tarikan awal di Hong Kong pada November lalu, lawatan umum global tersebut akan beralih ke London (21 Februari – 8 Mac), Paris (16 – 21 Mac), Beijing (6 – 7 April), Los Angeles (6 – 12 April) dan Shanghai (10 – 11 April), sebelum ke pameran terakhir di New York di Christie’s Rockefeller Center daripada 28 April hingga jualan pada 7 – 11 Mei. Dengan setiap hentian pada lawatan prajualan, karya-karya seni dan objek tambahan akan didedahkan.

Dengan 80% pelanggan yang selalu melabur dalam seni, VistaJet telah menerbangkan ramai pengumpul terunggul dunia. Seni sudah sebati dengan jenama tersebut dan disebabkan syarikat tersebut sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman luar biasa dan terpilih untuk ahlinya pada bila-bila masa dan di mana jua, tiga Seni Pengalaman Penerbangan* VistaJet yang boleh disesuaikan sepenuhnya akan menawarkan pratonton eksklusif, makan malam peribadi, syarahan dan perbincangan yang memperkaya pengalaman mereka dengan koleksi Rockefeller.

Pengalaman Dunia Seni bakal menawarkan kepada pelanggan peluang untuk melancong ke semua pameran Koleksi Peggy dan David Rockefeller dengan menaiki VistaJet untuk lawatan peribadi koleksi lambang di setiap lokasi. Dengan menempah penerbangan berbilang peringkat ini, VistaJet akan menerbangkan pelanggan dan karya seni mereka dengan pesawat tanpa kos tambahan pada bila-bila masa, di mana jua** dan pengalaman tersebut juga termasuk keahlian selama setahun*** untuk The Cultivist, sebuah kelab seni global.

Pengalaman Langsung bakal menawarkan keahlian percuma VistaJet Direct bernilai $10 ribu kepada sebarang hadirin yang menaiki VistaJet ke mana-mana pameran Koleksi Peggy dan David Rockefeller di London, Paris, Beijing, Shanghai, Los Angeles atau New York. Keahlian Direct memberi pelanggan akses kepada penerbangan peribadi VistaJet yang tersedia pada kadar istimewa daripada sebarang peranti mudah alih menerusi aplikasi jet peribadi menyeluruh yang pertama di dunia.

Peluang eksklusif ketiga, Pengalaman Rockefeller bakal membenarkan sehingga 10 hadirin yang menaiki jet perak dan merah ikonik VistaJet ke New York mengikuti lawatan penerokaan peribadi di sebalik tabir di Kykuit, mercu tanda Amanah Kebangsaan bersejarah bagi Estet Rockefeller di Pocantico Hills, diikuti jamuan yang diinspirasikan oleh Rockefeller di Upstate New York yang eksklusif. Hadirin kemudian dijemput untuk mengikuti lawatan peribadi ke pameran Koleksi Peggy dan David Rockefeller di New York dan menonton lelongan secara langsung di Christie’s New York dengan pakar seni terkemuka.

“Koleksi Peggy dan David Rockefeller merupakan koleksi unik bagi karya seni dan objek yang terbaik,” kata Nina Flohr daripada VistaJet. “100% hasil lelongan koleksi akan didermakan kepada badan-badan kebajikan di seluruh dunia dan hal ini menunjukkan yang ia merupakan usaha amal yang luar biasa.  Kami menyokong sepenuhnya komitmen Rockefeller untuk memberi semula kepada masyarakat dan penajaan kami adalah cara VistaJet untuk memudahkan dan menyumbang kepada pameran, lelongan dan pada asasnya, misi amal keluarga Rockefeller. Kami amat berbangga untuk menyokong inisiatif mereka sebagai rakan kongsi global yang utama.”

Sifat global lelongan dan pameran tersebut sejajar dengan jenama VistaJet dan capaian globalnya. Dengan barisan lebih daripada 70 pesawat jarak sederhana dan jauh yang direka serupa, VistaJet menjamin pesawat tersedia dalam masa 24 jam bagi pelanggannya, tidak kira di mana mereka berada. Penajaan koleksi unggul tersebut merupakan cara VistaJet untuk menyokong bukan hanya karya seni, tetapi juga usaha amal David dan Peggy Rockefeller.

Jualan Koleksi Peggy dan David Rockefeller akan dilakukan menurut ikrar David Rockefeller untuk mendermakan sebahagian besar kekayaannya untuk tujuan amal. Semua hasil Estet akan didermakan kepada pertubuhan amal, secara langsung memberi manfaat kepada misi dermawan yang telah dikekalkan oleh keluarga tersebut selama beberapa dekad.

Dapatkan lebih maklumat tentang cara menikmati Koleksi Peggy dan David Rockefeller dengan VistaJet di VistaJet.com/TheArtOfFlying

* Harga mengikut permintaan – bergantung kepada lokasi asal, ketersediaan, saiz kabin, lapangan terbang dan had slot..
** Tertakluk pada terma dan syarat insurans dan pengangkutan.
*** Keahlian The Cultivist sewaktu permohonan.

Hubungan Akhbar VistaJet: 
Global dan EMERI: Jennifer Farquhar | M: +44 7834 335505 | jennifer.farquhar@vistajet.com 
APAC: Amy Yang | M: +852 9080 3985 | amy.yang@vistajet.com  

AS: Michael Salamanca | M: +1 917 755 3734 | michael.salamanca@vistajet.com  


                      
Perihal VistaJet 
VistaJet merupakan syarikat penerbangan global pertama dan tunggal. Berbekalkan jet perniagaan perak dan merah syarikat, Dengan kumpulan pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan pelanggan syarikat, kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini merintis model perniagaan yang inovatif, iaitu pelanggan hanya membayar untuk masa penerbangan, bebas daripada tanggungjawab dan risiko aset yang dikaitkan dengan pemilikan pesawat. Perkhidmatan Program VistaJet yang tersendiri menawarkan langganan jam penerbangan bagi kumpulan pesawat jet jarak sederhana dan jauhnya untuk menerbangkan pelanggan ke mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.

Lebih banyak maklumat dan berita tentang VistaJet di vistajet.com

Foto untuk pengumuman ini tersedia di 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/23769297-bca1-4a67-a687-3d839dcb602a 

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/17a32814-f7d0-4bff-879f-7654a5747449