BroadSoft Mengumumkan Penyelesaian UC-One SaaS BroadSoft Baharu

CBTS ialah pelanggan pertama yang menggunakan pilihan penggunaan awan UC-One SaaS baharu untuk menawarkan syarikat akses segera kepada manfaat UC awan


GAITHERSBURG, Md., March 13, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- BroadSoft, Inc. kini sebahagian daripada Cisco dan peneraju global dalam perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) untuk panggilan, mesyuarat, pemesejan dan pusat hubungan awan telah menjadikannya lebih mudah dan pantas berbanding sebelumnya untuk penyedia perkhidmatan BroadWorks® memberikan perniagaan akses kepada keupayaan komunikasi disatukan (UC) awan BroadSoft yang popular dengan melancarkan UC-One SaaS di Amerika Syarikat dan EMEA. CBTS, syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Cincinnati Bell merupakan penyedia perkhidmatan pertama yang menggunakan UC-One SaaS untuk pelanggannya.

UC-One SaaS ialah pilihan penghantaran awan baharu yang membolehkan penyedia perkhidmatan menambah keupayaan UC-One dalam awan kepada platform kawalan panggilan BroadWorks sedia ada tanpa menambah perisian baharu atau merumitkan penjenamaan pelanggan. Proses pengenalan mudah dan intuitif yang mengambil masa beberapa minit sahaja untuk membolehkan penyedia perkhidmatan memberikan perkhidmatan UC awan komprehensif dengan cepat kepada pengguna akhir.

UC-One ialah aplikasi kolaborasi intuitif untuk panggilan, pemesejan dan mesyuarat yang ideal untuk syarikat pelbagai saiz dengan pekerja yang berselerak dan aktif. Ia disertakan semua kebolehan kolaborasi dan komunikasi disatukan termasuk panggilan suara dan video HD, pemesejan segera, kehadiran, perkongsian fail, perkongsian skrin, bilik mesyuarat dalam talian dengan akses tetamu dan integrasi dengan aplikasi perniagaan popular untuk memberikan akses cepat kepada kandungan semasa perbualan. UC-One meningkatkan kolaborasi tempat kerja, daya pengeluaran dan mobiliti serta tersedia untuk desktop, mudah alih dan tablet.

“Kami percaya model penggunaan hibrid yang kini tersedia dengan UC-One akan menjadi semakin popular kerana penyedia penyelesaian memfokuskan kebolehskalaan dan pelaksanaan ringkas,” kata Scott Hoffpauir, ketua pegawai teknologi di BroadSoft. “Kami gembira CBTS menjadi yang pertama menggunakan penyelesaian komunikasi disatukan awan baharu kami.”

“Menambah komponen awan kepada penyelesaian komunikasi disatukan sedia ada merupakan pilihan yang wajar memandangkan pengembangan syarikat baru-baru ini,” kata Joe Putnick, Naib Presiden dan Ketua Arkitek Penyelesaian CBTS. “Penyelesaian SaaS BroadSoft akan membantu kami melaksanakan komunikasi yang lebih baik dengan lebih meluas dan mengambil masa dan kos yang lebih rendah serta memenuhi keperluan syarikat kami dan pelanggan pertengahan.”

UC-One SaaS mempercepat teknologi dan pemasaran. Ia juga disertakan laman mikro digital yang mudah untuk dijenamakan dengan video, tutorial dan bahan sampingan yang pengguna akhir boleh mendaftar untuk perkhidmatan percubaan percuma selama 30 hari.

UC-One SaaS memberikan pelbagai kelebihan kepada penyedia perkhidmatan termasuklah pengaktifan kendiri pengguna akhir tanpa sentuhan, penjenamaan masa nyata, pengenalan ciri baharu dan kemas kini perisian berterusan yang aktif serta sokongan pemasaran Powered by BroadSoft untuk membantu mereka memberikan maklumat kepada pelanggan daripada kesedaran, pengenalan, pemupukan dan penerimaan pengguna hingga penjualan dan sokongan berterusan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang UC-One SaaS, klik di sini.

Perihal BroadSoft
BroadSoft yang kini sebahagian daripada Cisco merupakan inovator teknologi dalam PBX awan, komunikasi bersepadu, kerjasama pasukan dan penyelesaian pusat hubungan untuk perniagaan dan penyedia khidmat merentas 80 negara. Kami menyasarkan untuk mendayakan pengguna dan pasukan untuk berkongsi idea dan kerja demi untuk mencapai prestasi cemerlang. Untuk mendapatkan maklumat tambahan, lawati www.BroadSoft.com.

Twitter | LinkedIn | Blog BroadSoft

Perihal CBTS

CBTS ialah syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya oleh Cincinnati Bell (NYSE:CBB) yang memenuhi keperluan syarikat dan pelanggan pertengahan dalam semua industri di Amerika Syarikat dan Kanada. Daripada Komunikasi Disatukan hingga Perkhidmatan Awan dan banyak lagi, CBTS menggabungkan kepakaran teknikal yang mendalam dengan suite penuh penyelesaian teknologi fleksibel yang memacu hasil syarikat, meningkatkan keberkesanan operasi, serta mengurangkan risiko dan kos untuk pelanggannya.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.cbts.com. Maklumat pada laman web Syarikat tidak dimasukkan mengikut rujukan dalam siaran akhbar ini.

Hubungan Pelabur:

Chris Martin
BroadSoft
+1 561-404-2130
cmartin@broadsoft.com

Hubungan Media:

Hal untuk BroadSoft
Erin Knapp
Matter
+1 617-502-6546
BroadSoft@matternow.com 

AxiCom (EMEA)
Tom Johnson
AxiCom
+44 7960 209361
BroadSoft@axicom.com

Navigate Communication (APAC)
Terry Alberstein
+61 (0) 458-484-921
terry@navigatecommunication.com.au 

BroadSoft
Niaobh (Neve) Levestam
BroadSoft
+44 7919 605660
nlevestam@broadsoft.com