VistaJet Melebarkan Sayap dengan Inisiatif di Seluruh Asia


HONG KONG, March 30, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan global pertama dan tunggal terus memimpin industri dengan tiga inisiatif utama pada bulan April. Ini termasuklah:

  • Lawatan global Koleksi Peggy dan David Rockefeller tiba di Beijing dan Shanghai
  • Pelancaran Laporan Pelancong Jet 2018 yang mencorakkan industri
  • Persidangan dan Pameran Perniagaan Penerbangan Asia (ABACE) di Shanghai

Seni Penerbangan: Koleksi Peggy dan David Rockefeller  
VistaJet berbesar hati menaja pameran dan lawatan globalKoleksi Peggy dan David Rockefeller iaitu lelongan paling signifikan yang khusus untuk mengumpul dana bagi tujuan amal.

Selepas mendedahkan tumpuan awal di Hong Kong, London dan Paris, lawatan umum global tersebut akan beralih ke Beijing (6-7 April), Los Angeles (6-12 April) dan Shanghai (10-11 April) sebelum lawatan terakhir di New York yang bermula pada 28 April. Pada setiap hentian, elemen baharu didedahkan untuk koleksi berbilang kategori ini. Jualan akan dikendalikan di Christie’s New York di Pusat Rockefeller pada 7-11 Mei.

Untuk memperkayakan lagi lawatan pameran global tersebut, VistaJet telah mencipta tiga pengalaman Seni Penerbangan yang eksklusif dan boleh disesuaikan sepenuhnya untuk pelanggan VistaJet dan Christie’s.

Pengalaman Rockefeller akan memberikan peluang keemasan kepada sehingga 10 hadirin yang menaiki jet perak dan merah ikonik VistaJet untuk mengikuti lawatan penerokaan peribadi di sebalik tabir di Kykuit*, mercu tanda Badan Warisan bersejarah Estet Rockefeller di Pocantico Hills atau lawatan peribadi Pusat Arkib Rockefeller di Westchester County diikuti jamuan yang diinspirasikan oleh Rockefeller yang disediakan oleh jurumasak Dan Barber di Blue Hill, restoran Stone Barns di utara New York. Hadirin juga akan berpeluang menyertai lawatan peribadi pameran Koleksi Peggy dan David Rockefeller di New York dan akan dijemput menghadiri majlis untuk menyaksikan lelongan secara langsung di Christie’s New York bersama pakar seni terkemuka.

Pengalaman Dunia Seni menawarkan kepada pelanggan peluang untuk melancong ke pameran Koleksi Peggy dan David Rockefeller dengan menaiki VistaJet untuk lawatan peribadi koleksi utama di setiap lokasi. Dengan menempah penerbangan berbilang peringkat, VistaJet akan membawakan pelanggan dan karya seni mereka dalam penerbangan tanpa kos tambahan pada bila-bila masa, di mana-mana jua**.

Pengalaman Langsung menawarkan jemputan untuk menerima keahlian percuma VistaJet Direct bernilai $10,000 kepada sebarang hadirin yang menaiki VistaJet ke mana-mana pameran. Keahlian Direct memberi pelanggan akses kepada penerbangan peribadi VistaJet yang tersedia pada kadar istimewa daripada sebarang peranti mudah alih menerusi aplikasi jet peribadi menyeluruh pertama di dunia.

VistaJet: Meneraju Industri, Mengenali Masa Depan 
Dengan lebih daripada 70 buah pesawat serupa, VistaJet telah membawa lebih daripada 300,000 pelanggan menaiki 120,000 penerbangan ke lebih 180 buah negara dan dijamin tersedia dalam masa 24 jam untuk ahli Programnya, tidak kira di mana jua mereka berada.

Dengan pelanggan di Asia yang semakin meningkat, VistaJet telah merekodkan 27% penambahan ahli Program baharu di rantau itu pada tahun 2017. Memenuhi keperluan individu bernilai bersih tinggi China, VistaJet memfokuskan pada perkhidmatan individu, ketelitian dan pengalaman diperibadikan.

Mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin industri, VistaJet akan mengeluarkan Laporan Pelancong Jet di Shanghai pada 16 April, iaitu kertas kajian komprehensif yang memberikan perspektif global tentang individu yang menempah penerbangan peribadi dan cara mereka melakukannya. Laporan terperinci tersebut akan mengenal pasti pecahan pasaran untuk populasi nilai bersih ultra tinggi (UHNW), pasaran yang berkembang, membezakan model perniagaan persaingan dan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi cara penerbangan pilihan tokoh perniagaan dan UHNW.

Laporan Pelancong Jet juga akan mengenal pasti trend akan datang dalam penerbangan peribadi, membincangkan lanskap penerbangan perniagaan yang pelbagai dan menekankan perkhidmatan yang paling berharga kepada pelanggan.

Persidangan & Pameran Perniagaan Penerbangan Asia (ABACE)   
Media berpeluang meninjau pesawat Global 6000 VistaJet di ABACE bermula 17-19 April. Dianggap sebagai pesawat premium jarak jauh paling canggih, Global 6000 mempunyai kabin terluas dalam kategorinya dan boleh memuatkan sehingga 14 penumpang.

Leona Qi, Presiden Asia VistaJet memberi komen: “ABACE memberi peluang eksklusif kepada pelawat untuk melihat pesawat VistaJet dengan lebih dekat dan meneroka sendiri butiran terperinci dan pengalaman mewah. Saya berserta pasukan VistaJet Asia akan bersedia menyambut hadirin dan menunjukkan keistimewaan yang menjadikan VistaJet pengendali nombor satu di rantau ini.”

Media akan diberikan akses eksklusif kepada pesawat tersebut pada pratonton sepanjang hari 16 April ini, tetapi janji temu peribadi boleh dibuat melalui akaun WeChat VistaJet. Platform tempahan WeChat juga membolehkan pelanggan menempah penerbangan secara terus.

* tarikh pelancongan belum muktamad
** Tertakluk pada terma dan syarat insurans dan pengangkutan

PerihalVistaJet 

VistaJet merupakan syarikat penerbangan global pertama dan tunggal. Berbekalkan 70 pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan ahli korporat, pemimpin kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara, meliputi 96% dunia. Ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini merintis model perniagaanyanginovatif iaitu pelanggan mempunyai akses pada keseluruhan pesawat dengan hanya membayar mengikut jam penerbangan, bebas daripada tanggungan dan risiko aset berkaitan pemilikan kapal terbang. Program keahlian pengenalan VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan khusus bagi pelanggan pada jet jarak sederhana dan jauh, untuk menerbangkan mereka bila-bila masa, ke mana-mana sahaja. Pelanggan juga boleh membuat permintaan penerbangan sekali saja Terusmelalui aplikasi tempahan menyeluruh yang pertama dalam industri atau kumpulan global 24/7.

Lebih banyak maklumat dan berita tentang VistaJet di vistajet.com

Maklumat  
   
Amy Yang Angela Wong
VistaJet International Ltd CatchOn
T: +852 2901 0502 T: +852-2807-0600
M: +852 9080 3985  M: +852-6487-6868
amy.yang@vistajet.com  angela.wong@catchonco.com 
  

Foto untuk pengumuman ini tersedia di:

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/814ec9ef-0c9e-4e3a-8e00-d64137ee2669

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/26a49ab9-07e3-409e-a37a-098aaec21604