Taconic Biosciences Memperoleh Lesen untuk Teknologi Easi-CRISPR dari University of Nebraska


RENSSELAER, N.Y., April 21, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian perkhidmatan model mencit diubah suai genetik telah memperoleh lesen untuk teknologi Easi-CRISPR dari University of Nebraska.

Easi-CRISPR dibangunkan di makmal oleh Dr. Masato Ohtsuka (Tokai University di Jepun), dan Channabasavaiah Gurumurthy (University of Nebraska). Syarat perjanjian tersebut termasuklah lesen seluruh dunia dan tidak eksklusif untuk teknologi tersebut, yang memberikan hak kepada Taconic untuk menjana dan menjual model roden yang dihasilkan melalui Easi-CRISPR.  Jika dibandingkan dengan CRISPR tradisional, Easi-CRISPR adalah lebih baik kerana teknologi tersebut membolehkan penyelidik melakukan pemasukan genetik penuh dan tidak terbatas kepada mutasi titik dan knockout juzukan. 

“Easi-CRISPR ialah langkah seterusnya dalam teknologi CRISPR/Cas.  Gabungan kelajuan CRISPR dengan pemasukan genetik yang lebih besar membolehkan tempoh masa projek kompleks yang biasanya memerlukan teknik rekombinasi homolog dipendekkan menjadi enam bulan lebih singkat.  Dalam industri yang mementingkan masa, akses kepada teknologi ini menjadi bukti komitmen Taconic untuk memberikan penyelesaian terbaik kepada pelanggan kami,” kata John Couse, naib presiden perkhidmatan saintifik Taconic Biosciences. 

Channabasavaiah Gurumurthy memberi komen, “kami gembira melihat komuniti penyelidikan menerima Easi-CRISPR dengan pantas. Pelesenan Easi-CRISPR oleh Taconic, peneraju diiktiraf global dalam penjanaan model haiwan akan membantu saintis menjana model inovatif dengan pesat untuk mendatangkan faedah dalam kajian saintifik”.  

Taconic ialah penyedia berlesen penuh untuk perkhidmatan penjanaan model roden dan mempunyai pengalaman lebih dua puluh tahun dalam rekaan model. Syarikat ini menyediakan pentakaktifan gen, mutasi atau penggantian gen, ekspresi transgen, RNAi dan penyuntingan gen melalui CRISPR/Cas9, penyuntikan pronuklear dan teknologi rekombinasi homolog untuk memastikan alat yang betul digunakan untuk setiap projek khusus pelanggan. Keupayaan unik Taconic untuk menyediakan peralihan lancar daripada rekaan model hingga pembiakan dan pengurusan koloni memberikan penyelesaian yang lengkap kepada pelanggan. Penyelesaian saintifik ini termasuklah pemerolehan atau penjanaan, pengimportan, pelesenan, pembiakan, pengujian, penyediaan dan pengedaran model diubah suai genetik ke sebarang lokasi di dunia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penjanaan model tersuai Taconic, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Perihal Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences ialah peneraju global dalam model dan perkhidmatan roden kejuruteraan genetik berlesen sepenuhnya. Diasaskan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik supaya pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, memprakondisi, menguji dan mengedar model kajian bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus diubah suai genetik, model mencit kajian kepersisan, serta rekaan model dan perkhidmatan pembiakan bersepadu, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan enam kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan ke hampir seluruh dunia.

Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com