Invivoscribe Mengeluarkan Asai LymphoTrack Dx TRB sebagai Kit IVD Bertanda CE, Melengkapkan Suit NGS Klonaliti untuk Platform MiSeq


SAN DIEGO, May 16, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Invivoscribe Technologies Inc., syarikat global dengan pengalaman berdekad dalam menyediakan penyelesaian ujian klonaliti dan penanda bio untuk bidang onkologi dan perubatan molekul diperibadikan hari ini mengumumkan pengeluaran Asai LymphoTrack® Dx TRB untuk platform Illumina® MiSeq®, kit asai penjujukan generasi seterusnya (NGS) bertanda CE untuk penggunaan diagnostik in vitro (IVD). Invivoscribe ialah satu-satunya syarikat yang menawarkan suit lengkap asai klonaliti NGS bertanda CE yang direka untuk menilai klonaliti untuk tujuan diagnostik dan pengesanan. Asai LymphoTrack Dx TRB untuk alat Ion PGM dan Ion S5 ThermoFisher Scientific® akan dikeluarkan lewat tahun ini.

Secara umumnya, leukemia dan limfoma berasal daripada transformasi malignan sel limfoid individu yang menyebabkan kebanyakan kemalignan limfoid mempunyai satu atau lebih penyusunan semula sel atau “klonal”. Asai LymphoTrack Dx TRB mengenal pasti jujukan susunan semula TRB Vβ-(Dβ-)Jβ manakala perisian bioinformatik LymphoTrack Dx memberikan ringkasan taburan kekerapan dengan jelas. Jujukan klonal ini boleh digunakan untuk memantau penyakit sisa minimum (MRD) dalam kajian membujur yang mengesan penyakit tersebut dan juga keberkesanan terapi untuk merawatnya.

Asai LymphoTrack Dx TRB melengkapkan siri asai bertanda CE Invivoscribe pada MiSeq® yang menggunakan ketepatan dan kepekaan penjujukan generasi seterusnya (NGS) dan membolehkan makmal kecil dan besar mengenal pasti dan mengesan penyusunan semula klonal. Kit klonaliti bertanda CE Invivoscribe yang membolehkan penjanaan pustaka PCR satu langkah dan disertakan dengan perisian bioinformatik yang direka untuk berjalan pada platform Windows dalam makmal pelanggan membolehkan ujian multipleks komprehensif dijalankan untuk sebarang gabungan sampel dan asai LymphoTrack Dx (e.g. IGH Leader, IGH FR1, IGH FR2, IGH FR3, IGK, TRG dan TRB), justeru mengurangkan kos makmal dan masa pelengkapan dengan banyak. Asai NGS penjujukan mendalam ialah peningkatan signifikan terhadap asai berdasarkan PCR sedia ada. Ia mengenal pasti kebanyakan jujukan susunan semula gen atau klonotip dengan tepat, yang kemudian boleh digunakan untuk pengesanan MRD. Setiap kit disertakan perisian LymphoTrack Dx MiSeq® mesra pengguna yang mengautomatikkan pengisihan dan pengesanan setiap sampel dan sasaran, mentafsir data jujukan dan menghasilkan laporan terperinci.

“Kami sukacita menawarkan kit NGS TRB IVD bertanda CE dengan perisian bioinformatik untuk penilaian dan pengesanan klonaliti. Produk inovatif seperti Asai LymphoTrack Dx berdasarkan NGS memberi manfaat secara terus kepada pesakit dengan memandu rawatan tepat dan membolehkan pemantauan paling sensitif dilakukan untuk penyakit yang berlaku semula,” kata Dr. Jeffrey Miller, CSO dan CEO Invivoscribe.

Perihal Invivoscribe

Invivoscribe Technologies Inc. ialah syarikat bioteknologi yang beroperasi secara swasta dan berdedikasi dalam meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan di seluruh dunia dengan menyediakan reagen, ujian dan alat bioinformatik yang berkualiti tinggi dan distandardkan untuk meningkatkan bidang diagnostik molekul diperibadikan dan perubatan molekul diperibadikan. Rangkaian produk yang meluas termasuklah kit ujian RUO, IVD bertanda CE, termasuk Asai IdentiClone®, LeukoStrat® dan LymphoTrack Dx dengan perisian LymphoTrack Dx untuk menilai klonaliti, mutasi hiper somatik dan memantau MRD. Ujian, reagen dan alat bioinformatik reagen berasaskan NGS dan PCR Invivoscribe kini digunakan dalam lebih daripada 700 makmal klinikal dan penyelidikan di lebih daripada 160 negara. Invivoscribe kini mempunyai makmal klinikal yang terletak di A.S., Eropah dan Jepun yang menyediakan akses antarabangsa kepada ujian klinikal yang diiktiraf CLIA, CAP dan ISO 15189 yang selaras serta perkhidmatan organisasi kajian kontrak (CRO). Makmal klinikal Invivoscribe juga menawarkan MyAML®, MyHeme®, MyMRD® dan panel gen tersuai yang apabila digunakan dengan Perisian MyInformatics kepunyaan Invivoscribe boleh mengenal pasti dan menjejak mutasi pemacu primer dan juga struktur subklonal dan kemunculan mutasi pemacu baharu dalam kalangan pesakit yang menghidap penyakit hematologi. Invivoscribe juga mempunyai subsidiari di Shanghai, China yang kini menjalankan kerja ujian klinikal di China. Invivoscribe mempunyai rekod pencapaian kerjasama yang berjaya dengan syarikat-syarikat farmaseutikal global dalam membangunkan dan mengkomersialkan diagnostik pendamping. Sebagai peneraju dunia, Invivoscribe menitikberatkan sistem kualiti dan membangunkan semua produk inovatif, termasuk perisian bioinformatik dengan mematuhi kawalan rekaan ISO 13485, lalu melayakkannya untuk didaftarkan dengan jawatankuasa pengawalan di seluruh dunia.

Untuk lebih maklumat, sila lawati www.invivoscribe.com.

HUBUNGAN:
Kevin Dobyns 858-224-6600