Super B dan Lithium Werks menandatangani perjanjian bekalan sel berbilang tahun untuk memenuhi permintaan bateri litium yang semakin meningkat


HENGELO, Netherlands, May 30, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pakar bateri Litium Super B (www.super-b.com) dan pembekal sel Lithium Werks B.V.(www.lithiumwerks.com) telah menandatangani perjanjian berbilang tahun yang akan menjamin bekalan bateri ion litium kepada pelanggan di seluruh dunia.

Di bawah perjanjian ini, Lithium Werks, kumpulan penyelesaian bateri ion litium dan tenaga mudah alih yang pesat berkembang, akan mengerakkan bekalan berterusan Sel Nanophosphate Tm Lithium Werks yang berkualiti tinggi sementara Super B terus mengembangkan operasinya dalam memacu permintaan untuk bateri ion litium.

“Syarikat peneraju dalam sektor seperti automatif, industri, marin dan tenaga boleh diperbaharui telah diberi perkhidmatan oleh Super B dan keinginan mereka untuk penyelesaian berkuasakan bateri menjadi semakin tinggi. Kami bersedia untuk menyokong Super B semasa mereka terus memenuhi permintaan untuk bateri litium yang pesat berkembang ini,” kata T. Joseph Fisher III, CEO dan pengasas bersama Lithium Werks.

“Saya merasa kagum dengan keupayaan Super B untuk berkembang dengan cepat pada tahun-tahun terkini dan oleh cita-citanya untuk berkembang dengan lebih cepat pada tahun-tahun akan datang. Kami menjangkakan Super B untuk mengandakan saiznya setiap tahun untuk beberapa tempoh dan saya gembira yang Lithium Werks telah mendapat rakan kongsi strategik yang kukuh seperti Super B,” kata En Fisher.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Super B dalam perikatan strategik jangka masa panjang ini kerana produk dan inovasi mereka merupakan padanan yang sesuai untuk sel silinder Nanophosphate Tm proprietari kami yang telah dipatenkan,” kata En Fisher.

CEO Super B, Henk Kleef menyatakan bahawa perjanjian ini akan memberi manfaat kepada pelanggannya.

“Perjanjian bekalan jangka masa panjang untuk sel berkualiti tinggi daripada syarikat global seperti Lithium Werks akan mengukuhkan lagi keupayaan kami untuk mengembangkan kapasiti dan memenuhi permintaan berterusan pelanggan kami untuk penyelesaian bateri litium dalam tahun-tahun akan datang,” kata En Kleef.

“Lithium Werks, yang mempunyai reputasi kukuh sebagai pembekal sel, modul dan sistem kuasa boleh skala Litium Ferum Fosfat, ialah rakan kongsi yang ideal untuk kami dalam terus memberikan penyelesaian tenaga yang tahan lama, selamat dan boleh dipercayai kepada pelanggan kami,” kata En Kleef.

Super B dan Lithium Werks, kedua-duanya merupakan pakar dalam teknologi Litium Ferum Fosfat, kimia ion litium yang menawarkan kestabilan terma dan bahan kimia yang tinggi serta dilihat sebagai teknologi ion litium yang paling selamat tersedia hari ini. Kerjasama strategik ini dibina atas hubungan sedia ada yang kini telah menjadi semakin kukuh.

___________________________

Perihal Super B
Super B mempunyai reputasi yang kukuh dalam pembangunan dan penghasilan bateri litium atasan yang unik untuk pelbagai industri dan aplikasi. Pelbagai pengilang peneraju dan pelanggan dalam pasaran seperti automotif, kenderaan rekreasi, motosikal, UPS dan marin telah merasai penyelesaian bateri litium Super B yang inovatif dan boleh dipercayai. Penyelesaian Super B dibangunkan dan dihasilkan di Hengelo, Netherlands dan disokong oleh pusat jualan/perkhidmatan rantau di seluruh dunia.

Perihal Lithium Werks
Lithium Werks ialah syarikat bateri ion litium yang pesat berkembang dengan kemudahan pengilangan di China dan pejabat di AS, Netherlands, Ireland Utara, Great Britain dan Norway. Lithium Werks menyediakan sel, modul dan sistem pengurusan bateri kepada pasaran seperti pengendalian bahan, storan tenaga tetap, perubatan dan marin komersial.

Hubungan media:
Lithium Werks Hubungan Akhbar/Media Telefon +44 (0) 28 9084 5411