TokenPay dan Litecoin Mengumumkan Perkongsian Strategik Kripto yang Meluas


Litecoin Foundation memperolehi 9.9% daripada WEG Bank Jerman dan bersetuju untuk membekalkan teknologi bertaraf dunia dan kepakaran pemasarannya kepada TokenPay dan beberapa inisiatif blockchainnya, termasuklah:

  • Mata Wang Kripto TPAY
  • Pertukaran Tak Terpusat eFin (DEX)
  • Pengurusan Aset TokenSuisse
  • Platform FinTech WEG Bank
  • Jentera Transaksi Berbilang Tandatangan

LUCERNE, Switzerland, July 12, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Baru-baru ini, TokenPay Swiss AG telah mengumumkan perkongsiannya dengan WEG Bank di Jerman. Di bawah terma rundingan yang diumumkan sebelum ini, TokenPay memperolehi 9.9% bank tersebut serta pilihan untuk membeli kira-kira 90% keseluruhan daripada bank sementara menunggu pengesahan undang-undang. Hari ini, saham 9.9% dalam WEGBank diniagakan lagi kepada Litecoin Foundation dengan pertukaran perjanjian perkhidmatan teknologi dan pemasaran yang meluas dan komprehensif untuk TokenPay serta operasi perniagaan dan mata wang kriptonya. Hasil daripada perkongsian ini, TokenPay dan Litecoin telah bergabung menjadi kuasa peneraju dalam mencipta dan membawa penyelesaian kripto moden FinTech berdasarkan pengguna ke pasaran. 

Hal ini bermakna TokenPay akan mendapat manfaat langsung daripada keupayaan penjenteraan blockchain tahap tinggi Litecoin. Perkongsian ini akan berfokus terhadap beberapa kawasan utama yang telah dikenal pasti oleh penganalisis sebagai sangat penting untuk kejayaan syarikat itu. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mata wang kripto TPAY dan blockchainnya yang penting, pertukaran tak terpusat eFin (DEX) dan coin EFIN, pengurusan aset TokenSuisse dan produk kewangan berstruktur, platform FinTech WEG Bank termasuklah kad debit yang mendapat permintaan tinggi dan Jentera Transaksi Berbilang Tandatangan TokenPay yang direka untuk memproses pembayaran e-dagang kripto dengan pantas dan selamat untuk pedagang.

Selain itu, TokenPay juga telah memperolehi tambahan 9.9% WEG Bank. Hal ini perlu difahami bahawa di bawah undang-undang perbankan Jerman, tiada entiti boleh memiliki lebih daripada 9.9% bank tanpa kelulusan undang-undang. Setelah diberi kelulusan, TokenPay bercadang untuk menggunakan pilihannya untuk memperolehi baki saham WEG Bank yang berhak dibeli olehnya. Dengan penambahan Litecoin sebagai pemasaran strategik, teknologi blockchain dan rakan kongsi logistik WEG Bank serta perkongsiannya dengan Verge Currency sejak dulu lagi, TokenPay mempertimbangkan untuk menambah beberapa ratus ribu pelanggan ke platform penyelesaian kad debit dalam penggal akan datang. Kepakaran teknikal yang diberikan oleh Litecoin akan memberi manfaat yang besar kepada penetapan garid panduan automasi komprehensif dan standard yang digunakan oleh bank tersebut sambil ia meneroka peluang pasaran baharu.

Charlie Lee, Pengarah Urusan Litecoin Foundation menyatakan, “Perkongsian ini memberi manfaat besar kepada Litecoin dan TokenPay. Saya bersedia untuk menyepadukan Litecoin dengan WEG Bank AG dan semua perkhidmatan yang ditawarkannya demi menjadikan pembelian dan penggunaan Litecoin mudah untuk sesiapa jua. Saya juga teruja dengan sokongan Litecoin dalam pertukaran tak terpusat eFin TokenPay.”

Matthias von Hauff, pengasas dan CEO WEG Bank AG menambah: “Pada mulanya, perkongsian dengan institusi inovatif seperti TokenPay dan Litecoin mungkin mengejutkan kepada institusi yang sangat konservatif seperti kami. Akan tetapi, setelah telah memikirkan prospek masa depan bersama dengan tekun dan menyeluruh, kami yakin bahawa penerimaan kaedah pembayaran moden seperti itu tidak akan dapat dielakkan pada masa akan datang. Oleh itu, kami berbangga untuk menjadi sepasukan dengan yang terbaik dalam bidang ini.”

Prof. Dr. Jorg E. Wilhelm, Ketua Lembaga Penyelia TokenPay Swiss AG memberi komen, “Kami gembira menjalankan proses pemerolehan saham yang banyak untuk bank yang berjaya yang bertempat di Jerman seperti WEG. Persekitaran kami yang terdiri daripada blockchian TPAY, WEG Bank, TokenSuisse dan Litecoin Foundation memberikan banyak peluang berkaitan penyelesaian pedagang, dan juga kelompok pelanggan yang kukuh dan pelbagai untuk perniagaan kad debit kripto kami. Hakikat bahawa kami sedang merapatkan jurang dunia lama dan baharu sangat mengujakan.”

TokenPay Swiss AG
TokenPay Swiss AG ialah syarikat pembangun blockchain yang menggabungkan teknologi kriptografi Bitcoin dengan ciri keselamatan dan privasi canggih. TPAY adalah coin yang paling selamat di dunia. TPAY menggunakan algoritma proof-of-stake yang canggih, Penyekatan IP Tor dan ia merupakan mata wang kripto yang digunakan dalam platform pemproses e-dagang Jentera Transaksi Berbilang Tandatangan TokenPay yang aktif. TokenPay mempunyai persekitaran kewangan yang meluas termasuklah saham dalam perbankan dan firma pengurusan aset.

Litecoin Foundation
Litecoin Foundation ialah organisasi bukan untung yang bertapak di Singapura. Ia ditubuhkan untuk menaikkan Litecoin demi kebaikan masyarakat dengan membangunkan dan mempromosikan teknologi blockchain terkini. Litecoin dicipta oleh Charlie Lee pada tahun 2011 sebagai mata wang kripto mesra transaksi. Litecoin sering digelar sebagai "perak" berbanding "emas" Bitcoin, dan mempunyai perbezaan teknikal utama yang menjadikannya lebih sesuai untuk pembayaran daripada Bitcoin kerana transaksinya lebih pantas dan yuran lebih murah.

WEG Bank AG
WEG Bank ditubuhkan pada 2015 dan adalah bank kedua yang dimulakan oleh CEO, Matthias von Hauff. Institusi peneraju pasaran Jerman yang berkembang maju ini terkenal di seluruh industri sebagai yang terkemuka dalam pasaran pengubahsuaian hartanah dan projek pemodenan. WEG Bank bercadang untuk mencipta divisyen baharu yang tidak akan mengganggu divisyen sedia ada, yang akan membenarkan pelanggan dan pedagang untuk menggabungkan teknologi dan perkhidmatan FinTech dan blockchain.


            

Contact Data