IASLC Menjemput Para Profesional Kanser Paru-paru Mengambil Tinjauan Global Tentang Ujian Molekul

Tokoh Dunia dalam Kemaglinanan Toraks Melakukan Tinjauan untuk Menilai  Menambah Baik Ujian Molekul di Seluruh Dunia


DENVER, July 13, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-paru (IASLC) mengalu-alukan semua yang terlibat dalam ujian molekul pesakit kanser paru-paru untuk menyertai tinjauan global yang direka bentuk untuk menilai pelaksanaan amalan paling sesuai dan membangunkan garis panduan global untuk ujian molekul. Untuk mengambil Tinjauan Global IASLC tentang Ujian Molekul dalam Kanser Paru-paru, lawati www.iaslc.org/survey.

“Perkembangan saintifik dalam bidang kanser paru-paru begitu pesat,” kata Fred R. Hirsch, MD, PhD, dan CEO IASLC. Dr. Hirsch juga menambah, “Untuk memastikan penjagaan pesakit selari dengan perkembangan saintifik, kita memerlukan pemahaman terhadap pelaksanaan dan halangan dalam menerima rawatan baharu. IASLC mampu mengumpul, memanfaatkan dan menyebarkan data ini untuk mengubah nasib pesakit.”

Banyak garis panduan yang mengesyorkan ujian pendorong molekul onkogenik seperti EGFR, ROS1, ALK dan BRAF dalam kanser paru-paru sel bukan kecil lanjutan (NSCLC) dengan komponen histologi adenokarsinoma. Terapi yang mensasarkan pendorong molekul onkogenik khusus ini mampu menambah baik kualiti hidup pesakit, tetapi pengetahuan tentang kewujudan pendorong diperlukan sebelum terapi boleh dimulakan.

Penyertaan pakar dalam tinjauan ini adalah sangat penting bagi memahami keadaan ujian molekul dalam kanser paru-paru pada masa ini serta sebarang cabaran dan halangan serantau berkaitan pelaksanaan, termasuk sebab mengapa tidak semua rantau melakukan ujian molekul. IASLC menjemput para profesional penjagaan kesihatan dan pihak lain yang berminat untuk mengambiltinjauanIni. Tinjauan ini tersedia dalam bahasa Inggeris, Cina, Portugis dan Sepanyol.

Keputusan Tinjauan Global IASLC tentang Ujian Molekul dalam Kanser Paru-paru akan 1) menentukan status semasa ujian molekul 2) menunjukkan sebarang cabaran atau halangan serantau dalam pelaksanaan dan 3) memaklumkan strategi akan datang untuk menangani halangan dalam ujian molekul terhadap pesakit kanser paru-paru di seluruh dunia. Ringkasan dapatan utama akan dikongsikan dengan responden dan laporan penuh akan dihantar ke Journal of Thoracic Oncology, jurnal rasmi IASLC, untuk diterbitkan. Responden akan dimasukkan ke dalam undian untuk memenangi pendaftaran percuma ke Persidangan Dunia Kanser Paru-paru IASLC.

Disebabkan kepantasan perkembangan dalam onkologi toraks, mengumpul dan mengedarkan maklumat terkini sangat penting untuk membuat penambah baikan di seluruh dunia. IASLC komited untuk berkhidmat sebagai sumber global untuk semua perkara berkaitan kanser paru-paru, iaitu punca utama kematian berkaitan kanser di seluruh dunia.

AstraZeneca telah memberikan geran tajaan untuk program bebas ini.

Perihal IASLC
Persatuan Antarabangsa untuk Kajian Kanser Paru-Paru (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global yang mengkhusus hanya untuk kajian kanser paru-paru dan kemalignanan toraks yang lain. Diasaskan pada tahun 1974, ahli persatuan ini termasuk lebih daripada 7,500 orang pakar kanser paru-paru yang meliputi semua disiplin di lebih daripada 100 negara dan membentuk rangkaian global yang bekerjasama untuk melawan kanser paru-paru dan toraks di seluruh dunia. Persatuan ini juga menerbitkan Journal of Thoracic Oncology, iaitu penerbitan pendidikan dan bermaklumat utama untuk topik yang relevan dengan pencegahan, pengesanan, diagnosis dan rawatan semua kemalignanan toraks. Lawatiwww.iaslc.org untuk maklumat lanjut.

Hubungan:  Becky Bunn, MSc
Pengurus Perhubungan Awam IASLC
Becky.Bunn@IASLC.org | 720-325-2946