Syarikat Penerbangan Antarabangsa Uganda Membuat Tempahan Sah untuk Empat Buah Pesawat CRJ900 Bombardier


  • Pengendali pertama kabin ATMOSPHÈRE CRJ Series di Afrika

MONTREAL, July 19, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pesawat Komersial Bombardier mengumumkan hari ini bahawa ia telah menandatangani tempahan sah untuk empat buah jet serantau CRJ900 dengan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Uganda.

Berdasarkan penyenaraian harga pesawat CRJ900, tempahan itu dianggarkan bernilai sebanyak US$190 juta.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Uganda atas kemunculan semula syarikat penerbangan negaranya. Kami teruja kerana syarikat penerbangan baharu itu memilih Bombardier dan pesawat serantau CRJ900 untuk kemunculannya yang akan datang,” kata Jean-Paul Boutibou, Naib Presiden Jualan Timur Tengah dan Afrika, Pesawat Komersial Bombardier. “Diiktiraf kerana penjimatan dan keberkesanannya, pesawat CRJ Series membolehkan syarikat penerbangan di seluruh dunia menyediakan rangkaian yang lebih baik kepada pelanggan dan kami sedia untuk membantu pembangunan pelancongan udara serantau Uganda dengan pesawat serantau CRJ900.”

Syarikat Penerbangan Uganda akan mengendalikan CRJ900 dalam konfigurasi dua kelas dengan 76 tempat duduk, termasuk 12 tempat duduk kelas pertama.

“Kami gembira untuk menempah jet serantau terkemuka dunia dan bersedia untuk memberikan pengalaman penerbangan paling moden dalam penerbangan serantau kepada seluruh rakyat Uganda dan Afrika,” kata Ephraim Bagenda, CEO Syarikat Penerbangan Antarabangsa Uganda. “Semasa kami memjadikan Entebbe sebagai hab yang kukuh di Afrika Timur dan membina lebih rangkaian di Afrika, kami telah menyemak semula keperluan kami dengan menyeluruh. Dengan rekodnya yang terbukti di Afrika dan rantau lain di dunia, kami yakin bahawa pesawat CRJ900 akan menyumbang kepada kejayaan kami.”

Hari ini, 21 pengendali telah menggunakan 58 CRJ Series di Africa. Termasuk tempahan yang diumumkan hari ini, Bombardier telah merekodkan tempahan untuk 1957 buah jet serantau CRJ Series.

Perihal kabin ATMOSPHÈRE
Kabin ATMOSPHÈRE telah menjadi standard baharu pengalaman penumpang dalam segmen pasaran jet serantau. Ciri utama bahagian dalaman kabin termasuklah ruang penumpang yang lebih besar, ruang beg roda yang besar, tandas yang lebih besar, pilihan sambungan yang lebih banyak, semua disepadukan dalam rekaan kontemporari dan bahan terpilih. Malah, reka bentuk kabin ATMOSPHÈRE membolehkan penumpang membawa dan menyimpan beg roda yang “sangat besar” dalam ruang beg yang mengurangkan keperluan untuk menyemak beg di kaunter atau pintu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut: DiscoverAtmosphere.com

Perihal Bombardier
Dengan lebih 69,500 pekerja dalam empat segmen perniagaan, Bombardier ialah peneraju global dalam industri pengangkutan, mencipta kapal terbang dan tren yang inovatif dan unik. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan pengangkutan bertaraf dunia yang menjadi standard keselesaan penumpang, penjimatan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.

Beribu pejabat di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak pengeluaran dan kejuruteraan di 28 buah negara dalam segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial dan Aurostruktur dan Perkhidmatan Kejuruteraan. Saham Bombardier didagangkan pada Bursa Saham Toronto (BBD). Dalam tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017, Bombardier memperolehi hasil sebanyak $16.2 bilion AS. Berita dan maklumat tersedia di Bombardier.com atau ikuti kami di Twitter @Bombardier.

Nota untuk Editor
Imej CRJ900 dengan hiasan Syarikat Penerbangan Antarabangsa Uganda disiarkan bersama hebahan berita ini di www.Bombardier.com.

Artikel ringkas tentang pesawat CRJ900 tersedia di Hab Media BCA

Ikuti @BBD_Aircraft di Twitter untuk menerima berita dan kemas kini terkini daripada Bombardier Commercial Aircraft.

Untuk menerima siaran akhbar kami, sila lawati bahagian Suapan RSS Laman Web Bombardier.

Bombardier, CRJ900 dan CRJ Series adalah tanda dagangan Bombardier Inc. atau subsidiarinya.

Untuk Maklumat

Nathalie Siphengphet
Bombardier Komersial Pesawat
+1(450) 476-5792
nathalie.siphengphet@aero.Bombardier.com
www.Bombardier.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a859cd4e-205f-4cf1-b148-14f6fbc712c5