Tascent Meningkatkan $19.5 Juta Siri B Diterajui oleh NEC Corporation dan Tano Capital

Pembiayaan akan mempercepatkan kemajuan biometrik multimodal


LOS GATOS, Calif., Aug. 29, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Tascent, Inc., peneraju industri dalam biometrik intuitif, telah menaikkan $19.5 juta dalam pembiayaan Siri B yang diterajui oleh NEC Corporation dan Tano Capital, dengan penyertaan oleh Min Aik Technology Co., Ltd. Pembiayaan ini akan digunakan untuk mengembangkan produk biometrik Tascent dan suite penyelesaian serta memperluaskan jejak globalnya.

“Pasaran global untuk biometrik sedang mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan. Kami percaya Tascent berada dalam kedudukan yang unik untuk menyediakan produk dan penyelesaian identiti biometrik yang meningkatkan keselamatan dan keterjaminan, meningkatkan pengalaman pengguna, dan membolehkan kecekapan perusahaan,” kata Chuck Johnson, Pengarah Urusan Tano Capital.

Peranti, perisian, dan perkhidmatan Tascent menggunakan modaliti biometrik wajah, iris, dan cap jari untuk mewujudkan dan mengesahkan identiti dengan cara yang tepat dan mudah digunakan. Produk Tascent digunakan di seluruh dunia dan memberikan khidmat kepada berpuluh-puluh juta orang setiap tahun selain menggalakkan keselamatan dan kesesuaian dalam pelbagai aplikasi termasuk perjalanan pengguna, akses perusahaan, identiti pekerja, dan perkhidmatan kerajaan.

“NEC telah lama memberikan faedah biometrik multimodal dengan penyelesaian yang terkemuka di industri kami dan kami menjangkakan bahawa kepakaran Tascent dalam inovasi teknologi, pembangunan penyelesaian, dan reka bentuk produk akan membantu NEC untuk mengembangkan lagi pasaran identiti biometrik,” kata Masakazu Yamashina, Naib Presiden Eksekutif, NEC Corporation.

“Ini adalah masa yang menarik untuk membuat pembaharuan dalam biometrik dan identiti. Biometrik telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian kita, terima kasih kepada penyelesaian yang tepat dan intuitif,” ujar Joey Pritikin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Tascent. “Kerjasama global kami dalam teknologi, jualan, dan sokongan telah memainkan peranan penting dalam kejayaan syarikat dan penyertaan NEC dan Min Aik dalam Pusingan B kami akan membantu memacu pertumbuhan masa depan Tascent.”

Tentang Tascent
Tascent memanfaatkan kuasa biometrik untuk membolehkan aliran orang dan transaksi yang lancar dalam dunia yang terhubung. Kami memberi tumpuan kepada mewujudkan perkakasan, perisian, dan perkhidmatan yang intuitif, memberikan keupayaan yang menyeluruh untuk penyelesaian identiti yang disesuaikan. Melalui kerjasama, kami memberikan kekuatan identiti yang dipercayai untuk memberi kesan positif kepada perjalanan, perkhidmatan kewangan, tiket dan acara, akses tempat kerja, perkhidmatan kerajaan, dan usaha kemanusiaan.

Walaupun banyak syarikat biometrik menawarkan produk modaliti tunggal yang kompleks dan tidak intuitif, Tascent memudahkan rakan kongsi kami untuk mengintegrasikan dan menggunakan sistem identiti biometrik multimodal teguh dan lagi mudah didapati. Hari ini, penyelesaian biometrik kami melayani puluhan juta orang setiap tahun dalam kebanyakan persekitaran yang paling mencabar. Kami berusaha untuk membuat pembaharuan dan menghasilkan produk yang memenuhi keperluan yang tidak terpenuhi untuk proses identiti yang rutin namun kiritikal, menjadikan kehidupan ringkas dan mudah.

Berpangkalan di Silicon Valley, CA, Tascent menyokong pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia melalui pejabat kami di Washington DC, Dubai, London dan Singapura. www.tascent.com


            

Contact Data