Kampus RD baharu di Technology Base, Twente

Jutaan orang menunjukkan minat terhadap tenaga baharu: Lithium Werks fokus terhadap storan, pengangkutan dan perisian pintar


HENGELO, Belanda, Sept. 04, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Syarikat pengurusan tenaga, Lithium Werks B.V. (www.lithiumwerks.com) telah mengumumkan pembinaan kampus penyelidikan dan pembangunan (R&D) tenaga bersih utama di Lapangan Terbang Twente. “Untuk membuat peralihan sebenar daripada bahan api fosil kepada tenaga boleh baharu, tenaga perlulah tersedia pada tempat dan masa yang sesuai,”kata pemula, Kees Koolen, pengarah lembaga Lithium Werks. “Dalam lima tahun akan datang, kami akan merekrut 2,000 untuk membangunkan teknologi tenaga bersih di kampus tersebut.”

Lithium Werks yang membekalkan 200 juta sel bateri kepada lebih daripada 1,000 pelanggan di 50 negara kini mengeluarkan bateri litium ferum fosfat, atau LFP. Untuk pembangunan bateri generasi seterusnya, Lithium Werks akan bekerjasama dengan University of Twente iaitu perintis dalam penyelidikan bahan baharu, kepintaran buatan dan elektronik kawalan. Agensi Pembangunan Belanda Timur Oost NL melabur dalam Lithium Werks untuk menyokong visi syarikat tersebut mengenai kampus R&D, bersama-sama majlis perbandaran Enschede dan wilayah Overijssel.

Sumber tenaga boleh baharu seperti angin dan matahari kerap menghasilkan paling banyak tenaga semasa permintaannya rendah. Perbezaan antara bekalan dan permintaan ini bermakna stesen kuasa arang batu atau minyak konvensional masih diperlukan. Dengan penyimpanan tenaga pintar dan penyelesaian pengangkutan, tenaga mampu disediakan pada masa dan tempat yang sesuai. Hal ini memerlukan kapasiti bateri yang mencukupi - kita perlu menghasilkan lebih banyak bateri - dan perisian kepintaran buatan," kata Koolen.

Kampus R&D di Technology Base

Lithium Werks akan mencipta kampus R&D 42 ekar untuk pembangunan ekosistem bateri mudah alih di Technology Base. Lebih daripada EUR 100 juta telah dilaburkan dalam pembangunan kampus R&D tersebut oleh pelbagai pihak. Oost NL ialah yang pertama melabur dalam projek tersebut, sesuai dengan penyataan daripada pihak berkuasa tempatan yang mahu memperkasa ekonomi rantau Timur Belanda secara lestari. Kampus akan dibina secara berperingkat. Bangunan pertama di Technology Base dijadualkan siap pada penghujung tahun 2019 dan pada permulaannya akan menyediakan kerja untuk 300 orang bagi menyelidik teknologi baharu dalam bidang tenaga bersih. Lithium Werks bercadang untuk merekrut lebih kurang 2,000 orang dalam lima tahun untuk melaksanakan R&D di kampus.

Bateri mudah alih

Permintaan untuk kenderaan elektrik yang semakin meningkat merupakan penggerak utama peningkatan permintaan bateri. Lithium Werks sedang menggunakan teknologi kepintaran buatan untuk bersedia menghadapi masa hadapan di mana kenderaan elektrik akan menawarkan Mobiliti sebagai Perkhidmatan (MaaS) yang akan mengurangkan pemilikan kereta peribadi. Selain itu, kenderaan elektrik berautonomi akan menjadi bateri mudah alih yang membawakan kuasa kenderaan ke grid atau kenderaan ke rumah.

Pengetahuan teknikal

Lithium Werks yang telah membekalkan 200 juta sel bateri kepada lebih daripada 1,000 pelanggan di 50 negara telah bergabung dengan Super B Lithium Power B.V. di Hengelo, dan sebelum ini telah memperoleh Valence Technology Inc. dan cawangan industri A123 Systems LLC. Syarikat tersebut juga menghasilkan bateri litium ferum fosfat, juga dikenali sebagai bateri LFP. Untuk membangunkan teknik storan generasi baharu, Lithium Werks menjalin kerjasama dengan University of Twente di the Netherlands. Universiti tersebut mengendalikan kemudahan penyelidikan bahan lanjutan, seperti MESA+ NanoLab dan berpengalaman dengan elektronik kawalan dan kepintaran buatan. “Untuk menggabungkan pengetahuan ini, kita akan memainkan peranan penting dalam peralihan tenaga dan membuat sumbangan yang besar kepada matlamat pembangunan lestari,” kata pengerusi University of Twente, Victor van der Chijs.

Kees Koolen
Kees Koolen, pengerusi lembaga di Lithium Werks dilahirkan pada 19 Ogos 1965 indi Bergeijk, Brabant Utara, Belanda. Koolen merupakan CEO perkhidmatan tempahan pelancongan dalam talian, Booking.com daripada 2008 hingga 2011 dan kemudian menjadi pengerusi Lembaga Penyeliaan sehingga 2014. Beliau kemudian menyertai Uber, yang pada masa itu hanya mempunyai 10 pekerja, lalu membina pengaruhnya di peringkat antarabangsa di luar Amerika Syarikat, serta menubuhkan pejabat utama Uber di Amsterdam.

Perihal Lithium Werks
Lithium Werks ialah syarikat bateri ion litium yang berkembang pesat dengan kemudahan pengilangan di Belanda dan China serta pejabat di AS, Belanda, Ireland Utara, Great Britain dan Norway. Lithium Werks menyediakan sel, modul dan sistem pengurusan tenaga kepada pasaran seperti industri, pengangkutan, marin dan tenaga boleh baharu.


            

Contact Data