Taconic Biosciences Meterai Kontrak Dengan Pentadbiran Perkhidmatan Awam untuk Menyediakan Model Haiwan


RENSSELAER, N.Y., Sept. 22, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju global yang membekalkan model mencit kejuruteraan genetik mengumumkan kerjasama baharu dengan Government Scientific Source (GSS).

GSS ialah pengedar kelengkapan makmal untuk kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan berdasarkan kontrak dengan GSA (Pentadbiran Perkhidmatan Awam).  Produk Taconic kini tersedia melalui GSS dan boleh didapati oleh semua agensi, termasuk tetapi tidak terhad kepada Institusi Kesihatan Negara dan Jabatan Pertahanan.  Taconic ialah satu-satunya penyedia model haiwan yang bergabung dengan GSS dan satu-satunya penyedia model haiwan yang tersedia dalam Kontrak GSA.

“Salah satu komponen penting dalam menyediakan model haiwan terbaik ialah sumber utama.  Menerusi hubungan baharu dengan GSS, Taconic mampu berhubung dengan saintis yang menjalankan antara kajian terpenting di dunia dan memberikan mereka model haiwan berkualiti tinggi,” kata John DelliSanti, naib presiden kanan jualan global di Taconic Biosciences.

“GSS teruja untuk bekerjasama dengan Taconic. Kami kagum dengan pelbagai jenis model transgenik dan bebas kuman. Produk Taconic sangat sesuai untuk membantu usaha penyelidikan translasi GSS dalam Kerajaan Persekutuan A.S.,” komen Tony Nardei, pengarah sains hidupan di Government Scientific Source.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana penyelesaian model haiwan Taconic boleh memajukan penyelidikan anda, sila hubungi 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Perihal Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences ialah peneraju global dalam model dan perkhidmatan roden kejuruteraan genetik berlesen sepenuhnya. Diasaskan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian haiwan terbaik supaya pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, memprakondisi, menguji dan mengedar model kajian bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model mencit dan tikus, model mencit kajian kepersisan, serta rekaan model dan perkhidmatan pembiakan bersepadu, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan tiga kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan kepada hampir seluruh dunia.

Perihal Government Scientific Source, Inc.

Government Scientific Source (GSS) ialah pengedar produk dan kelengkapan makmal terkemuka untuk kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan. Ditubuhkan pada Disember 1991 sebagai Perusahaan Kecil yang Dimiliki Veteran (VOSB), misi GSS ialah mempromosikan kajian makmal dan kecemrlangan pendidikan. Organisasi GSS membawakan pelbagai jenis produk dalam semua bidang komoditi pada harga yang berpatutan menerusi saluran sumber terbanyak. GSS menguruskan beberapa jadual bekalan persekutuan GSA, kontrak IDIQ dan platform e-dagang B2B tersuai untuk melancarkan pengurusan dan pematuhan pengambilan.

Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com

Hubungan Media GSS:
Craig Cheltenham
Pengurus Pemasaran
marketing@govsci.com
703-880-5050