Perkhidmatan Orkestrasi Pinggir Awan Patton Cloud Mempercepat dan Mengurangkan Kos Perkhidmatan

Kini penyedia perkhidmatan Telecom dan UCaaS boleh meningkatkan perkhidmatan pada premis pelanggan


GAITHERSBURG, Md., Sept. 22, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Patton Electronics, penyedia penyelesaian UC, awan dan pendayaan IoT AS untuk rangkaian pembawa, perusahaan dan industri telah melancarkan perkhidmatan Patton Cloud baharu untuk pembawa dan penyedia perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan Semua IP serta hibrid suara dan data kepada pelanggan perniagaan.

Patton Cloud menawarkan perkhidmatan orkestrasi pinggir berdasarkan web yang berkos rendah dan mudah digunakan serta mesra pelanggan. Ia menawarkan penyelesaian masalah, pemantauan dan penyediaan dari jauh tanpa sentuhan serta alat keselamatan dan isyarat yang mengurangkan kos perkhidmatan, tiket masalah dan kehilangan pelanggan.

Perkhidmatan Patton Cloud juga menawarkan mekanisma kawalan kualiti termasuk pemantauan dan penyelesaian masalah aktif yang digabungkan dengan himpunan pengedaran lesen ciri untuk menguruskan perkhidmatan ditambah nilai.

“Secara keseluruhan, ia akan memudahkan kerja penyedia pembawa,” kata Burton A. Patton (Burt), Naib Presiden Eksekutif. “Perkhidmatan UC dan telekomunikasi bakal mendapat manfaat Awan dalam masa terdekat.”

“Kami telah mencipta perkhidmatan yang memberikan proses automatik sepenuhnya. Dengan memberikan pelesenan ciri perisian sebagai perkhidmatan di pinggir rangkaian, penyedia boleh menghimpunkan inventori lesen mereka di semua pengawal sempadan sesi dan peranti CPE lain,” kata Burt. “Pengurusan perkhidmatan kini menjadi amat mudah dengan penyelesaian masalah dan pemantauan dari jauh berdasarkan web yang mudah digunakan serta alat perkhidmatan berkualiti.”

Patton kini menawarkan versi percubaan percuma Patton Cloud Edisi Profesional selama 30 hari.

>>Daftar sekarang!

Keupayaan Patton Cloud adalah meluas. Antaranya termasuklah...

  • Uruskan, lindungi, beri isyarat, selesaikan masalah, analisis dan optimumkan semua perkhidmatan anda daripada awan.
  • Sediakan perkhidmatan dan naik taraf peranti CPE untuk menyokong peranti baharu secara automatik
  • Kawal akses, rangkaian dan perkhidmatan OTT di pinggir rangkaian dari jauh dengan selamat
  • Muat naik konfigurasi dan lesen ciri dengan mudah untuk memberi perkhidmatan ditambah nilai
  • Beri maklumat perkhidmatan kepada pelanggan baharu dengan mudah serta berikan sokongan dan perkhidmatan SLA
  • Tumpukan perkhidmatan suara, data dan rangkaian baharu
  • Gabungkan sistem dengan telefon Cloud, PBX pada premis dan titik hujung SIP
  • Bersepadu dengan perkhidmatan awan pihak ketiga dan platform OSS/BSS menggunakan API Patton Cloud

Selain itu, baru-baru ini Patton Juga telah mengeluarkan laluan penyaluran analog baharu yang berubah daripada FXO ke SIP apabila anda menggunakan Semua IP.

Hubungan Media: Glendon Flowers | +1 301 975 1000 | press@patton.com

Video yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3f1d6447-92ee-4679-9764-74b987129f3a