Bombardier Menghantar Pesawat Q400 Dengan 90 Tempat Duduk Pertama Kepada SpiceJet


  • SpiceJet menjadi syarikat penerbangan pertama yang menikmati potensi pesawat Q400 baharu

TORONTO, Sept. 24, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pesawat Komersial Bombardier mengumumkan penghantaran pesawat Q400 dengan 90 tempat duduk pertama hari ini. Pesawat tersebut diberikan kepada SpiceJet Limited India (“SpiceJet”), pengendali pelancaran pesawat itu.

“Kami teruja untuk menambah pesawat baharu ini ke kumpulan pesawat kami,” kata Ajay Singh, Pengerusi dan Pengarah Urusan SpiceJet. “Tempat duduk tambahan dan peningkatan prestasi akan mengurangkan kos unit dengan banyak dan membolehkan kami memenuhi permintaan pasaran di rantau ini.”

“Penghantaran pesawat Q400 dengan 90 tempat duduk yang pertama menunjukkan komitmen program turboprop Siri Q Bombardier untuk bertindak balas terhadap keperluan pelanggan dalam menghadapi pertumbuhan trafik di pasaran serantau,” kata Todd Young, Ketua Program Pesawat Siri Q, Pesawat Komersial Bombardier.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada pekerja dan pembekal yang telah bertungkus-lumus melakukan peningkatan terhadap pesawat Q400, serta pelanggan kami, SpiceJet atas sokongan dan kerjasama yang kukuh dalam program peningkatan berterusan ini.”

“Hal ini merupakan tanda aras yang penting untuk program pesawat Q400 kerana pilihan 90 tempat duduk menunjukkan potensi keuntungan lebih tinggi yang mampu ditawarkan oleh turboprop unik ini,” kata Colin Bole, Naib Presiden Kanan, Komersial, Pesawat Komersial Bombardier. “Kapasiti penumpang yang lebih tinggi mampu mengurangkan kos tempat duduk sebanyak 15 peratus berbanding pesawat Q400 standard justeru memberi manfaat kepada syarikat penerbangan. Kami teruja kerana SpiceJet akan menjadi pengendali pertama yang mempamerkan kebolehan unik dan produktiviti turboprop yang tiada bandingan.”

Perihal SpiceJet Ltd
SpiceJet ialah syarikat penerbangan kegemaran India yang telah menyediakan penerbangan dengan harga berpatutan kepada rakyat India. SpiceJet mengendalikan 412 purata penerbangan harian ke 54 destinasi, 47 domestik dan 7 antarabangsa. Syarikat tersebut menghubungkan rangkaiannya dengan 36 pesawat Boeing 737NG dan 22 pesawat Bombardier Q400. Majoriti pesawatnya menawarkan SpiceMax, tempat duduk kelas ekonomi paling luas di India.

SpiceJet juga mengendalikan perkhidmatan kargo udara dengan nama SpiceXpress yang menawarkan hubungan kargo yang efisien, tepat pada waktu dan selamat di seluruh India dan laluan antarabangsa. SpiceJet adalah syarikat penerbangan India pertama yang menawarkan perkhidmatan kargo hujung-ke-hujung. Kapal terbang pengangkutnya terdiri daripada pesawat Boeing 737.

Kedudukan SpiceJet sebagai syarikat penerbangan kegemaran negara dikukuhkan lagi dengan pelbagai anugerah dan pengiktirafan termasuklah Anugerah Kepimpinan Forum Kerjasama Strategik AS-India kepada Ajay Singh, ‘Anugerah Kepimpinan Kos Rendah’ Global diberikan kepada En. Singh pada Anugerah Strategi Syarikat Penerbangan 2018 di London, ‘Anugerah BML Munjal 2018’ untuk Kecemerlangan Perniagaan menerusi Pembelajaran dan Pembangunan’, Anugerah ‘Syarikat Penerbangan Domestik Terbaik’ di Wings India 2018, ‘Pengusaha Tahun 2017 EY untuk Transformasi Perniagaan’ oleh Ernst & Young, Order of Merit Pengerusi CAPA untuk hasil terpantas dalam FY 2016, ‘Jenama Terbaik Asia - 2016’, ‘Anugerah Asia Global Tahun Ini’ & ‘CFO Terbaik Asia 2016’ di Anugerah AsiaOne yang diadakan di Singapura, ‘Anugerah Peneraju Pelancongan Dunia’ di WTM London, anugerah ‘Inisiatif Daftar Masuk Terbaik’ oleh anugerah global Future Travel Experience di Las Vegas, anugerah ‘Syarikat Penerbangan Domestik Terbaik’ di Persidangan & Anugerah Antarabangsa ASSOCHAM ke-10 (Penerbangan Sivil dan Pelancongan).

Perihal Bombardier
Dengan lebih 69,500 pekerja dalam empat segmen perniagaan, Bombardier ialah peneraju global dalam industri pengangkutan, mencipta kapal terbang dan tren yang inovatif dan unik. Produk dan perkhidmatan kami menawarkan pengangkutan bertaraf dunia yang menjadi standard keselesaan penumpang, penjimatan tenaga, kebolehpercayaan dan keselamatan.

Beribu pejabat di Montreal, Kanada, Bombardier mempunyai tapak pengeluaran dan kejuruteraan di 28 buah negara dalam segmen Pengangkutan, Pesawat Perniagaan, Pesawat Komersial dan Aerostruktur dan Perkhidmatan Kejuruteraan. Saham Bombardier didagangkan pada Bursa Saham Toronto (BBD). Dalam tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2017, Bombardier memperolehi hasil sebanyak $16.2 bilion AS. Berita dan maklumat tersedia di bombardier.com atau ikuti kami di Twitter @Bombardier.

Nota untuk Editor
Imej pesawat Q400 dengan hiasan SpiceJet disiarkan bersama hebahan berita ini di www.bombardier.com.

Artikel ringkas tentang pesawat Q400 tersedia di Hab Media BCA

Untuk maklumat tentang SpiceJet, lawati: www.spicejet.com

Ikuti @BBD_Aircraft di Twitter untuk menerima berita dan kemas kini terkini daripada Bombardier Commercial Aircraft.

Untuk menerima siaran akhbar kami, sila lawati bahagian Suapan RSS Laman Web Bombardier.

Bombardier, Q400 dan Siri Q adalah tanda dagangan Bombardier Inc. atau subsidiarinya.

Untuk maklumat
Nathalie Scott
Komunikasi dan Hubungan Awam
Pesawat Komersial Bombardier
+1 416-375-3030

bca_press@aero.bombardier.com
www.bombardier.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c544b583-1d93-4887-9938-9919934aac60