DULLES, Va., Oct. 13, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- ATPCO hari ini mengumumkan bahawa ATPCO Bridge Labs, syarikat inkubator inovasinya telah mencapai detik penting dengan memperolehi 100 penyertaan dalam masa hanya setahun. ATPCO Bridge Labs (Bridge Labs) bekerja dengan banyak syarikat permulaan teknologi pelancongan yang memajukan industri pelancongan dengan penyelesaian generasi baharu dalam bidang penting, seperti Harga Dinamik, NDC, dan Pengurusan Hasil.

Syarikat yang menonjol seperti Air Cube, FLYR, Volantio, Ineye, TravelMyHeart, dan FlyNava telah diterima ke Bridge Labs dan mengorak langkah yang besar.

Dalam tahun pertama, Bridge Labs telah melebihi jangkaan dengan 100 peserta. Lebih separuh daripadanya telah diterima dan Bridge Labs sendiri menjadi mentor kepada 10 syarikat untuk membantu mereka menggunakan data ATPCO dan API generasi seterusnya untuk membawakan keupayaan baharu ke pasaran.

“Bridge Labs beroperasi dalam kitaran yang pesat dan mampu membantu kami mengesahkan konsep produk baharu dengan aktif serta mempercepat ujian penggunaan dan penerimaan inisiatif produk, yang membolehkan kami memasarkannya dengan pantas,” kata Jerome Perez, CEO Air Cube, ahli Bridge Labs.

Bridge Labs mengekalkan prestasinya melalui fokus terhadap mencari dan memupuk syarikat permulaan teknologi pelancongan yang berpeluang untuk menjana nilai terbanyak bagi seluruh ekosistem pelancongan sebaik sahaja ia mencapai skala besar.

“Terletak di tengah-tengah ekosistem syarikat penerbangan, dengan kombinasi pengetahuan khusus, hubungan industri dan sumber, kami memulangkan nilai kepada komuniti yang baru bercambah ini dengan menyediakan khidmat dalam bentuk kepimpinan dan berkongsi pengetahuan tentang operasi ekosistem pelancongan,” kata Gianni Cataldo, Ketua Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di ATPCO.

Fakta Ringkas Bridge Labs

  • Masa pasaran lebih pantas: Secara purata, peserta baharu mengambil masa 8-12 bulan untuk menyiapkan penyelesaian dalam industri penerbangan disebabkan agihan syarikat penerbangan yang rumit. Bridge Labs telah mengurangkan tempoh ini sebanyak 30% dalam tahun pertama.

  • Kurang Kompleks: Bridge Labs meringkaskan penggunaan produk penerbangan demi mengilhamkan inovasi dan mempercepat penerimaan produk dan kandungan penerbangan yang lebih kaya di peringkat ekosistem.

Perihal Bridge Labs

ATPCO Bridge Labs menyediakan platform yang mengenal pasti, mengurus dan berinteraksi dengan rakan kongsi untuk membina pasaran untuk inovasi industri pelancongan udara dan menerima penyertaan daripada syarikat pelancongan dan teknologi dengan fokus khas terhadap syarikat permulaan. Jika anda mempunyai idea yang bernas, Bridge Labs mempunyai kepakaran, data dan sumber untuk merealisasikannya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara anda boleh mendapatkan nilai untuk organisasi anda, lawati bridgelabs.atpco.net.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Michael Mazzocco
Ahli Strategi Komunikasi Korporat
ATPCO
Pejabat: +1 703 661 7503
E-mel: mmazzocco@atpco.net

Nota untuk Editor:

Perihal ATPCO
Dengan kedudukan unik di tengah-tengah agihan syarikat penerbangan, ATPCO meningkatkan teknologi canggih dan hubungan industri demi masa depan pelancongan udara. Dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan, ATPCO menguruskan lebih daripada 170 juta tambang untuk 430 syarikat penerbangan dan dipercayai sebagai rakan kongsi neutral syarikat penerbangan, agensi, enjin carian, sistem agihan global dan kerajaan di seluruh dunia. Harga dan sistem pengurusan data ATPCO menyokong lebih daripada $500 juta dalam hasil penumpang tahunan. Syarikat subsidiarinya, Routehappy yang baru diperoleh menjana kandungan beraneka untuk beli-belah penerbangan, membantu syarikat penerbangan dan pengedar membezakan produk mereka. Setiap hari, organisasi ini bergantung pada teknologi dan penyelesaian data ATPCO untuk membantu berjuta penumpang untuk sampai ke destinasi mereka. Ketahui lebih lanjut di atpco.net.