Nancy J. Sandy Dilantik Menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Taconic Biosciences


RENSSELAER, N.Y., Feb. 02, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- Lembaga Pengarah Taconic Biosciences telah memilih Nancy J. Sandy untuk menggantikan Dr. Robert J. Rosenthal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Cik Sandy akan menyandang jawatan tertinggi kepimpinan syarikat tersebut bermula 14 Januari. Dr. Rosenthal yang telah memegang jawatan tersebut selama empat tahun setengah akan terus berkhidmat dengan Taconic sebagai Ketua Pegawai Inovasi yang mengetuai inisiatif pertumbuhan luaran dan memegang beberapa jawatan di Lembaga Penasihat Saintifik Taconic dan Lembaga Pengarah. 

Cik Sandy menyertai Taconic pada Januari 2016 dan memegang beberapa jawatan iaitu Naib Presiden Kanan Strategi dan Pemasaran Produk, Ketua Pegawai Operasi, dan Presiden sebelum dilantik menjadi CEO. Beliau mengetuai inisiatif korporat untuk memperkemas operasi, menyelaraskan pasukan dalaman, mengukuhkan budaya Taconic dan mendorong pertumbuhan hasil dan keuntungan. Sebelum menyertai Taconic, Cik Sandy telah mengetuai peranan pemasaran di beberapa syarikat sains hayat dan peranti perubatan, termasuk Perkin Elmer, Magellan Biosciences, dan Cardiac Science. Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada University of Wisconsin di Madison. 

“Kepimpinan Nancy yang teguh, komitmen untuk kecemerlangan dan rekod yang terbukti dengan Taconic menjadikan beliau sesuai untuk memegang peranan CEO. Selain itu, kami juga gembira kerana masih dapat memperoleh manfaat daripada kepakaran Bob dengan jawatan baharu beliau. Kami teruja dengan peralihan yang lancar ini dan berbangga dengan pasukan kepimpinan yang bakal berkhidmat untuk mengukuhkan syarikat pada hari ini dan masa hadapan,” komen Kathrin Phelan Midgley, pengerusi Lembaga Pengarah Taconic Biosciences. 

Cik Sandy menceritakan pengalamannya dengan Taconic, “Masa saya di Taconic selama tiga tahun sebelum ini dipenuhi tenaga, perubahan dan kemajuan yang sukar dipercayai. Syarikat ini telah berevolusi daripada Taconic Farms kepada syarikat sains hayat kelas dunia. Menggabungkan semangat kami untuk kecemerlangan dengan pengalaman lebih 65 tahun dalam membekalkan penyelesaian model terbaik membolehkan kami membantu pelanggan menyelesaikan masalah kajian yang rumit dan membantu mereka mempercepatkan kemajuan dalam kesihatan manusia. Saya berbesar hati memperoleh peluang untuk mengetuai Taconic bagi babak baharu yang mengujakan ini.”

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyelesaian model kajian Taconic, sila hubungi Taconic Biosciences di 1-888-TACONIC (888-822-6642) di AS, +45 70 23 04 05 di Eropah, atau e-mel info@taconic.com.

Perihal Taconic Biosciences, Inc.
Taconic Biosciences ialah peneraju global dalam model dan perkhidmatan model kejuruteraan genetik berlesen sepenuhnya. Diasaskan pada tahun 1952, Taconic menyediakan penyelesaian terbaik supaya pelanggan boleh memperoleh, menjana secara tersuai, membiak, memprakondisi, menguji dan mengedar model kajian bernilai di seluruh dunia. Pakar dalam model kejuruteraan genetik, serta rekaan model dan perkhidmatan pembiakan bersepadu, Taconic mengendalikan tiga makmal perkhidmatan dan tiga kemudahan pembiakan di A.S. dan Eropah, mengekalkan hubungan pengedar di Asia dan memiliki keupayaan penghantaran global untuk membekalkan model haiwan kepada hampir seluruh dunia.

Hubungan Media:
Kelly Owen Grover
Pengarah Komunikasi Pemasaran
(518) 697-3824
kelly.grover@taconic.com