Banle Energy International Limited Berjaya Melengkapkan Permulaan Perkhidmatan Pelaksanaan Bunker di Mauritius, Afrika


HONG KONG, May 22, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pada 13 Mei 2024, Banle Energy International Limited, sebuah syarikat subsidiari Kumpulan Banle (NASDAQ: BANL) di Hong Kong, syarikat logistik bahan api marin bereputasi tinggi di wilayah Asia Pasifik, mengumumkan pengembangannya di Mauritius, menandakan penglibatan pertama syarikat tersebut di benua Afrika. Langkah strategik ini mengisyaratkan peluasan kehadiran BANL di benua baharu dan memenuhi komitmennya untuk meningkatkan penglibatan Syarikat di wilayah serta melajukan trajektori pertumbuhannya.

Pelabuhan Port Louis, yang mana diaturkan perkhidmatan pelaksanaan bunker tersebut, digunakan sebagai laluan penting bagi perdagangan dan perniagaan di Mauritius. Pelabuhan ini memainkan peranan besar dalam menguruskan kebanyakan aktiviti import dan eksport negara yang membantu kedua-dua perhubungan perdagangan domestik dan antarabangsa dengan pelbagai destinasi di seluruh dunia, justeru membolehkan BANL mencapai khalayak yang lebih meluas dan memacu penglibatan pasaran dengan berkesan.

Tek Lim Chia, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif kami, menzahirkan rasa syukurnya ke atas penceburan baharu ini, menyatakan: “Kami teruja untuk menyediakan perkhidmatan pelaksanaan bunker pertama kami di Mauritius. Peristiwa penting ini mengukuhkan dedikasi kami dalam memberikan nilai kepada pihak berkepentingan kami, termasuk pelanggan, rakan kongsi dan pemegang saham. Kami berterima kasih kepada BYD untuk sokongan tanpa belah bahagi dan kepercayaan terhadap perkhidmatan pelaksanaan bunker kami, serta kami berharap untuk meneroka peluang dalam pasaran Afrika pada masa hadapan.”

Pengembangan ke Mauritius ialah langkah strategik yang akan membolehkan Banle mencapai khalayak yang lebih meluas dan memacu penceburan pasaran secara berkesan, seterusnya mengukuhkan posisi Kumpulan sebagai penyedia logistik bahan api marin yang terkemuka di wilayah Asia Pasifik.

Mengenai Kumpulan Banle

Ditubuhkan pada tahun 2015, CBL International Limited (Nasdaq: BANL) ialah syarikat pemegangan Banle Group, sebuah syarikat logistik bahan api marin yang bereputasi tinggi di wilayah Asia Pasifik. Kami komited untuk menyediakan penyelesaian sehenti kepada pelanggan untuk mengisi semula minyak kapal. Aktiviti perniagaan Kumpulan Banle secara utamanya fokus kepada lebih daripada 55 pelabuhan besar merangkumi Belgium, China, Hong Kong, Jepun, Korea, Malaysia, Mauritius, Singapura, Taiwan, Thailand, Turki dan Vietnam. Kumpulan tersebut secara aktif mempromosikan penggunaan bahan api alternatif dan dianugerahkan dengan pensijilan ISCC EU dan ISCC Plus.

Pernyataan Prospektif

Sesetengah pernyataan dalam pengumuman ini bukanlah fakta sejarah tetapi pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif biasanya disertai perkataan seperti “percaya,” “mungkin,” “boleh,” “akan,” “anggarkan,” “teruskan,” “jangkakan,” “bertujuan,” “jangka,” “merancang,” “patut,” “akan,” “rancangan,” “masa hadapan,” “harapan,” “potensi,” “unjur” dan ungkapan serupa yang meramal atau menunjukkan peristiwa atau trend masa hadapan atau yang bukan pernyataan atau hal ehwal sejarah, tetapi ketiadaan perkataan-perkataan ini bukanlah bermakna sesuatu pernyataan bukan pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif termasuk, tetapi tidak terhad kepada pernyataan tentang anggaran dan ramalan metrik prestasi dan unjuran peluang pasaran. Pernyataan ini melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui serta berdasarkan pelbagai andaian, sama ada dikenal pasti atau tidak dalam siaran akhbar ini dan dalam jangkaan pengurusan BANL serta bukanlah ramalan prestasi sebenar. Pernyataan prospektif ini diberikan untuk tujuan gambaran sahaja dan bukanlah bertujuan untuk dijadikan sebagai dan tidak boleh dibuat bergantung harap oleh sebarang pelabur sebagai jaminan, ramalan atau pernyataan muktamad untuk fakta atau kemungkinan. Peristiwa dan keadaan sebenar adalah sukar dan mustahil untuk dijangka dan akan berbeza daripada andaian. Banyak peristiwa dan keadaan di luar kawalan BANL. Beberapa faktor penting yang mungkin menyebabkan hasil sebenar jauh berbeza daripada dalam pernyataan prospektif boleh termasuk perubahan dalam perniagaan domestik dan asing, keadaan pasaran, kewangan, politik dan undang-undang. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau mengubah sebarang pernyataan prospektif secara awam bagi mencerminkan peristiwa atau keadaan yang berlaku kemudian, atau perubahan jangkaannya, kecuali yang mungkin diperlukan oleh undang-undang. Walaupun Syarikat percaya bahawa jangkaan yang dinyatakan dalam pernyataan prospektif ini adalah munasabah, ia tidak dapat memberi jaminan kepada anda bahawa jangkaan tersebut akan betul dan Syarikat memberi amaran kepada pelabur bahawa hasil sebenar mungkin jauh berbeza daripada hasil yang dijangkakan dan menggalakkan pelabur untuk menyemak faktor lain yang boleh menjejaskan keputusan masa depannya dalam penyataan pendaftaran Syarikat dan pemfailan lain dengan SEC.

CBL INTERNATIONAL LIMITED
(Diperbadankan di Kepulauan Cayman dengan liabiliti terhad)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
CBL International Limited
E-mel: investors@banle-intl.com