Ujian Malaria Terbaharu, illumigene® Malaria, Menetapkan Standard Emas Baru bagi Diagnosis

Meridian Bioscience Berkolaborasi Dengan Centers for Disease Control and Prevention dan Cheikh Anta Diop University of Dakar bagi Melancarkan Ujian Diagnostik yang Lebih Sensitif Sehingga 80,000 Kali Daripada Pilihan Semasa


CINCINNATI, Jan. 27, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menerima CE Mark bagi illumigene® Malaria, satu ujian baru dan bertepatan tinggi yang dibangunkan oleh Meridian dengan bantuan teknikal daripada Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan Cheikh Anta Diop University of Dakar, Senegal. Ujian ini adalah sehingga 80,000 kali lebih sensitif dalam keupayaannya mengesan parasit malaria berbanding dengan ujian konvensional, serta berpotensi  merevolusikan diagnosis malaria dan menetapkan standard emas yang terbaru. Dengan menggunakan teknologi LAMP molekul yang berinovatif, hasil illumigene boleh disediakan dalam tempoh kurang dari sejam dan ujian itu adalah mudah digunakan kerana ia tidak bergantung kepada pakar teknikal bertahap tinggi. Ini adalah langkah ke hadapan yang besar bagi mereka yang dijangkiti malaria kerana diagnosis yang lebih pantas dan lebih tepat boleh membawa kepada rawatan segera dan hasil yang lebih baik.  illumigene Malaria akan diedarkan di rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika oleh Meridian Bioscience Europe dan pasaran antarabangsa yang lain oleh jaringan pengedaran global Syarikat.

Walaupun terdapat pengurangan sebanyak 60% kematian yang disebabkan malaria sejak tahun 2000, hasil daripada pencegahan yang lebih baik dan langkah-langkah kawalan yang dipertingkatkan, malaria masih lagi menjadi salah satu daripada tiga pembunuh utama bagi kanak-kanak seluruh dunia yang meragut satu nyawa setiap minit pada setiap hari.  Malaria bukan lagi satu penyakit yang hanya terdapat di sub Sahara Afrika dan Asia Selatan sahaja. Peningkatan bilangan orang yang berhijrah dari negara di mana malaria adalah endemik telah menyebabkan insiden yang tinggi berlaku di Eropah dan Timur Tengah.  Kadar kes malaria yang dijangkiti telah meningkat beberapa tahun kebelakangan ini daripada 14% hingga 86% dalam kajian baru-baru ini.  Dalam laporan yang dikumpul, hampir 43% kes malaria didaftarkan di pusat-pusat Eropah yang terutama terjadi kepada bukan warga negara. Kadar malaria adalah lebih tinggi dalam kalangan imigran menetap yang melancong bagi melawat rakan dan saudara (VFR) di negara asal mereka.  Mereka boleh membentuk sehingga 70%  daripada kes-kes dalam beberapa laporan dan peningkatan ini telah menunjukkan keperluan bagi cara diagnostik yang lebih baik bagi negara bukan endemik dan endemik.

illumigene Malaria memiliki potensi untuk mengubah amalan pada masa kini.  Diagnosis yang lebih pantas dan lebih tepat adalah penting dalam menentang malaria.  Diagnosis yang lebih awal membolehkan rawatan yang tepat diberikan lantas membawa kepada hasil klinikal yang lebih baik bagi orang yang dijangkiti malaria dan membolehkan rawatan malaria diberikan kepada pesakit yang tepat.  Disebabkan oleh pembawa parasitemia submikroskopik di kalangan populasi, alat saringan yang mantap, sensitif dan yang boleh dikerah ke atas komuniti diperlukan bagi mengesan takungan malaria di rantau pra-eliminasi.  illumigene Malaria memberikan kapasiti ini,” kata Profesor DaoudaNDIAYE, Department of Parasitology-Mycology, Cheikh Anta Diop University of Dakar, Senegal.

Meridian Bioscience telah bekerja secara aktif dengan pakar-pakar terkemuka di CDC dan Cheikh Anta Diop University of Dakar semasa pembangunan illumigene Malaria dan berkolaborasi dengan organisasi ini bagi mereka ujian-ujian klinikal.  Data yang diambil daripada lebih 200 pesakit dari Senegal mengesahkan prestasi illumigene Malaria. Ujian tersebut menunjukkan 100% sensitiviti, tetapi yang lebih penting lagi, ia juga mengesan pesakit yang berjangkit yang terlepas melalui cara konvensional semasa mengenalpasti Malaria.

“Penjagaan pesakit adalah pusat kepada kerja Meridian dan kami mempertimbangkan keperluan bagi mereka yang terlibat dalam mendiagnosis semasa membangunkan produk kami. Malaria kekal sebagai satu daripada penyakit paling merbahaya di dunia bagi negara endemik dan bukan endemik yang sedang meningkat. illumigene Malaria memberikan tahap sensitif yang tinggi digabungkan dengan masa pemulihan yang cepat dan prosedur yang mudah, satu gabungan ciri yang telah lama berkurangan dalam bidang penyakit ini. Malaria adalah cerakin ke sepuluh yang telah berada di platform illumigene kami yang telah digunakan di hampir 1,500 institusi seluruh dunia.   Kami juga berbangga kerana mampu menyertai perjuangan menentang Malaria dengan teknologi molekular illumigene kebanggaan kami.” kata Mike Shaughnessy, Naib Presiden Eksekutif dan Presiden Meridian Global Diagnostics.

Nota kepada Editor:

Tentang Profesor DaoudaNdiaye, PharmD, MsC, PhD

  • Profesor Ndiaye adalah Profesor Parasitologi dan Mikologi dan Pengarah Senegal African Centre for Excellence on Genomic and Infectious Diseases, bertapak di University Cheikh Anta Diop, Senegal
  • Profesor Ndiaye menerima PhD daripada Harvard University dan buat masa ini adalah saintis pelawat di Harvard TH Chan School of Public Health, Department of Immunology and Infectious Diseases
  • Profesor DaoudaNdiaye bersedia untuk ditemu ramah atas permintaan.

Tentang Teknologi illumigene® Malaria & LAMP

  • illumigene Malaria adalah ujian diagnostik untuk malaria yang dibangunkan oleh Meridian Bioscience. Ia adalah ujian molekular yang menggunakan teknologi Loop-Mediated Isothermal Amplification (LAMP) bagi membesarkan DNA dan mengesan kehadiran parasit Malaria
  • Teknologi LAMP adalah isotermal dan oleh itu boleh digunakan pada suhu bilik tanpa keperluan untuk memanaskan bahan uji atau bahan yang sedang diuji, tidak seperti ujian diagnostik pantas yang kini di gunakan dalam mengesan Malaria menggunakan teknologi reaksi rantaian polimerase (PCR). illumigene Malaria tidak memerlukan penyejukan.
  • Teknologi Illumigene adalah mudah, tepat dan senang untuk digunakan yang bermaksud kemahiran pakar teknikal tidak diperlukan bagi menggunakan ujian tersebut.  Hasil dapat disediakan kurang dari sejam.
  • Ujian illumigene berasaskan LAMP telah digunakan bagi mendiagnos penyakit berjangkit termasuk C. difficile, batuk kokol dan Virus Herpes Simplex di mana ia terbukti sangat tepat. 
  • Ujian Illumigene telah diluluskan dan digunakan di dalam penyakit lain lebih daripada 5 tahun.

Tentang Meridian Bioscience, Inc

Meridian adalah syarikat sains hayat bersepadu sepenuhnya yang membangunkan, mengeluarkan, memasarkan dan mengedarkan rangkaian luas kit ujian diagnostik berinovasi, bahan uji yang ditulinkan dan produk berkaitan serta menawarkan teknologi yang membolehkan biofarmaseutikal. Dengan menggunakan pelbagai cara, produk dan ujian diagnostik ini memberikan ketepatan, kemudahan dan kepantasan dalam diagnosis dan rawatan awal terhadap keadaan perubatan yang biasa seperti gastrousus, jangkitan virus dan paru-paru.  Produk diagnostik Meridian digunakan di luar tubuh manusia dan memerlukan sedikit atau tiada langsung peralatan khusus.  Produk Syarikat direka untuk meningkatkan kesejahteraan pesakit disamping mengurangkan kos keseluruhan hasil penjagaan kesihatan.  Meridian memiliki kedudukan pasaran yang kukuh dalam bidang gastrousus dan jangkitan paru-paru bahagian atas, serologi, parasitologi dan diagnosis penyakit kulat. Tambahan lagi, Meridian adalah pembekal bagi bahan uji nadir, biologikal khusus dan teknologi berkaitan digunakan oleh syarikat biofarmaseutikal yang terlibat di dalam kajian bagi ubat-ubatan dan vaksin terbaru. Syarikat memasarkan produk dan teknologi ke hospital, makmal rujukan, pusat kajian, pengeluar diagnostik dan syarikat biotek di lebih daripada 70 negara seluruh dunia.  Saham Syarikat diniagakan di Global Select Market di NASDAQ, simbol VIVO. Alamat laman web Meridian adalah www.meridianbioscience.com.

Bagi liputan berita tentang maklumat produk mengenai illumigene® Malaria termasuklah permintaan temu ramah dan imej (terdapat gambar klinik Profesor Ndiaye di Senegal) sila hubungi:

Hubungi 513.271.3700
John A. Kraeutler, Ketua Pegawai Eksekutif