Anugerah Innovasi Berprestij Ujian Malaria Meridian

illumigene® Malaria Terima Anugerah Tempat Pertama di Journées Internationales de Biologie /Association des Colloques Nationaux des Biologistes Persidangan di Paris


CINCINNATI, Aug. 31, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ: VIVO) telah dianugerahkan tempat Pertama bagi innovasi dalam rawatan kecemasan dan ujian titik penjagaan bagi ujian Malaria illumigene® di Persidangan JIB/ACNBH 2016 pada musim panas ini. Innovasi daripada syarikat seluruh dunia menyumbang kepada perkembangan industri Biologi Perubatan telah menarik perhatian umum pada persidangan tahun ini yang diadakan di Paris, Perancis dan telah dinilai oleh pakar seluruh dunia dalam bidang biologi perubatan.

Ujian Malaria illumigene adalah satu langkah besar ke hadapan dalam menyediakan diagnosis yang lebih pantas dan lebih tepat yang boleh membawa kepada rawatan yang cepat dan keputusan pesakit yang lebih baik kerana malaria kekal menjadi salah satu daripada 3 pembunuh utama kanak-kanak secara global, mengambil satu nyawa bagi setiap minit setiap hari. Ujian dijalankan sehingga 400 kali lebih sensitif dalam mengesan parasit malaria berbanding ujian konvensional, berpotensi merevolusikan diagnosis malaria dan mewujudkan standard emas terbaru bagi negara maju dan yang sedang membangun. Dengan menggunakan teknologi LAMP molekul, Malaria illumigene menyediakan keputusan kurang dari satu jam dan tidak memerlukan penyejukan atau pemanasan bahan ataupun pakar teknikal yang tinggi.

Profesor Daouda Ndiaye, ketua makmal parasitologi dan mikologi di Cheikh Anta Diop University di Senegal, yang membentangkan ujian pada majlis tersebut, memberi komen; “Ini bukanlah semata-mata kejayaan cemerlang saintifik. Diagnosis yang lebih pantas dan lebih tepat adalah penting dalam memerangi malaria. Oleh sebab pembawa parasitemia submikroskopik di kalangan penduduk, alat saringan yang mantap, sensitif dan yang boleh dihantar kepada komuniti, adalah diperlukan bagi mengesan pusat takungan malaria dalam rantau pra-eliminasi. Ujian klinikal I yang dijalankan di Senegal bagi pengesahan ujian menunjukkan bahawa Malaria illumigene mempunyai kapasiti ini.”

Strategi perkembangan produk Meridian dipacu oleh tiga konsep -- pantas, ringkas dan tepat - yang memberi kuasa kepada penyedia penjagaan kesihatan seluruh dunia untuk memperbaiki penjagaan pesakit. Slava Elagin, Naib Presiden Eksekutif Penyelidikan & Pembangunan bagi Meridian Bioscience, berkata, Kami gembira apabila Malaria illumigene telah diiktiraf sebagai satu kejayaan cemerlang dalam rawatan kecemasan dan ujian titik penjagaan dan kami menantikan lebih banyak ujian illumigene memberikan impak positif seluruh dunia. Kami menilai satu rangkaian idea produk yang luas bagi mengakses mana satukah yang memiliki potensi terbesar untuk menjadi kejayaan cemerlang dalam diagnosis selepas ini."

Ujian Malaria illumigene menerima Tanda CE dalam bulan Januari tahun ini dan ia boleh didapati di rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika oleh Meridian Bioscience Europe dan sebagai tambahan pasaran antarabangsa oleh jaringan pengedaran global Syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang anugerah Biologi Perubatan JIB/ACNBH, sila lawati http://www.jib-sdbio.fr/.

Meridian adalah syarikat sains hayat berintegrasi sepenuhnya yang membangun, mengeluar, memasar dan mengedar rangkaian luas kit ujian diagnostik innovatif, reagen ditulenkan dan produk berkaitan dan menawarkan teknologi mendayakan biofarmaseutikal. Dengan menggunakan pelbagai jenis cara, produk dan ujian diagnostik ini, dapat mendiagnosis dan merawat keadaan perubatan biasa dengan tepat, ringkas dan pantas seperti, gastrousus, jangkitan virus dan pernafasan dan tahap plumbum darah. Produk diagnosis Meridian digunakan di luar tubuh manusia dan memerlukan sedikit atau tiada peralatan khas. Produk Syarikat direka bagi meningkatkan kesejahteraan pesakit di samping mengurangkan jumlah kos penjagaan kesihatan. Meridian mempunyai kedudukan pasaran yang kukuh dalam bidang gastrousus dan jangkitan pernafasan bahagian atas; serologi, parasitologi dan diagnosis jangkitan fungus dan ujian tahap plumbum darah. Di samping itu, Meridian adalah pembekal reagen yang jarang, teknologi biologi khusus dan berkaitan yang digunakan oleh syarikat biofarmaseutikal yang menjalankan kajian bagi ubat-ubatan dan vaksin baru. Syarikat memasarkan produk dan teknologinya kepada hospital, makmal rujukan, pusat kajian, pengeluar diagnostik dan syarikat biotek di lebih daripada 70 buah negara seluruh dunia. Saham Syarikat diniagakan di NASDAQ Global Select Market, simbol VIVO. Laman web Meridian ialah www.meridianbioscience.com.

Untuk maklumat Tambahan:
Untuk maklumat lanjut tentang Meridian Bioscience Europe, sila lawati http://www.meridianbioscience.eu/


            

Contact Data