“Merck More than a Mother” tangani cabaran dan penyelesaian kemandulan di Afrika dengan kerjasama IFFS


NEW DELHI, India, Nov. 05, 2016 (GLOBE NEWSWIRE) -- Merck (http://www.MerckGroup.com), sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, menerusi program "Merck More than a Mother" (www.MerckMoreThanaMother.com) dengan kerjasama Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Kesuburan (IFFS) telah menubuhkan sebuah panel bagi menangani cabaran dan penyelesaian masalah kemandulan di Afrika semasa Kongres Sedunia IFFS yang berlangsung di New Delhi, India. Para menteri, ahli parlimen dan pakar kesuburan global menekankan kekurangan akses kepada penjagaan kesuburan yang terkawal dan kesedaran mengenai pengurusan kemandulan serta stigma wanita mandul sebagai cabaran utama.

Panel tersebut menyokong penambahbaikan akses kepada penjagaan kesuburan yang terkawal dengan membangunkan undang-undang ART; memperkasa wanita mandul melalui pendidikan dan maklumat; melatih pakar embrio dan menghapuskan stigma kemandulan bagi mewujudkan anjakan budaya dan perubahan pemikiran.

“Merck More than a Mother bertujuan untuk memperkasa wanita mandul di Afrika dengan cara meningkatkan akses kepada pendidikan, maklumat dan perubahan pemikiran dan sekiranya mereka tidak boleh dirawat, memperkasa mereka dari segi ekonomi dan sosial melalui Projek “Empowering Berna” supaya mereka boleh berdikari dan membina semula hidup mereka,” ujar Rasha Kelej, Ketua Pegawai Sosial, Merck Healthcare.

“Di Uganda,  terdapat antara 15-20% pasangan tidak boleh hamil. Klinik kesuburan di negara tersebut masih kurang bilangannya dan caj yang dikenakan agak tinggi. Kami berganding bahu dengan Merck dalam mewujudkan kesedaran mengenai pencegahan kemandulan dan meningkatkan akses menggabungkan penjagaan kesuburan ke dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan reproduktif awam yang sedia ada,” tegas Sarah Opendi, Menteri Kesihatan, Uganda.

“IFFS mempunyai peranan penting bagi menyokong inisiatif ini. Pendidikan adalah penting dan kami akan menyokong latihan yang berkenaan di Afrika untuk membangunkan keupayaan bagi rawatan kemandulan,” ujar Richard Kennedy, Presiden, IFFS.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari www.MerckMoreThanaMother.com

Di pertemuan tersebut, Merck telah menunjukkan beberapa video orang wanita Afrika yang mandul yang berkongsi kisah penderitaan mereka disebabkan kegagalan menimang cahaya mata dan perubahan yang dialami selepas berjumpa dengan pasukan "Merck More than a Mother" yang telah membantu memperkasa mereka dari segi sosial dan ekonomi.

Tonton kisah Grace Kambini: https://www.youtube.com/watch?v=TkVVbGzUJJo 

Tonton kisah Jackline Mwende: https://www.youtube.com/watch?v=niMNO-jz0yA 

Tonton video ini untuk ringkasan perbincangan panel peringkat tinggi mengenai cabaran dan penyelesaian masalah kemandulan di Afrika: https://www.youtube.com/watch?v=bWG2UZcV2uU 

Tonton video ini untuk versi panjang perbincangan panel peringkat tinggi mengenai cabaran dan penyelesaian masalah kemandulan di Afrika: https://www.youtube.com/watch?v=Pt4ZT3mupZs 

Diedarkan oleh APO bagi pihak Merck.

 


            

Contact Data