Paxata Digelar Peneraju dalam Laporan Alat Penyediaan Data oleh Firma Penyelidikan Bebas


Laporan menyatakan, “Rujukan pelanggan memberinya skor tertinggi pada semua aspek kebolehgunaan dan ciri masa kepada nilai.”

REDWOOD CITY, Calif., March 14, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Paxata, iaitu perintis dalam penyediaan data layan diri, hari ini mengumumkan bahawa Forrester Research, Inc., iaitu sebuah syarikat teknologi bebas dan kajian pasaran yang terkemuka, telah menamakan Paxata sebagai peneraju dalam The Forrester Wave™: Alat Penyediaan Data, Q1 2017. Paxata berkedudukan tertinggi dalam Kategori Tawaran Semasa.

Dalam Kategori Tawaran Semasa, Paxata mendapat skor yang paling tinggi dalam 14 daripada 15 kriteria, yang termasuk kriteria Pengalaman Pelanggan, Penerokaan dan Percampuran, Pempiawaian dan Pengkayaan, Penghantaran, Perkongsian dan Penggunaan. Tambahan lagi, berdasarkan rujukan pelanggan, Paxara mendapat skor yang paling tinggi dalam kebolehgunaan untuk penganalisi perniagaan, keberkesanan dan masa kepada nilai, dan subkriteria hubungan vendor. Laporan juga menyatakan, “Paxata bertumpu pada aspek kebolehgunaan dan masa kepada cerapan yang pantas untuk penganalisis perniagaan. Paxata dikuasakan oleh set teknologi disatukan yang direka untuk menyokong dan mengimbangi penyepaduan, kualiti, pentadbiran, kerjasama dan pengkayaan data.”

Laporan penuh, termasuk grafik Forrester Wave, boleh didapati di:
Muat turun - Wave Forrester tentang Alat Penyediaan Data, Q1 2017

Laporan mendapati bahawa “untuk kekal berdaya saing, firma perlu mempercepatkan pemacuan data kepada cerapan dalam semua bidang perniagaan. Namun, perkara itu melibatkan overhed dan ketidakberkesanan daripada garis masa pengurusan data tradisional dan, paling pentingnya, pemacuan daripada cerapan kepada tindakan yang mempunyai impak perniagaan.” Tambahan pula, Forrester menyatakan bahawa “Untuk memecutkan masa kepada cerapan dan masa kepada tindakan, pengguna akhir dan penganalisis perniagaan yang hari ini bergelut dengan data dalam hamparan atau alat traditional lain memerlukan capaian terus kepada data dan bantuan berkeupayaan tinggi yang ketara. Alat penyediaan data boleh memberikan keupayaan ini, tetapi ia perlu mengimbangi ciri dan fungsi untuk menyokong peranan dan kes penggunaan yang berbeza serta membolehkan kebolehurusan, keselamatan dan pentadbiran yang sewajarnya dalam perusahaan zaman ini — di samping menyampaikan kelajuan kepada nilai pada masa yang sama.”

Dengan pengiktirafan Paxata sebagai peneraju dalam pasaran Alat Penyediaan Data, Forrester berkata, “[Paxata] menggabungkan pengalaman pengguna yang bersifat intuitif untuk penganalisis perniagaan, bersama dengan pembelajaran mesin berserta analisis teks dan semantik supaya penganalisis boleh mengaitkan data dengan pantas dan mendapat cerapan dengan lebih cepat.” Khususnya, Forrester mendapati bahawa kelebihan Paxata termasuk, ciri ClicktoPrep™ Paxata, yang membolehkan penyepaduan konteks dwiarah dengan alat BI, penggunaan Spark untuk penyediaan data skala besar serta seni bina berbilang penyewa bagi awan yang dibina berkhususkan tujuan.

“Sebagai syarikat yang melancarkan kategori Penyediaan Data Layan Diri pada tahun 2013, kami amat teruja dan berbesar hati apabila mendapat tahu bahawa Paxata ialah vendor dinilai tertinggi dalam kategori tawaran semasa antara semua vendor dalam Wave Forrester buat pertama kali bagi Alat Penyediaan Data,” kata Prakash Nanduri, Pengasas Bersama dan CEO Paxata. “Kami terutamanya bangga bahawa rujukan pelanggan kami memberikan skor paling tinggi dalam aspek Pengalaman Pelanggan. Ini merupakan bukti dan sokongan nilai perniagaan visi kami yang ketara dalam penyampaian platform layan diri yang bersifat gred perusahaan dan komprehensif serta memperkasakan semua pengguna perniagaan untuk menukar data mentah kepada maklumat, dengan segera. Saya amat bersyukur kepada pasukan Paxata, pelanggan kami yang menakjubkan dan rakan kongsi kami kerana berpegang teguh pada visi ini dan menjayakannya!"

Mengenai Paxata
Di Paxata, kami menukar data mentah kepada maklumat yang boleh dipercayai dengan kelajuan selaju-laju fikiran. Kami menyediakan Platform Maklumat Mudah Suai untuk membolehkan peneraju dan penganalisis perniagaan dengan sistem penyediaan data gred perusahaan dan layan diri bagi keperluan analisis, operasi dan kawal selia. Penganalisis perniagaan bekerja dalam lingkungan aplikasi yang intuitif dan visual untuk mencapai, menerokai, membentuk, menggabungkan dan menerbitkan data dengan klik dan bukannya kod, dengan pentadbiran dan keselamatan yang lengkap. Bahagian IT dapat menyokong skala volum dan kepelbagaian data, sumber data perusahaan dan awan, dan senario perniagaan bagi keperluan perkhidmatan data yang segera dan boleh berulang. Dibina pada Apache SparkTM dan dioptimumkan operasinya dalam ApacheTM Hadoop®, Paxata menggunakan kecerdasan buatan automatik, seni bina awan yang elastik dan pengkomputeran teragih untuk memberikan pengalaman pengguna perniagaan imersif yang mengautomasikan aliran kerja data kepada cerapan. Platform ini boleh digunakan pada premis dan dalam persekitaran awam, peribadi atau awan hibrid.

Paxata beribu pejabat di Redwood City, California dengan pejabat di New York, Ohio, Washington D.C., dan Singapura. Lawati www.paxata.com atau berhubung dengan kami di Twitter, LinkedIn, Facebook, atau YouTube


            

Contact Data