Yayasan Dangote, GBCHealth, bekerjasama membina Gabungan untuk Kesihatan


NEW YORK, Sept. 21, 2017 (GLOBE NEWSWIRE) -- Yayasan Dangote (www.Dangote.com) dan GBCHealth telah melakukan usahasama bagi membentuk sebuah model perkongsian baru iaitu Gabungan Perniagaan untuk Kesihatan Warga Afrika (GBCHealth) di Afrika.

Pengerusi Yayasan Dangote, Aliko Dangote, berkongsi rancangan untuk membina Gabungan Perniagaan untuk Kesihatan Warga Afrika (ABCHealth), semasa Forum Perniagaan Global Bloomberg, yang diacarakan bersama olehnya, yang berlangsung serentak dengan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu ini di New York.

Menurutnya, perkongsian daripada syarikat dan dermawan pimpinan Afrika ini, bermatlamat untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan warga Afrika, sama ada di pejabat mahupun di kalangan komuniti yang meluas. Beliau menyatakan bahawa usahasama ini akan membangunkan dan menjalankan program kesihatan yang berkesan di seluruh Afrika, menambahkan ilmu pengetahuan, membina asas yang kukuh untuk pelaburan masa hadapan dan menguatkan kerjasama di antara dermawan, peneraju perniagaan, syarikat serta rangkaian perniagaan tempatan di Afrika.

Gabungan ini dibina berlandaskan kepimpinan, reputasi dan kuasa tarikan Yayasan Aliko Dangote serta pengalaman, reputasi dan capaian global GBCHealth. Isu utama yang akan menjadi fokus perkongsian ini merangkumi perihal pemakanan sehingga malaria, dengan keutamaan telah dikenal pasti dan dipersetujui oleh pemimpin tempatan.

Melalui Yayasan beliau, Dangote telah meluluskan derma sebanyak US$ 1.5 juta, sesuatu yang belum pernah berlaku, dalam tempoh masa tiga tahun sebagai langkah awal dan memberitahu komuniti perniagaan Afrika tentang kepentingan untuk bekerjasama dan melabur dalam sektor kesihatan.

“Inilah masa yang sesuai bagi sektor swasta untuk secara proaktif menunjukkan nilai mereka dalam berkerjasama bagi membentuk era baru pembangunan,” ujar Dangote. “Gabungan ini boleh membekalkan panduan yang amat diperlukan dalam memastikan aktiviti dan pelaburan memacu kesan di kawasan di mana sektor swasta boleh memberikan impak sebenar, dengan memfokus pada penyelesaian yang bersepadu dan holistik yang merentasi sempadan. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan peneraju perniagaan lain sebagai rakan kongsi dalam pembangunan untuk memacu impak ini.”

Pengerusi Bersama Lembaga Pengarah GBCHealth, Aigboje Aig-Imoukhuede berkata, “Gabungan ini menyatukan dua kuasa besar dalam arena kesihatan dan pembangunan.”

“Bersama, kami dapat mencipta peluang untuk menunjukkan kesan pelaburan dalam kesihatan dan mencipta populasi yang lebih sihat mampu membantu perniagaan memaksimumkan nilai pemegang saham, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan menambah kemungkinan penembusan ke dalam pasaran baru”

Gabungan ini akan mempunyai lima objektif utama dalam tiga tahun pertamanya:

  • Memulakan kerjasama untuk program kesihatan utama bagi meningkatkan dan merangsang keputusan;
  • Bekerja terus dengan syarikat untuk mengoptimumkan program kesihatan tempat kerja dan komuniti;
  • Menyokong polisi dan inisiatif yang memacu perubahan pada tahap sistem;
  • Mencipta hab data dan maklumat, khusus untuk Afrika dan perniagaan di Afrika;
  • Membantu acara kepimpinan untuk melaksanakan dan memacu tindakan berkenaan isu kesihatan umum merentasi berbilang sektor.

Program akan bermula di Nigeria dan berkembang ke wilayah perniagaan di Afrika dan luar daripadanya dalam tempoh tiga tahun seterusnya.

Benua Afrika pada masa ini mempunyai 400 syarikat dengan keuntungan melebihi $1 bilion setiap tahun dan syarikat ini berkembang dengan lebih cepat, serta lebih menjana keuntungan secara umum berbanding rakan global mereka. Digandingkan dengan pemimpin wilayah yang sedang berkembang pesat ini, perniagaan kecil dan berkembang mencipta 80% pekerjaan di benua ini bersedia untuk melebaskan sayap.

Dengan latar belakang ini, menurut Dangote, terdapat kader baru bagi peneraju perniagaan dan dermawan yang bertanggungjawab yang memahami nilai dan potensi pelaburan berskala besar yang mampan di negara Afrika dan dijangkakan boleh memberikan impak yang lebih besar untuk penduduk dan ekonomi benua Afrika.

Pelaburan dalam latihan, penjagaan kesihatan dan kebertanggungjawapan rantai bekalan yang lebih baik telah menunjukkan hasil kewangan terus melalui hasil dalam produktiviti dan keberkesanan, sementara sokongan untuk program sosial telah memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pendapatan yang mana membuka ruang asas pengguna yang lebih luas dan tambah memungkinkan penembusan dalam pasaran baru.

Dalam ulasan beliau, CEO Yayasan Dangote, Zouera Youssoufou berkata, “GBCHealth mempunyai reputasi kukuh dalam menyatukan pelbagai kumpulan untuk meningkatkan kesejahteraan kesihatan komuniti. Kami bersedia untuk bekerjasama bagi menyatukan komuniti perniagaan Afrika sebagai pemangkin untuk pembangunan yang sihat dan lebih menyeluruh.”

“Apa yang diperlukan sekarang adalah pendekatan yang menggabungkan nilai maklumat tempatan dan rangkaian yang dipercayai dengan peningkatan platform global dan kepakaran untuk menyokong penglibatan sektor swasta Afrika yang tersusun dan berkesan merentasi benua dan di dalam lingkungan komuniti pembangunan global,” ulas Aig-Imoukhuede.

“Gabungan dibina atas dasar pendekatan perniagaan tempatan ke global yang telah kami bangunkan di Nigeria melalui usaha kami dengan Perikatan Korporat tentang Malaria di Afrika (CAMA). Yayasan Aliko Dangote telah menunjukkan kepakaran dalam melaksanakan program kesihatan berasaskan hasil dalam Nigeria dan di serata benua Afrika. Kami berharap kerjasama kami membuahkan hasil daripada usaha ini ke peringkat global,” kata Nancy Wildfeir-Field, Presiden GBCHealth.

Rancangan terdekat termasuk melantik CEO daripada Afrika untuk ABCHealth dan membina sokongan asas untuk gabungan tersebut bekerja menuju pelancaran pada awal 2018.

Yayasan tersebut telah menyediakan ruang pejabat dan sokongan untuk staf gabungan bagi tiga tahun pertama pembangunan.

“Ianya sebuah projek besar dan bercita-cita tinggi,” kata Dangote, “tetapi hanya dengan cara ini, Afrika mampu untuk maju ke depan dalam mengambil langkah yang berani, berfikir dengan lebih meluas serta melakukan sesuatu bersama – menghapuskan silo, bekerja merentasi sempadan, sektor dan di antara satu sama lain.”

Diedarkan oleh APO bagi pihak Kumpulan Dangote.

Hubungan Media:
Francis Awowole-Browne
Francis.Awowole@Dangote.com
+234 806 630 4898