Dog Meat Free Indonesia: Kekejaman terhadap haiwan di pasar ‘ekstrim’ Indonesia apabila anjing dan kucing dipukul dan dibakar hidup-hidup.

Kerajaan telah digesa untuk mengambil tindakan segera bagi melindungi haiwan serta kesihatan orang awam.


LONDON, Jan. 25, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Kerajaan Indonesia digesa untuk menutup pasar haiwan hidup kejam di seluruh negara, tempat ribuan ekor anjing dan kucing yang dipukul secara terbuka, dibakar hidup-hidup dan disembelih untuk dimakan.

Aktivis daripada gabungan Dog Meat-Free Indonesia membuat rakaman di dua daripada 200 pasar haiwan hidup Indonesia yang paling kejam di Sulawesi Utara, “Pasar Ekstrim Tomohon” dan Pasar Langowan, untuk mendedahkan penderitaan mengerikan yang dihadapi oleh haiwan tersebut secara rutin. Anjing dan kucing hidup dilihat menggeletar di dalam sangkar sementara seekor demi seekor dipukul di kepala, meraung kesakitan.

Lola Webber, koordiantor kempen Dog Meat-Free Indonesia, berkata: “Ia seperti berjalan merentas neraka. Anjing berhimpit bersama di dalam sangkar, menggeletar ketakutan kerana melihat yang lain dibunuh di sekeliling mereka, menunggu giliran mereka. Ketakutan jelas terpancar di mata mereka, bunyi pukulan belantan ketika haiwan itu dipukul, jeritan kesakitan dan bau bulu dan daging yang dibakar, adalah sangat dahsyat dan tidak dapat dilupakan.”

Muat turun semua foto/video: https://www.dogmeatfreeindonesia.org/resources/extreme-markets 

Beribu ekor kucing dan anjing dibunuh di pasar di Sulawesi Utara setiap minggu, kebanyakannya adalah anjing atau haiwan peliharaan yang diculik. Sesetengah 80% adalah diimport dari wilayah lain, yang menyalahi undang-undang di bawah akta anti rabis Indonesia yang melarang pemindahan anjing merentas sempadan wilayah. Pemindahan sejumlah besar haiwan tanpa diketahui status penyakit ke kawasan dengan kepadatan penduduk tinggi bercanggah dengan cadangan penyingkiran rabis oleh pihak berkuasa terkemuka termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Indonesia sangat bergantung kepada pelancong dari serata dunia. Lebih daripada 10 juta pelancong saban tahun melawat Indonesia, kebanyakannya dari Singapura (1.6 juta), Malaysia (1.5 juta) Eropah (1.5 juta) China (1.3 juta) dan Australia (1 juta). Sebilangan besar juga datang daripada UK, Amerika Utara, India dan New Zealand. Gabungan DMFI bersiap sedia untuk menggesa larangan penuh terhadap perdagangan kejam ini.

Bobby Fernando daripada Animal Friends Jogja berkata: “Kebanyakan daripada penduduk Indonesia tidak memakan anjing dan kucing, jadi kekejaman melampau ini merosakkan reputasi global kami. Slogan lembaga pelancongan iaitu ‘Wonderful Indonesia’ adalah sangat tidak tepat apabila anda melihat ke dalam mata seekor anjing yang bermandi darah serta menggeletar ketakutan.”

Tulis kepada kerajaan Indonesia dan tandatangan petisyen kami di www.dogmeatfreeindonesia.org

Muat turun foto/video: https://www.dogmeatfreeindonesia.org/resources/extreme-markets  

Hubungan:

  • Lola Webber (Bali, Indonesia): Lolawebber@changeforanimals.org
  • Wendy Higgins (UK): whiggins@hsi.org


Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/961d23ee-b24a-414c-82cb-007207d4ba49

Kapsyen foto: Anjing di dalam sangkar menunggu nasib di pasar haiwan Indonesia