Efinix™ Keluaran Platform Boleh Atur Cara Trion™


SANTA CLARA, Calif., March 01, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Efinix™, inovator dalam platform dan teknologi produk boleh atur cara (FPGA, Field Programmable Gate Array) hari ini mengumumkan pengeluaran platform boleh atur cara Trion™. Platform Trion berasaskan teknologi boleh atur cara Quantum™ daripada Efinix, yang terdiri daripada logik, penghalaan, memori terbenam dan blok DSP. Lapan FPGA yang pertama dalam platform Trion telah dibina berdasarkan proses 40nm SMIC (Semiconductor Manufacturing International Corporation). Rangkaian product Trion™ terdiri daripada 4K hingga 150K elemen logik (LE) serta menyokong antara muka standard seperti GPIO, PLLs, pengayun, MIPI, DDR, LVDS, antara yang lain. Platform Trion™ disokong sepenuhnya oleh Persekitaran Reka Bentuk Bersepadu (IDE) Efinity™ daripada Efinix™.

“Produk awal Trion ini merupakan demotrasi pertama untuk platform Quantum FPGA,” Menurut kata Pengasas Efinix, CTO dan Sr. VP Kejuruteraan Tony Ngai. “FPGA kini sering dilabelkan sebagai kuasa dahaga, mahal dan sukar diatur cara. FPGA Trion ini bertujuan untuk memulihkan kelebihan asal FPGA, antaranya termasuk mudah untuk diguna, masa ke pasaran yang singkat untuk sistem pelanggan, kuasa rendah dan harga berpatutan untuk pengeluaran yang tinggi.”

“Saya teruja menyaksikan idea baharu dalam inovasi seni bina FPGA diimplikasikan dalam platform produk yang sebenar. Yang paling menakjubkan adalah Efinix menyempurnakan pengeluaran pertama syarikat dalam masa 10 bulan selepas memperolehi Kit Reka Bentuk Fizikal (PDK) daripada SMIC,” kata Rich Sevcik, bekas timbalan presiden eksekutif dan ahli lembaga pengarah Xilinx, salah satu daripada pelabur bagi Efinix™. “Perikatan dengan SMIC China, salah satu  syarikat faundri yang terunggul dalam penghasilan volum tinggi akan memberi manfaat kepada Efinix, terutamanya dalam pelancaran platform Trion di pasaran negara China yang mempunyai penggunaan produk FPGA yang tertinggi.”

FPGA Trion memberikan kelebihan 4X Kuasa-Prestasi-Saiz berbanding dengan FPGA lain kerana produk ini dibina dengan menggunakan kelebihan unik teknologi boleh atur cara Quantum. Produk Trion mempunyai kelebihan dalam pasaran FPGA seperti mudah alih, IoT, pengguna umum, industri dan perubatan.Produk  ini dijangka akan menyinar dalam pelbagai pasaran yang berkembang pesat, seperti pengkomputeran pinggir yang menggabungkan pengiraan kelajuan, analisis, inferens pembelajaran mendalam dan logik melalui peranti pinggir. Untuk maklumat lanjut tentang  platform Trion, layari www.efinixinc.com/trion.

“Kami bersyukur kerana mempunyai pelanggan prabayar yang menunggu produk FPGA Trion awal kami, merupakan  kali pertama dalam industri FPGA,” kata Sammy Cheung, pengasas , CEO dan presiden Efinix. “Disebabkan oleh kelebihan produk Trion, pelanggan-pelanggan berminat kami tidak sabar untuk menggunakannya FPGA Trion sebagai pilihan pengeluaran volum tinggi dalam sistem mereka. Tambahan lagi, FPGA Trion yang mempunyai  kuasa rendah dan tawaran pakej faktor bentuk kecil yang dapat menarik perhatian pelanggan untuk mencipta produk inovasi dan aplikasi baharu yang tidak boleh dicapai oleh FPGA tradisional.”

Perihal Efinix

Efinix ialah inovator dalam platform dan teknologi produk boleh atur cara. Teknologi boleh atur cara Quantum Efinix mempamerkan produk silikon boleh atur cara lanjutan dalam segmen ASIC, ASSP dan FPGA. Dengan kelebihan Kuasa-Prestasi-Saiz Quantum, produk Efinix boleh memenuhi keperluan produk bervolum tinggi, kuasa rendah dan faktor bentuk kecil untuk aplikasi dalam logik tersuai, pengiraan kelajuan dan pembelajaran mendalam. Aktiviti pembangunan bersama Efinix yang memfokus pada infrastruktur, pusat data dan proses silikon lanjutan mengukuhkan lagi kepimpinan syarikat tersebut dalam industri boleh atur cara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari lamanan berikut: http://www.efinixinc.com.

Hubungi kami:

Steve Stratz

Hubungan Awam Relevanz untuk Efinix

206.300.9134

steve@relevanzpr.com

FPGA Trion Efinix:

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f8e7c442-e8d1-4441-9883-72698a94d1fc

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/17e80ca9-edd0-4783-a537-b90d3ff55aa2


Attachments

01-WR2118299_EN1_Captionincluded_MAY edited.docx