YPO EDGE 2018 Memberikan Pertukaran Idea Global yang Inovatif dan Transformatif

Pemimpin perniagaan daripada lebih 130 negara fokus terhadap menentang kebiasaan


SINGAPURA, March 13, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- YPO, organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung global, menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 2,800 pemimpin perniagaan daripada lebih 130 negara di YPO EDGE 2018, acara utamanya di Singapura bulan ini. Pemimpin perniagaan YPO berhimpun dengan pemimpin berwibawa dan inovator terkemuka dunia untuk mengetengahkan isu-isu utama dalam perniagaan, politik, sains, kedermawanan dan kemanusiaan.

Ketua eksekutif daripada industri yang berbeza mempelajari pendekatan baharu yang unik untuk cabaran dan peluang dalam perniagaan serta lebih lagi daripada pemimpin-pemimpin dunia, dermawan dan legenda perniagaan, termasuk:

  • Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura
  • Orit Gadiesh, Pengerusi, Bain and Company
  • Victor Fung, Ph.D., Pengerusi, Fung Group; Pengerusi Kehormat, Li and Fung LTD
  • Rahul Gandhi, MP, Presiden Kongres Kebangsaan India
  • Datin Paduka Marina Mahathir, Penulis and Aktivis
  • Yoshi Hori, Presiden Universiti GLOBIS dan Rakan Pengurusan GLOBIS Capital Partners
  • Billie Jean King, Pengasas Billie Jean King Leadership Initiative dan bekas pemain tenis No.1 Dunia

“Sebagai salah sebuah bandar yang paling pesat membangun di Asia, Singapura bukan hanya dikenali sebagai destinasi kelas dunia namun turut dikagumi diseluruh dunia kerana pembangunan dan perkembangannya, menjadikan Singapura bandar tuan rumah yang ideal untuk YPO EDGE 2018, perhimpunan ketua eksekutif terbesar di dunia,” kata Scott Mordell, CEO YPO. “YPO EDGE menggalakan peserta untuk mengubah paradigma mereka untuk memberikan impak yang kuat dalam komuniti global dalam bentuk peluang ekonomi, perubahan persekitaran lestari dan kepimpinan berbelaskasihan.”

Penceramah lain, termasuk Michael Fertik, CEO Reputation.com; Mark McDonald, Pengasas Bersama Appster; Maura O'Neill, Ph.D., Pengarah Fakulti Pendidikan Eksekutif UC Berkeley dan Mantan Ketua Pegawai Inovasi USAID; serta Pattie Sellers, Pengasas Bersama SellersEaston Media dan Mantan Pembantu Editor Urusan bagi “Fortune,” menginsirasikan pemimpin YPO untuk mengambil risiko baharu semasa mereka berkongsi kecemerlangan mereka dalam pengurusan reputasi dan jenama, kepimpinan kemanusiaan, teknologi inovatif dan banyak lagi.

“2018 EDGE direka bentuk untuk mencabar pemimpin perniagaan daripada seluruh dunia untuk menentang kebiasaan, mencapai yang luar biasa dan memperkaya kepimpinan peribadi mereka,” kata N.K. Tong, Pengerusi YPO EDGE 2018. “Kini, 2,800 pemimpin perniagaan global akan kembali ke negara asal masing-masing sedia untuk membuat perubahan dan mengubah kehidupan.”

YPO EDGE 2018 menandakan kali kedua Singapura sebagai tuan rumah bagi perhimpunan kepimpinan YPO yang istimewa ini.

“YPO bab Singapura dan ahlinya berbesar hati untuk mengalu-alukan rakan kami daripada seluruh dunia untuk YPO EDGE,” kata Terry O’Connor, Pengerusi Bandar Tuan Rumah 2018. “Sebagai hab serantau, Singapura merupakan jantung ekonomi serantau dan EDGE merupakan acara yang sesuai untuk memaparkan budaya, kepelbagaian dan bidang bagi peluang di Singapura dan Asia Tenggara kepada pemimpin perniagaan dan usahawan muda.”

Acara EDGE yang lepas telah diadakan di Vancouver, Dubai, Melbourne, Los Angeles, Istanbul, Singapura, Barcelona, Miami, Sydney, Toronto dan bandar-bandar utama yang lain. Penceramah pada acara YPO EDGE sebelum ini termasuklah Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau; Sir Richard Branson, pengasas dan pengerusi Virgin Group;, pengerusi dan CEO Coca-Cola Company; Malala Yousafzai, penerima Hadiah Nobel Keamanan; dan Ketua Biskop Desmond Mpilo Tutu, penerima Hadiah Nobel Keamanan.

YPO EDGE 2019 dijadualkan untuk Cape Town, South Africa.
Perihal YPO
Organisasi kepimpinan ketua eksekutif terulung di dunia.

YPO ialah platform global untuk ketua eksekutif berjumpa, belajar dan memajukan diri. Ahli YPO memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan kepercayaan pemimpin perniagaan paling berpengaruh dan inovatif dunia untuk memberi inspirasi kepada kesan perniagaan, peribadi, keluarga dan masyarakat.

Hari ini, YPO mendayakan lebih daripada 25 ribu ahli di lebih daripada 130 negara dalam pelbagai industri dan jenis perniagaan. Keseluruhannya, syarikat yang dikendalikan oleh ahli YPO mempunyai lebih daripada 16 juta pekerja dan menjana USD6 trilion hasil tahunan.
Kepimpinan. Pembelajaran. Sepanjang Hayat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati YPO.org.
Hubungan:
YPO
Linda Fisk
Pejabat: +1 972 629 7305 (Amerika Syarikat)
Telefon bimbit: +1 972 207 4298
press@ypo.org