Cloudflare dan IBM Bekerjasama untuk Meningkatkan Keselamatan dan Prestasi daripada Awan hingga Pinggir Rangkaian

Pelanggan IBM yang menggunakan awan awam, peribadi, atau hibrid boleh mengawal keselamatan dan prestasi di pinggir rangkaian


SAN FRANCISCO, Calif., March 15, 2018 (GLOBE NEWSWIRE) -- Cloudflare, syarikat prestasi dan keselamatan Internet terkemuka hari ini mengumumkan kerjasama dengan IBM yang akan menawarkan manfaat pengkomputeran pinggir Cloudflare kepada pelanggan syarikat IBM.

Dengan kerjasama ini, IBM menjadi penjual nilai tambah suite perkhidmatan keselamatan dan prestasi pinggir Cloudflare yang sah. Penyelesaian Cloudflare boleh digunakan dalam persekitaran pelanggan IBM, termasuk awan awam, peribadi, hibrid, atau di premis.

Melalui kerjasama ini, IBM bercadang untuk melancarkan Perkhidmatan Internet Awan IBM, kedai sehenti untuk perkhidmatan rangkaian pinggir perusahaan. Perkhidmatan Internet Awan IBM direka untuk membolehkan pelanggan melindungi dan mempercepat hak milik Internet mereka—domain, aplikasi dan API—dengan lebih mudah menerusi penyepaduan Cloudflare ke dalam konsol Awan IBM.  

Ancaman keselamatan semakin besar dan kompleks hari demi hari, tetapi keselamatan tidak sepatutnya menjadi halangan untuk perusahaan memasuki awan. Perusahaan mahukan strategi keselamatan awan dan pinggir yang memberikan perlindungan dan prestasi terbaik. Dengan Perkhidmatan Internet Awan IBM, dengan beberapa klik sahaja perusahaan boleh memperolehi manfaat rangkaian global Cloudflare yang besar dan DDoS, WAF, DNS teras serta penyelesaian cache web di satu tempat tanpa bergantung pada berbilang vendor.

“Kini, pelanggan perusahaan IBM boleh fokus pada inovasi dan tidak perlu bimbang tentang isu prestasi atau keselamatan,” kata Matthew Prince, pegasas bersama dan CEO Cloudflare. “Kami mengagumi pengalaman IBM yang mendalam dan luas dengan perusahaan terbesar di dunia. Tawaran ini adalah langkah pertama yang baik untuk kami bekerjasama.”

“Ancaman siber semakin sofistikated dan kerap berlaku hari demi hari, tetapi perusahaan tidak perlu mengorbankan prestasi untuk mengekalkan keselamatan aplikasi mereka yang menggunakan Internet,” kata John Considine, Pengurus Besar Infrastruktur Awan IBM. “Perkhidmatan Internet Awan IBM menggabungkan keupayaan awan bernilai tinggi IBM dan rangkaian pintar aktif Cloudflare untuk menyediakan penyelesaian inovatif kepada pelanggan kami.”

Akses awal kepada Perkhidmatan Internet Awan IBM akan tersedia di portal Awan IBM pada 19 Mac. Ikuti perbincangan tentang berita tersebut oleh Matthew Prince dan John Considine di IBM THINK pada hari Rabu 21 Mac, 11:30 am PT semasa persembahan keynote “Building Future-Proof Cloud Solutions with an Enterprise-First Cloud Infrastructure”.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjasama ini, sila semak sumber di bawah.

Perihal Cloudflare
Cloudflare, Inc. (www.cloudflare.com / @cloudflare) adalah dalam misi untuk membantu membina Internet yang lebih baik. Hari ini Cloudflare menjalankan salah satu rangkaian terbesar di dunia yang menguasakan lebih daripada 10 trilion permintaan setiap bulan, yang merupakan hampir 10 peratus daripada seluruh permintaan Internet untuk lebih daripada 2.5 bilion orang di seluruh dunia. Cloudflare melindungi dan mempercepat sebarang aplikasi Internet dalam talian tanpa menambah perkakasan, memasang perisian atau menukar barisan kod. Ciri Internet yang dikuasakan oleh Cloudflare mempunyai semua trafik web dihalakan melalui rangkaian pintar globalnya, yang menjadi lebih pintar dengan setiap tapak baharu ditambah. Hasilnya, mereka melihat perubahan ketara dalam prestasi dan pengurangan spam dan serangan lain. Cloudflare telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai Perintis Teknologi, dinamakan sebagai Syarikat Teknologi Rangkaian & Internet Paling Inovatif selama dua tahun yang dijalankan oleh Wall Street Journal dan diletakkan antara 50 syarikat paling inovatif dunia oleh Fast Company. Beribu pejabat di San Francisco, CA, Cloudflare mempunyai pejabat di Austin, TX, Champaign, IL, New York, NY, Washington, DC, London dan Singapura.

Hubungan:
Daniella Vallurupalli
Komunikasi
daniella@cloudflare.com 
press@cloudflare.com 
650-483-4463