DoubleVerify Bekerjasama dengan MoPub untuk Memerangi Penipuan Iklan Mudah Alih

Kerjasama memperluaskan perlindungan penipuan DV merentas pertukaran app mudah alih MoPub


NEW YORK, Jan. 09, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- DoubleVerify ("DV"), penyedia bebas terkemuka perisian pengukuran pasaran dan analitis, hari ini mengumumkan kerjasama dengan MoPub, penyedia penyelesaian pengewangan terkemuka untuk pembina dan pembangun app mudah alih di serata dunia. Sebagai sebahagian daripada kerjasama, DoubleVerify akan membekalkan pengesanan dan pelaporan penipuan untuk kempen app mudah alih merentas pertukaran MoPub – memperluaskan perlindungan kualiti untuk pengiklan global dan mendayakan MoPub untuk berterusan memperhalusi kualiti inventori app mudah alihnya.

“Kerjasama DV dengan MoPub mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan perlindungan kualiti yang konsisten dan komprehensif untuk pengiklan global,” ujar Matt McLaughlin, COO di DoubleVerify. “Dengan perbelanjaan iklan kian tertumpu secara mudah alih, adalah mustahak bahawa jenama mempunyai ketelusan terhadap kualiti inventori app mudah alih. Kami berbangga dengan kerjasama kami bersama MoPub, yang mengembangkan asas keupayaan pencegahan penipuan kami dan seterusnya meletakkan DV sebagai peneraju pengesahan app mudah alih.”

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian penipuan mudah alih utama industri, DoubleVerify mengenalpasti dan menyaring jenis penipuan dalam app paling ketara, termasuk aktiviti iklan latar belakang, iklan tersembunyi, penyalahgunaan app (spoofing) dan manipulasi ukuran. Pada Mac 2017, DV menerima pentauliahan Media Rating Council (MRC) bagi teknologi kesan dan halang trafik tak sah canggih (SIVT) untuk video app mudah alih dan pengiklanan paparan.

“Kualiti trafik adalah keutamaan utama untuk MoPub dan klien kami, oleh sebab trafik tak sah (IVT) merupakan kebimbangan utama dalam industri,” ujar Boris Logvinskiy, Ketua Produk MoPub. “Kerjasama merupakan langkah penting bagi usaha ini.  Kami percaya bahawa pembekal perkhidmatan dengan pentauliahan MRC seperti DoubleVerify menawarkan kepakaran, teknologi, integriti data dan perkhidmatan yang diperlukan untuk membantu kami mengekalkan pertukaran yang bersih untuk bertrilion-trilion permintaan iklan yang kami bantu.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keupayaan app mudah alih DoubleVerify, hubungi sales@doubleverify.com.

Perihal DoubleVerify

DoubleVerify ialah peneraju penyedia bebas untuk perisian, data dan analisis ukuran pemasaran yang mengesahkan kualiti dan keberkesanan media digital untuk jenama dan platform media terbesar dunia. DV menyediakan ketelusan dan kebertanggungjawapan media untuk memberikan kualiti impresi tahap tertinggi demi prestasi pengiklanan maksimum. Sejak 2008, DV telah membantu ratusan syarikat Fortune 500 memperoleh yang terbanyak daripada perbelanjaan media mereka dengan memberikan penyelesaian terbaik merentasi ekosistem digital, yang membantu membina industri lebih baik. Ketahui lebih lanjut di doubleverify.com.

Perihal MoPub

MoPub, sebuah syarikat Twitter, membekalkan penyelesaian pengewangan untuk pembina dan pembangun app mudah alih di serata dunia. Penyelesaian perantara rangkaian fleksibel kami, pertukaran pemprograman mudah alih terkemuka, serta bertahu-tahun kepakaran dalam pengiklanan app mudah alih bermaksud, pembina mempercayai kami untuk membantu mereka memaksimumkan keuntungan iklan mereka dan mengawal pengalaman pengguna mereka. MoPub Marketplace, pertukaran dalam app kami, mendayakan DSP dan pemasar untuk mencapai audien mereka menerusi antara muka yang berkuasa, pengukuran kualiti dan keterlihatan bekalan yang tegas, serta pengalaman bidaan yang telus. Perkhidmatan bertaraf dunia MoPub memberikan maklumat perniagaan yang strategik dan kepakaran berdasarkan data untuk memenuhi keperluan pembina dan pembeli yang kian berubah.

Hubungan PR:
Chris Harihar dari Crenshaw Communications, bagi pihak DoubleVerify
chris@crenshawcomm.com
212.367.9748