Wildflower Ditampilkan dalam Penerbitan NetworkNewsWire Membincangkan Perkembangan Mendadak Industri Kanabis


NEW YORK, April 28, 2019 (GLOBE NEWSWIRE) -- melalui NetworkWire — Wildflower Brands Inc. (CSE: SUN) (OTCQB: WLDFF)hari ini mengumumkan peletakannya dalam editorial yang diterbitkan oleh NetworkNewsWire ("NNW"), sebuah syarikat berita kewangan dan penerbitan segenap aspek untuk entiti swasta dan awam.

Untuk melihat terbitan penuh, bertajuk, The Cannabis Bonanza Has Just Begun,” lawati: http://nnw.fm/6rLoL

     Industri telah bergelut dengan kekurangan bekalan kanabis semenjak kanabis rekreasi telah dibenarkan merentas Kanada. Wilayah paling barat negara tersebut, British Columbia, juga tidak terkecuali. Pasaran B.C. mencatatkan lebih kurang CA$19 juta daripada
jualan kanabis yang sah pada tahun 2018, tetapi jumlah itu dijangka meningkat sehingga CA$722 juta dalam jualan tahunan menjelang 2024 — peningkatan 37 kali ganda yang menakjubkan.
  
 Dijangka untuk meningkat sehingga 3,700% untuk enam tahun seterusnya, British Columbia merupakan pusat bagi pertumbuhan kanabis. Berpusat di tengah-tengah pembangunan ini,
Wildflower Brands Inc. (OTCQB:WLDFF) (CSE:SUN) telah meninjau kedudukan pasaran yang kukuh serta akan melebarkan lagi jejak peruncitan dan pengedaran produk di wilayah tersebut. … Wildflower kini mempunyai capaian peruncitan yang berkembang dari Vancouver sehingga ke Los Angeles dan New York.

Perihal Wildflower Brands

Wildflower Brands ialah syarikat yang beribu pejabat di Vancouver yang menghasilkan jenama dengan reputasi tinggi dan produk berkualiti yang menggabungkan kesan sinergistik tumbuhan dan ekstraknya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati tapak web syarikat di www.WildflowerBrands.co

Perihal NetworkNewsWire
NetworkNewsWire (NNW) ialah syarikat berita kewangan dan pengedaran kandungan yang menyediakan (1) akses kepada rangkaian perkhidmatan talian menerusi NetworkWire untuk mencapai semua pasaran, industri dan demografik sasaran dengan cara yang paling efektif, (2) pengedaran artikel dan editorial kepada 5,000+ saluran berita, (3) perkhidmatan siaran akhbar dipertingkatkan untuk memastikan impak maksimum, (4) pengedaran media sosial menerusi Investor Brand Network (IBN) kepada lebih kurang 2 juta pengikut, (5) kumpulan penuh penyelesaian komunikasi korporat dan (6) penyelesaian liputan berita yang lengkap dengan NNW Prime. Sebagai organisasi berbilang aspek dengan pasukan ekstensif wartawan dan penulis, NNW berada di kedudukan yang unik dan terbaik untuk memenuhi keperluan syarikat swasta dan awam yang ingin mencapai pelabur, pengguna, wartawan dan orang awam dalam skala yang besar. Dengan menapis maklumat yang sarat dalam pasaran hari ini, NNW memberi keterlihatan, pengecaman dan kesedaran jenama tanpa tandingan. NNW ialah tempat berita, kandungan dan maklumat bertemu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati https://www.NetworkNewsWire.com.

Sila lihat syarat penuh penggunaan dan penafian pada tapak web NetworkNewsWire yang boleh digunakan pada semua kandungan disediakan oleh NNW, sama ada diterbitkan atau diterbitkan semula: http://NNW.fm/Disclaimer.

Terima Isyarat SMS Segera daripada NetworkNewsWire
Hantar “STOCKS” ke 77948

Kenyataan Masa Hadapan

Siaran ini mengandungi kenyataan masa hadapan yang terkandung dalam takrifan Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda dan Seksyen 21E Akta Pertukaran Sekuriti 1934, seperti yang dipinda. Semua kenyataan masa hadapan adalah tidak pasti kerana ia berasaskan jangkaan dan tanggapan semasa berkenaan peristiwa akan datang atau prestasi akan datang untuk syarikat. Pembaca dinasihatkan untuk tidak bergantung sepenuhnya pada kenyataan masa hadapan ini, yang hanya jangkaan dan hanya menyatakan maklumat pada tarikh yang tertera. Dalam penilaian kenyataan tersebut, bakal pelabur perlu menyemak dengan berhati-hati tentang pelbagai risiko dan ketidakpastian yang ditemui dalam siaran ini dan hal yang ditentukan dalam fail SEC syarikat. Risiko dan ketidakpastian ini boleh mengakibatkan hasil sebenar syarikat menjadi sangat berbeza daripada hasil yang ditunjukkan dalam kenyataan masa hadapan.

Komunikasi Korporat:
NetworkWire (NW)
New York, New York
www.NetworkNewsWire.com
212.418.1217 Pejabat
Editor@NetworkWire.com