Beyond Limits Mengumpulkan Pelaburan Siri C $133M untuk Mendorong Pengembangan Global Teknologi AI


LOS ANGELES, Sept. 23, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- Beyond Limits, syarikat teknologi AI bergred industri dan perusahaan yang dibina untuk sektor paling mencabar, termasuk sektor tenaga, utiliti dan jagaan kesihatan, hari ini mengumumkan kejayaan penutupan pusingan pendanaan Siri C dengan sejumlah $113 juta dan komited kira-kira sejumlah $20 juta lagi. Pusingan kali ini diketuai oleh Group 42, syarikat pengkomputeran AI dan awan, dan bp ventures, pelabur dua kali sedia ada dan pelanggan syarikat.

“Kita sedang menyaksikan permintaan luar jangkaan di seluruh dunia sekarang untuk sistem yang menjangkaui AI konvensional yang terhad,” kata AJ Abdallat, CEO dan Pengasas Beyond Limits. “Perisian kognitif kami mempunyai keupayaan untuk memahami situasi dan meletakkan masalah dalam konteks dunia sebenar serta belajar dari masa ke masa. Kami teruja untuk membantu lebih banyak pelanggan menggunakan pendekatan AI kami yang unik dan berkuasa untuk menyelesaikan masalah paling mencabar yang dihadapi industri dan dunia sekarang.”

AI Kognitif Beyond Limits menggunakan penaakulan seakan manusia untuk menyelesaikan masalah, sama seperti cara manusia membuat kesimpulan menggunakan inferens dan logik. Pendekatan unik ini menggabungkan pengetahuan manusia dengan sumber data yang tersedia, membenarkan sistem untuk mengadaptasi dan terus beroperasi dalam situasi apabila bekalan data kurang atau hilang. Hasilnya, pelanggan Beyond Limits boleh meningkatkan wawasan operasi, meningkatkan keadaan operasi, mempertingkat prestasi pada setiap tahap, dan akhirnya meningkatkan keuntungan.

“bp ventures ditubuhkan untuk mengenal pasti dan melabur di syarikat teknologi berpotensi tinggi dan membawa perubahan yang boleh membantu kami mengimaginasikan semula sistem tenaga global kami,” kata Morag Watson, Naib Presiden Kanan, Sains Digital dan Kejuruteraan di bp. “Dengan pelaburan tambahan ini, kami percaya yang AI Kognitif Beyond Limits boleh mencipta masa depan yang lebih pintar dan mampan untuk sektor tenaga dan merentasi industri secara keseluruhan.”

“Kami menanti-nantikan untuk bekerjasama dan meneroka banyak lagi keupayaan teknologi canggih ini,” kata Martin Edelman, Penasihat Undang-undang, Group 42. “Kami percaya AI Beyond Limits yang unik akan membawa tahap kecekapan yang baharu untuk sektor berimpak tinggi dan membantu pemacuan masa depan pertumbuhan ekonomi.”

Pendanaan $133M akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan Beyond Limits di Amerika Syarikat dan luar negara, termasuk Beyond Limits Asia dengan ibu pejabat rantau di Singapura dan operasi di Hong Kong, Taipei dan Tokyo serta peluasan lanjut di seluruh Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia. Beyond Limits Asia akan memacu pelaburan untuk usaha sama dan kerjasama strategik di Asia untuk meluaskan AI Beyond Limits dalam bidang baharu termasuk perkhidmatan kewangan, diketuai oleh pejabat di Hong Kong dan pengeluaran lanjutan diketuai pejabat di Taiwan. Pendanaan juga akan mempercepat pembangunan aplikasi Kognitif AI Beyond Limits dan portfolio produk SaaS dan mendorong program R&D Makmal Beyond. 

Perihal Beyond Limits
Beyond Limits merupakan syarikat kecerdasan buatan bergred industri dan perusahaan yang dibina untuk sektor paling mencabar termasuk tenaga, utiliti dan penjagaan kesihatan. Diasaskan pada tahun 2014, Beyond Limits memanfaatkan portfolio pelaburan teknologi canggih signifikan yang dibangunkan di Makmal Pendorongan Jet Caltech untuk misi angkasa NASA.

Menjangkaui kecerdasan buatan tradisional, teknologi Kognitif AI Beyond Limits yang unik menggabungkan teknik angka seperti pembelajaran mesin dengan penaakulan berasaskan pengetahuan untuk menghasilkan kepintaran yang boleh bertindak.

Pelanggan melaksanakan AI Beyond Limits untuk meningkatkan wawasan operasi secara drastik, meningkatkan keadaan operasi, mempertingkat prestasi pada setiap tahap dan akhirnya meningkatkan keuntungan. Baru-baru ini, Syarikat berbangga dapat disenaraikan oleh CB Insights dalam Senarai 100 AI Teratas 2020 syarikat permulaan kecerdasan buatan paling inovatif dan oleh Frost & Sullivan untuk Anugerah Inovasi Teknologi Amerika Utara mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.beyond.ai.

Perihal bp ventures
bp ventures ditubuhkan lebih 10 tahun lalu untuk mengenal pasti dan melabur di syarikat teknologi persendirian, yang mempunyai pertumbuhan yang tinggi, membawa perubahan besar, meningkatkan inovasi di seluruh spektrum tenaga. Sejak itu, BP telah melabur sebanyak hampir $700 juta di syarikat teknologi untuk lebih daripada 31 pelaburan aktif dengan lebih daripada 250 pelabur bersama.

Usaha sama memainkan peranan penting dalam strategi BP untuk menghadapi dwicabaran untuk mencapai permintaan tenaga dunia, dalam masa yang sama mengurangkan pelepasan karbon.

bp ventures memfokus kepada menghubungkan dan mengembangkan perniagaan tenaga baharu yang berfokus kepada teras perniagaan tenaga huluan, hiliran dan alternatif kami. Di samping itu, ini menjadikan pelaburan ekuiti strategik dalam mobiliti canggih, rendah karbon dan digital.

Untuk maklumat lanjut, lawati: bp.com/ventures

Perihal Group 42
Group 42 (G42) merupakan syarikat Kecerdasan Buatan dan Pengkomputeran Awan utama yang berdedikasi untuk membangunkan dan melaksanakan penyelesaian teknologi yang holistik dan boleh diskala. https://g42.ai

Maklumat Hubungan:
Ed Cruz
LEWIS untuk Beyond Limits
619-308-5245
beyondlimitspr@teamlewis.com