VistaJet Menyaksikan Peningkatan Pantas dalam Permintaan Korporat Disebabkan Pandemik COVID-19


  • Pihak korporat dan eksekutif beralih kepada penerbangan persendirian berbanding penerbangan komersial
  • Peningkatan sebanyak 49% dalam minat korporat sepanjang pandemik COVID-19
  • Pelancaran Keahlian Korporat Dinamik menawarkan pihak korporat nilai ekonomi untuk penyelesaian perjalanan yang selamat dan diyakini

LONDON, Oct. 07, 2020 (GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, yang merupakan satu-satunya syarikat penerbangan perniagaan global dan yang pertama telah melancarkan Keahlian Korporat Dinamik baharu untuk syarikat-syarikat. Keahlian ini menawarkan suit lengkap penyelesaian perjalanan yang fleksibel untuk perniagaan dan eksekutif di seluruh dunia.

Impak pandemik COVID-19 mentakrifkan semula landskap penerbangan global dan mempercepat beberapa aliran:

  • Pihak korporat menerbangkan seluruh pasukan ke berbilang lokasi di seluruh dunia dengan lebih kerap untuk memastikan kesinambungan perniagaan - penyelidikan industri melaporkan bahawa 31% daripada syarikat Amerika Syarikat, mengembangkan penggunaan penerbangan persendirian mereka untuk perjalanan perniagaan*;
  • VistaJet telah melihat peningkatan secara mendadak sebanyak 49% dalam minat korporat di seluruh dunia sejak awal pandemik;
  • Amerika Syarikat mendorong influks permintaan korporat untuk VistaJet, yang membentuk lebih daripada 41% minat;
  • Menurut laporan industri**, permintaan penerbangan komersial di Amerika Syarikat sudah menurun sebanyak 50% tahun demi tahun disebabkan jadual tidak menentu dan terhad yang ditawarkan kini, sementara penerbangan perniagaan meningkat pada tahap 86% berbanding 2019;
  • Syarikat teknologi mendorong tempahan korporat, memandangkan pertumbuhan industri ini sejak Februari dan mempunyai harapan positif untuk pertumbuhan akan datang;
  • Dalam tempoh yang sama, VistaJet mencatat pertumbuhan pesat dalam permintaan untuk laluan jarak jauh; peratus penerbangan melebihi 5 jam telah meningkat sebanyak 44% tahun demi tahun sepanjang 6 bulan lepas dan 11% penerbangan VistaJet mempunyai tempoh melebihi 8 jam;
  • Laluan penerbangan VistaJet yang paling popular adalah antara United Kingdom dan Perancis, Amerika Syarikat dan China serta United Kingdom dan Itali sepanjang 6 bulan yang lalu.

Syarikat-syarikat juga mengubah keperluan mereka dengan pantas. Mereka memerlukan kebolehcapaian 24/7 dan kefleksibelan maksimum dalam keperluan perjalanan mereka dan juga protokol keselamatan yang dipertingkat. VistaJet mendengar permintaan klien korporat dalam membentuk Keahlian Korporat Dinamik baharunya.

Demi menyokong perniagaan dan organisasi di seluruh dunia untuk berhubung dan memulakan semula ekonomi dalam keadaan pasaran yang semakin tidak stabil, Keahlian Korporat Dinamik yang baharu ini menawarkan:

  • Kepantasan dan kefleksibelan dalam penyelesaian perjalanan perniagaan: pendaftaran keahlian dalam masa sehari, pilihan untuk membayar tunggakan, jam penerbangan tanpa had, ketersediaan pesawat tambahan yang dijamin untuk meminta dua pesawat pada masa yang sama dan terbang berganda atau pesawat dalam tunggu sedia;
  • Logistik perjalanan diperkemas dengan pengurus penerbangan VistaJet yang khusus, berdasarkan ibu pejabat korporat itu sendiri;
  • Pendedahan COVID-19 yang berkurangan dengan Pramugari Kabin yang ditentukan sahaja akan terbang bersama perjalanan syarikat;
  • Akses kepada 187 buah negara dengan lebih daripada 70 buah pesawat VistaJet, dengan penerbangan serantau di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Asia, termasuk penerbangan domestik di India;
  • Pilihan pengurangan karbon dan pengimbangan karbon bersepadu, untuk penerbangan yang diaudit sepenuhnya dan mampan dari segi alam sekitar.

Ian Moore, Ketua Pegawai Komersial, VistaJet berkata: “Impak COVID-19 terhadap ketersediaan penerbangan komersial adalah jelas dan penerbangan perniagaan pula memenuhi permintaan segera untuk berhubung secara global. Dengan Keahlian Korporat Dinamik, kami mahu menawarkan kefleksibelan maksimum dengan komitmen maksimum kepada syarikat-syarikat kerana kami mengakui terdapat keperluan untuk penyelesaian yang lebih selamat dan lebih diyakini apabila syarikat ingin membina semula perniagaan mereka untuk masa akan datang.”

Maklumat
Jennifer Farquhar | VistaJet | press@vistajet.com

Perihal VistaJet
VistaJet ialah syarikat penerbangan perniagaan global yang pertama dan tunggal. Dengan lebih 70 jet perniagaan perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan klien syarikat, kerajaan dan persendirian ke 187 negara yang merangkumi 96% lokasi di dunia. Syarikat yang diasaskan pada 2004 itu merintis model perniagaan inovatif yang memberikan akses kesemua armada kepada pelanggan dengan membayar mengikut jam penerbangan tanpa risiko tanggungjawab dan pemilikan aset penerbangan. Program keahlian istimewa VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan tempah khas bagi jet untuk jarak sederhana dan jauh untuk penerbangan pada bila-bila masa dan ke mana-mana sahaja.

VistaJet ialah sebahagian daripada Vista Global Holding — ekosistem penerbangan persendirian pertama dunia yang menyepadukan portfolio unik syarikat dengan menawarkan penyelesaian ringan aset merangkumi semua aspek utama penerbangan perniagaan.

Maklumat dan berita lanjut VistaJet di vistajet.com

VistaJet Limited ialah pengangkut udara Eropah yang mengendalikan pesawat 9H yang berdaftar di bawah Pengendali Udara Malta dengan Nombor Sijil MT-17 dan diperbadankan di Malta dengan Nombor Syarikat C 55231. VistaJet US Inc. ialah broker carter udara yang tidak mengendalikan pesawat. Anak syarikat VistaJet bukanlah syarikat pesawat pengangkut terus Amerika Syarikat. Pesawat milik VistaJet dan didaftarkan di Amerika Syarikat dikendalikan oleh pengangkut udara A.S. yang berlesen sewajarnya, termasuk XOJET Aviation LLC.

* https://privatejetcardcomparisons.com/2020/09/23/new-survey-provides-bullish-outlook-for-fall-private-jet-travel/
** https://flightaware.com/news/article/Aviation-Stats-Update-September-22-2020/1492

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d67dc3f9-4dea-4be1-9371-5243dc668340